Tukang ladam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Memakukan ladam
Mengikir telapuk
Antara peralatan tukang ladam (ragum,tukul, kikir, dan pisau telapuk) dengan sepasang ladam.

Tukang ladam atau juruladam merupakan pakar dalam penjagaan telapuk kuda, termasuk mengikir dan mengimbangkan telapuk kuda serta memasangkan ladam pada telapuk. Tukang ladam mestilah memiliki kemahiran seorang tukang besi (membuat, memasang suai, dan melaraskan ladam logam) dengan sedikit kemahiran veterinar(pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi hujung kaki) demi penjagaan kaki kuda.

Kerja[sunting | sunting sumber]

Kerja rutin seseorang tukang ladam adalah terutama sekali mengikir telapuk serta memakaikan ladam. Lazimnya, adalah penting untuk mengikir setiap telapuk supaya kuda dapat berdiri dengan tegak di atas tanah. Jika kuda itu mempunyai beban kerja yang berat, bekerja di atas tanah kasar, memerlukan cengkaman tambahan, atau mengalami kecacatan pada telapuk, maka perlunya ladam.

Selain itu, tukang ladam juga menguruskan telapuk yang cedera atau dijangkiti penyakit serta memakaikan ladam khas untuk tujuan perlumbaan kuda, latihan atau "kosmetik" semata-mata. Kuda yang mengalami kecederaan atau penyakit tertentu perlu dibaiki telapuknya atau dipakaikan ladam khas.

Sebagai bidang asas perkhidmatan, tukang ladam mesti menggabungkan kecekapan teknikal dengan kemahiran tunggangan serta kebolehan untuk berurusan dengan pelanggan. Tukang ladam yang bekerja sendiri ataupun menganggotai perkongsian mungkin juga memerlukan kemahiran dalam menjalankan perniagaan kecil.

Rujukan[sunting | sunting sumber]