Tupai muncung besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tupai muncung besar
CITES Appendix II (CITES)[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Scandentia
Keluarga: Tupaiidae
Genus: Tupaia
Spesies:
T. glis
Nama binomial
Tupaia glis
Julat tupai muncung

Tupai muncung besar (Tupaia glis)[3] ialah mamalia kecil dalam keluarga tupai muncung, Tupaiidae, dan tempatan di Thailand, Malaysia, dan Indonesia. Ia disenaraikan sebagai kurang membimbangkan oleh IUCN memandangkan ia kekal umum, dan memaparkan beberapa pengubahsuaian untuk menjalani kehilangan habitat.[1]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Tupai muncung biasa salah satu tupai muncung yang terbesar. Purata panjang badan antara 16 dan 21 cm (6.3 dan 8.3 in) dan purata berat sekitar 190 g, dengan pelbagai warna perang kemerahan, bahagian atas kelabu atau hitam, dan perut putih. Ekor panjang kembangnya perang kelabu dan hampir mencapai kepanjangan badan. Tapak tangannya licin dengan kuku tajam, dan terdapat kulit licin di atas hidungnya. Kedua-dua jantina mempunyai rupa yang sama. Binatang ini mempunyai kepala dan kepanjangan badan 13–21 cm dan kepanjangan ekor 12–20 cm.[4] Tupai muncung biasa selalunya berjalur putih pucat di setiap bahu.

Dua subspesiesnya adalah T. g. longipes dan T. g. salatana, dengan warna T. g. longipes lebih suram berbanding T. g. salatana. Bahagian bawah T. g. longipes kuning suram hingga kuning kemerahan, dan sisi bawah ekornya keabuan. Bahagian bawah dan sisi bawah ekornya merah gelap pada T. g. salatana. Spesies hampir samanya adalah Tupaia splendidula dan Tupaia montana.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Ia antara yang terbesar dalam kategori tupai muncung. Tupai muncung biasa tersebar di Asia Tenggara. Ia terdapat di hutan hujan tanah rendah Thailand, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Kelakuan[sunting | sunting sumber]

Ia haiwan diurnal. Tupai muncung besar aktif pada hari siang dan mencari makanan, bersendirian atau berpasangan, kebanyakannya atas tanah bawah belukar, walaupun ia arboreal. Pemakanannya terdiri daripada serangga, buah, daun dan bahan sayuran lain. Sarangnya biasa dalam lubang batang pokok.

Status taksonomi[sunting | sunting sumber]

Species ini sulung kali digambarkan pada Februari 1820 oleh pengembara Perancis, Pierre-Médard Diard dan Alfred Duvaucel dalam artikel "Sur une nouvelle espèce de Sorex — Sorex Glis" yang tulis bersama, didahului dengan gambaran. Mereka mencerap spesimen di Pulau Pinang dan Singapura, dan menganggapnya spesies bagi Sorex, dan bukan genus baru.[2] Antara 1821 dan 1940, beberapa ahli zoologi menggambarkan spesies daripada spesies lain. Spesies ini masih mendapat banyak bentuk peringkat dan kesahan yang tak tentu, dan penyelidikan terperincinya masih belum selesai. Beberapa bentuknya awalnya dianggap sinonim bagi Tupaia glis; beberapanya diangkat ke tahap spesies. Sinonimnya termasuk:[5]

  • ferruginea (Raffles, 1821)[6]
  • press (Raffles, 1821)[6]
  • hypochrysa (Thomas, 1895)
  • chrysomalla (Miller, 1900)
  • sordida (Miller, 1900)
  • phaeura (Miller, 1902)
  • castanea (Miller, 1903)
  • pulonis (Miller, 1903)
  • tephrura (Miller, 1903)
  • demissa (Thomas, 1904)
  • discolor (Lyon, 1906)
  • batamana (Lyon, 1907)
  • siaca (Lyon, 1908)
  • lacernata (Thomas and Wroughton, 1909)
  • raviana (Lyon, 1911)
  • pemangilis (Lyon, 1911)
  • wilkinsoni (Robinson and Kloss, 1911)
  • penangensis (Robinson and Kloss, 1911)
  • longicauda (Kloss, 1911)
  • obscura (Kloss, 1911)
  • longicanda (Lyon, 1913)
  • anambae (Lyon, 1913)
  • redacta (Robinson, 1916)
  • jacki (Robinson and Kloss, 1918)
  • phoeniura (Thomas, 1923)
  • siberu (Chasen and Kloss, 1928)
  • cognate (Chasen, 1940)
  • umbratilis (Chasen, 1940)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Sargis, E. & Kennerley, R. (2017). "Tupaia glis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T111872341A123796056. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  2. ^ a b Diard, P.M., Duvaucel, A. (1820) "Sur une nouvelle espèce de Sorex — Sorex Glis". Asiatick researches, or, Transactions of the society instituted in Bengal, for inquiring into the history and antiquities, the arts, sciences, and literature of Asia, Volume 14. Bengal Military Orphans Press, 1822
  3. ^ J. L. Harrison; S. K. Quah (1963). Recommended Vernacular Names for Malaysian Mammals (PDF). Jabatan Zoologi, Universiti Singapura. m/s. 4-5.
  4. ^ Shepherd, Chris R.; Shepherd, Loretta Ann (2012). A Naturalist's Guide to the Mammals of Southeast Asia. Wiltshire, UK: John BeauFoy Publishing. m/s. 16. ISBN 978-1-906780-71-5.
  5. ^ Templat:MSW3 Helgen
  6. ^ a b Raffles, T. S. (1821). "Descriptive Catalogue of a Zoological Collection made on account of the Honourable East India Company, in the Island of Sumatra and its Vicinity, under the Direction of Sir Thomas Stamford Raffles, Lieutenant-Governor of Fort Marlborough; with additional Notices illustrative of the Natural History of those Countries". The Transactions of the Linnean Society of London. Linnean Society of London. XIII: 239–340.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]