Tun Tulis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tun Tulis atau Tuan Tulis adalah gelar kepada seorang ulama Negeri Sembilan yang bernama Haji Ismail bin Hussein. Beliau berasal dari Kampung Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Mengikut riwayatnya, beliau dilahirkan pada tanggal 1840 dan meninggal dunia dalam tahun 1923. Sejarah lanjut beliau boleh dilayari dalam Ulama Negeri Sembilan[1]Tun Tulis adalah seorang anak muda yang miskin tetapi penuh semangat untuk menuntut ilmu agama.Ketika berguru di sebuah pengajian pondok di Kampung Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang, Tun Tulis oleh kerana terlalu miskinnya, tidak mampu membeli buku. Tetapi itu tidak menyebabkannya patah semangat. Apa yang dilakukannya ialah meminjam buku kawan-kawannya dan menyalin buku itu dengan tulisannya sendiri. Setiap kitab disalinnya tanpa henti lepas satu kitab ke kitab yang lain. Oleh kerana tekunnya menulis ini guru dan kawan-kawannya menggelarkannya "Ismail Tulis". Dia senang dengan gelar itu.

Selepas perguruannya, dia masih tidak henti-henti menulis iaitu menyalin kitab-kitab agama termasuk naskah Al Quran. Orang kampung menggelarnya 'Tuan Tulis'. Tuan adalah gelar kepada guru-guru agama atau ulama. Lantas ada yang menggelarnya 'Tun Tulis'. Selepas meninggal dunia, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu menitahkan agar dibina bangunan di makam Tun Tulis dan kekal bangunan itu hingga ke hari ini.