Ladam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ladam moden lazim sekali diperbuat daripada keluli lalu dipakukan pada dinding telapuk.
Beraneka bentuk ladam, termasuk plat lumba aluminium (berwarna cerah) dan ladam-ladam yang digunakan untuk lembu di kanan bawah.

Ladam merupakan barang buatan yang lazimnya diperbuat daripada logam, namun sesetengahnya diperbuat daripada bahan sintetik moden, yang direka untuk melindungi telapuk kuda daripada kehausan. Ladam dilekapkan pada permukaan kura telapuk, yang biasanya dipakukan ke dalam bahagian telapuk yang tidak merasa sakit, malah beranalogi dengan kuku manusia tetapi lebih tebal dan keras. Bagaimanapun, ladam juga boleh digamkan pada telapuk.

Pemasangsuaian ladam merupakan pekerjaan profesional yang dilakukan oleh tukang ladam yang khusus dalam penyediaan kaki, menilai kemungkinan kaki lemah, serta memasang ladam yang sesuai, termasuk ciri-ciri pembetulan jika perlu. Di sesetengah negara seperti United Kingdom, undang-undang mengehadkan kerja memasang ladam kepada mereka yang memiliki kelayakan dan pengalaman tertentu sahaja. Sementara di negara lain seperti Amerika Syarikat, di mana tidak perlunya perlesenan profesional, pertubuhan profesional membekalkan program pensijilan yang mengumumkan tukang ladam yang bertauliah.

Laman terdapat dalam pelbagai bentuk dan bahan buatan untuk pelbagai jenis kuda dan pekerjaan kuda. Bahan-bahan yang paling lazim digunakan ialah keluli dan aluminum, bahkan terdapat ladam-ladam khusus yang diperbuat daripada getah, plastik, magnesium, titanium, atau tembaga.[1] Keluli lebih digemari untuk sukan-sukan yang memerlukan ladam yang kuat dan tahan lama seperti polo, eventing, show jumping, dan western riding. Ladam aluminum pula lebih ringan, oleh itu lebih digunakan untuk lumba kuda yang menggemari ladam yang ringan. Ladam aluminum juga memudahkan sesetengah gaya gerakan, dan oleh itu digemari untuk acara dressage.[2] Sesetengah ladam mempunyai tetimbul di bahagian jari kaki dan/atau tumit untuk menambah cengkaman.

Ladam juga digunakan sebagai tangkal yang membawa tuah. Sesetengah orang percaya bahawa menggantung ladam dengan hujung-hujungnya terhala ke atas dianggap membawa tuah kerana bertindak sebagai suatu penangkap tuah, sementara menggantungnya dengan hujung-hujungnya terhala ke bawah membawa malang kerana menggugurkan semua tuah. Orang lain pula percaya bahawa ladam seharusnya digantung dengan hujung-hujungnya terhala ke bawah untuk mencucurkan tuah kepada orang-orang sekeliling.[3] Terdapat sejenis ladam khas yang digunakan untuk permainan lontar ladam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Price, Steven D. (ed.) The Whole Horse Catalog: Revised and Updated New York:Fireside 1998 ISBN 0-684-83995-4 p. 84–87
  2. Evans, J. Warren et al. The Horse Second Edition New York: Freeman 1990 ISBN 0-7167-1811-1 p. 731–739
  3. "Luck and Horseshoes Webpage accessed 22 Aug. 2010". Indepthinfo.com. Diperoleh pada 2011-12-19. 

Rencana ini menggabungkan teks daripada Ensiklopedia Britannica Edisi Ke-11, sebuah terbitan yang kini di domain awam.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Horse equipment