Cuka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pelbagai cuka perisa dijual di Perancis (baris bawah)

Cuka adalah sejenis cecair yang sebahagian besarnya terdiri dari sebatian asid asetik dan air, asid asetik dihasilkan melalui pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik.[1] Ia masa kini digunakan di dapur, tetapi dalam sejarah, ia merupakan asid sederhana yang paling biasa didapati, ia memiliki pelbagai kegunaan pengilangan, perubatan, dan domestik. Cuka pengilangan dihasilkan samaada melalui proses penapaian pantas atau perlahan. Secara umum, kaedah perlahan digunakan dengan cuka tradisi, dan proses penapaian berlaku perlahan-lahan dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Tempoh penapaian lebih lama membenarkan pengumpulan lendir bukan toksin oleh bakteria asid asetik. Kaedah lebih pantas menambah ibu cuka (contohnya kultur bakteria) pada sumber cecair sebelum menambah udara melalui sistem pam venturi atau turbin bagi menggalakkan proses pengudaraan untuk mendapatkan penapaian yang lebih pantas. Dalam proses penapaian pantas, cuka boleh dihasilkan dalam tempoh 20 jam hingga tiga hari.

Variati[sunting | sunting sumber]

Putih[sunting | sunting sumber]

Lihat Distilled vinegar.

Malt[sunting | sunting sumber]

Cuka Malt, juga dikenali sebagai Alegar, dihasilkan menggunakan pemeraman barli, menyebabkan kandi dalam bijiran bertukar menjadi maltose. Kemudian ale disuling dari maltose dan dibiarkan menjadi cuka, yang kemudian diperam. Ia biasanya bewarna perang cerah.

Dia United Kingdom, garam dan cuka malt merupakan perisai tradisi bagi French fries dan cip ubi kentang.

Wine[sunting | sunting sumber]

Cuka wine biasanya dihasilkan dari wine merah atau putih, dan merupakan cuka paling biasa digunakan di negeri-negeri Mediterranean dan Eropah Tengah. Sebagaimana wine, terdapat julat yang luas bagi kualiti. Cuka wine berkualiti baik diperam dalam kayu sehingga dua tahun, dan menunjukkan perisa kompleks, lembut. Cuka Wine cenderung memiliki keasidan lebih rendah berbanding cuka putih atau apel. Kebanyakan cuka wine lebih mahal dibuat dari variati wine tersendiri, seperti Champagne, cuka Sherry, atau pinot grigio.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://jb.oxfordjournals.org/content/46/9/1217.extract Studies on acetic acid-bacteria Retrieved Oct. 21, 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Vinegar