Tteok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tteok
Sepinggan garaetteok, sejenis tteok
Nama Korea
Hangul
Hanja tiada
Perumian Semakan tteok
McCune–Reischauer ttŏk

Tteok (Sebutan bahasa Korea: [t͈ʌk]) ialah sekelas kuih-muih tradisional Korea yang dibuat daripada tepung beras pulut (chapssal) yang dikukus. Tepung beras biasa boleh digunakan untuk membuat beberapa jenis tteok. Terdapat ratusan jenis tteok berbeza-beza yang dijamu sepanjang tahun. Di Korea, adalah menjadi adat untuk menjamu tteok guk (sup tteok) ketika sambutan Tahun Baru, dan juga tteok manis pada upacara perkahwinan atau jamuan hari jadi. Kuih ini merupakan sejenis makanan perayaan yang terdapat dalam pelbagai jenis masakan, baik dihiasi dengan kekacang dan buah-buahan, mahupun dimakan kosong sahaja. Selain tepung beras pulut, tteok boleh dimasak dengan bahan-bahan lain seperti kacang hijau, kacang merah, jujub dan buah-buahan kering yang lain, biji dan minyak bijan, gula, dan kacang pain.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Tteok terbahagi kepada empat kategori, seperti "tteok kukus", "tteok tumbuk", "tteok goreng" dan "tteok terbentuk". Tteok kukus dibuat dengan mengukus tepung beras atau beras pulut dalam siru (시루), sejenis pengukus tembikar besar, maka gelarannya sirutteok (시루떡). Ia dianggap sebagai bentuk tteok yang paling asas dan tertua. Tteok tumbuk dibuat dengan menggunakan lesung selepas dikukus. Untuk membuat tteok goreng, doh beras dileperkan seperti penkek lalu digoreng dengan minyak sayur. Tteok terbentuk pula dibuat dengan menguli doh dengan air panas sehingga menjadi bentuk bola.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Ttuk, Hangwa > Kinds of Rice Cakes". Korea Agro-Fisheries Trade Corporation. http://www.foodinkorea.org/eng_food/korfood/korfood8_2.jsp. Capaian 2008-05-23. 

Templat:Glutinous rice dishes Templat:Korean cuisine