U.S. Bank Tower (Los Angeles)
| U.S. Bank Tower | |
| Bangunan | |
|---|---|
| Nama terdahulu | Library Tower First Interstate Bank World Center |
| Jenis | Pejabat perdagangan |
| Lokasi | 633 West Fifth Street Los Angeles, California |
| Pemilik | Library Square Associates LLC |
| Pembinaan | |
| Dimulakan | 1987 |
| Diselesaikan | 1989 |
| Kiraan tingkat | 73 |
| Kawasan tingkat | 1,300,000 ka persegi (120,000 m²) |
| Kontraktor utama | Turner Construction Company |
| Kos | US$350,000,000 |
| Pasukan reka bentuk | |
| Arkitek | Pei Cobb Freed & Partners |
| Jurutera struktur | CBM Engineers Inc. James A. Knowles & Associates |
| Rujukan | |
| [1][2][3][4] | |
U.S. Bank Tower, dahulunya Library Tower dan First Interstate Bank World Center, ialah sebuah pencakar langit bertinggi 310.3 m (1,018 ka) di 633 West Fifth Street di pusat bandaraya Los Angeles, California. Ia merupakan bangunan tertinggi di negeri California, ke-10 tertinggi di Amerika Syarikat, dan bangunan ke-47 tertinggi di dunia (tepat pada November 2010). Memandangkan peraturan pembinaan setempat mewajibkan bangunan ini dilengkapi landas helikopter, ia juga bangunan tertinggi di dunia yang dilengkapi pangkalan helikopter di atas bumbung. Sehinggalah terbinanya Taipei 101, ia juga bangunan tertinggi yang terletak di atas kawasan seismik utama; strukturnya direka untuk menahan gempa bumi sekuat 8.3 pada skala Richter. Ia terdiri daripada 73 aras di atas tanah dan dua aras parkir di bawah tanah. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1987 dan siap pada tahun 1989. Bangunan ini direka oleh Henry N. Cobb dari firma jurubina Pei Cobb Freed & Partners dengan menelan belanja $350 juta. Ia merupakan salah sebuah bangunan yang paling terkenal di Los Angeles, dan sering digunakan untuk syot pengenalan untuk kota ini dalam filem dan rancangan televisyen.
[sunting] Rujukan
- ↑ U.S. Bank Tower (Los Angeles) at Emporis
- ↑ U.S. Bank Tower (Los Angeles) di Glass Steel and Stone
- ↑ U.S. Bank Tower (Los Angeles) di SkyscraperPage
- ↑ U.S. Bank Tower (Los Angeles) di pangkalan data Structurae
[sunting] Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: U.S. Bank Tower (Los Angeles) |