ULD

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
ULD jenis "LD3-45"

Alat beban unit (Bahasa Inggeris: unit load device, singkatan ULD) ialah sejenis palet atau kontena yang digunakan untuk memuatkan bagasi, barangan dan mel di atas pesawat berbadan lebar dan sebahagian pesawat berbadan sempit. Ia membolehkan kuantiti kargo yang banyak dibandelakan kepada satu unit, sekaligus mengurangkan masa pengendalian dan mengelakkan kelewatan penerbangan. Setiap ULD memiliki daftar muatannya sendiri agar semua kandungan dapat dijejaki.

Jenis[sunting | sunting sumber]

ULD datang dalam dua bentuk iaitu palet dan kontena. Palet ULD ialah kepingan aluminium tahan lasak dengan bingkai, yang direka untuk mengunci kargo ke dalam pemegang jaring. Kontena ULD pula ialah kontena tertutup yang dibuat dari aluminium atau kombinasi aluminium (untuk bingkai) dan lexan (untuk dinding). Terdapat juga ULD yang dilengkapi dengan alat penyejukan untuk kargo khas. Berikut adalah contoh ULD dan spesifikasinya.

Isi padu yang dinyatakan ialah isi padu dalaman
Jenis kontena Isi padu Dimensi linear
(lebar tapak/ lebar keseluruhan × dalam × tinggi)
Catatan
LD1[1] 4.90 m3 (173 kaki padu) 156 / 234 × 153 × 163 cm
(61.5 / 92 × 60.4 × 64 in)
terkontur, separuh lebar
LD2[2] 3.40 m3 (120 kaki padu) 119 / 156 × 153 × 163 cm
(47 / 61.5 × 60.4 × 64 in)
terkontur, separuh lebar
LD3 4.33 m3 (153 kaki padu) 164 / 201 × 153 × 163 cm
(64.5 / 79 × 60.4 × 64 in)
terkontur, separuh lebar
LD6 8.95 m3 (316 kaki padu) 318 / 407 × 153 × 163 cm
(125 / 160 × 60.4 × 64 in)
terkontur, lebar penuh, bersamaan dengan 2 LD3
LD8 6.88 m3 (243 kaki padu) 244 / 318 × 153 × 163 cm
(96 / 125 × 60.4 × 64 in)
terkontur, lebar penuh, bersamaan dengan 2 LD2; DQF-prefix
LD11 7.16 m3 (253 kaki padu) 318 × 153 × 163 cm
(125 × 60.4 × 64 in)
sama seperti LD-6 tetapi tidak terkontur; segi empat tepat
Jenis palet Isi padu Dimensi linear Catatan
LD8 6.88 m3 (243 kaki padu) 153 × 244 cm
(60 × 96 in)
dimensi tapak yang sama dengan versi kontena; awalan FQA
LD11 7.16 m3 (253 kaki padu) 153 × 318 cm
(60.4 × 125 in)
dimensi tapak yang sama dengan versi kontena; awalan FLA- dan PLA-
LD7
(2 variasi palet)
10.8 m3 (381 kaki padu)
11.8 m3 (417 kaki padu)
224 × 318 cm
(88 × 125 in)
244 × 318 cm
(96 × 125 in)
awalan PAG- dan P1P-
awalan PMC- dan P6P-


Isi padu palet yang dinyatakan dibina 64 inci tinggi untuk pemuatan di geladak bawah. Had ketinggian untuk geladak utama adalah bergantung kepada jenis pesawat.

Kesesuaian pesawat[sunting | sunting sumber]

ULD jenis LD-3

LD3, LD6, dan LD11 sesuai untuk 787s, 777, 747, MD-11, L-1011, dan semua Airbus berbadan lebar. 767 menggunakan LD2 dan LD8 yang lebih kecil kerana fiuslajnya yang lebih sempit. LD1 direka khusus untuk 747, tetapi ia sering digantikan dengan LD3 yang lebih terkenal (kedua-duannya memiliki dimensi tapak yang sama). Palet LD7 sesuai untuk 787, 777, 747, model terbaru 767 (dengan pintu besar), dan Airbus berbadan lebar.

Kapasiti ULD[sunting | sunting sumber]

Muatan pesawat boleh terdiri daripada kontena, palet, dan campuran jenis-jenis ULD, bergantung kepada keperluan. Jadual di bawah menunjukkan kapasiti maksimum untuk sebuah pesawat bagi semua jenis konfigurasi palet dan kontena.

A = Airbus; B = Boeing; L = Lockheed; MD = McDonnell-Douglas; F = pengangkut (freighter); ER = jarak lanjut (extended range); LR = jarak jauh (long range)
Pesawat Kapasiti maksimum kontena Kapasiti maksimum palet Catatan
B727-100F tiada 8 palet*[3] *88" × 125" palet sahaja, 727 ialah pesawat berbadan sempit
B727-200F tiada 12 palet* *88" × 125" palet sahaja, 727 ialah pesawat berbadan sempit
B727-200C (kombinasi) tiada 11 palet* *88" × 125" palet sahaja, 727 ialah pesawat berbadan sempit
B747-100/200/300 30 LD1[4] 5 palet + 14 LD1
B747-400 32 LD1[1] 5 palet + 14 LD1
B747-400ER 26 LD1[1] 4 palet + 14 LD1
B747-400F/ERF 32 LD1 (geladak bawah) + 30 palet (geladak utama)[1] pesawat pengangkut, kapasiti termasuk seluruh geladak.
B767-200 22 LD2[2] 3 palet + 10 LD2[2]
B767-300 30 LD2[2] 4 palet + 14 LD2[2]
B767-300ER 30 LD2[2] 4 palet + 14 LD2[2]
B767-300F 24 palet* (geladak utama) + 30 LD2 (geladak bawah)[2] *menerima palet 88" × 125" sahaja; pesawat pengangkut
B767-400ER 38 LD2[2] 5 palet + 18 LD2
B777-200/200LR/ER 32 LD3[5] 10 palet
B777F 30 LD3 + 27 palet 37 palet pesawat pengangkut, kapasiti termasuk seluruh geladak.
B777-300/300ER 44 LD3[5] 14 palet
B787-8/-3 28 LD3 9 palet
B787-9 36 LD3 11 palet
A300B2/B4 20 LD3  ?
A300-600 22 LD3 4 palet + 10 LD3
A300-600F 41 LD3 25 palet pesawat pengangkut, kapasiti termasuk seluruh geladak.Pelan geladak A300-600F
A310 14 LD3 3 palet
A320PF 10 palet* (geladak utama) + 7 LD-3-45W (geladak bawah) 10 AAZ (geladak utama) + 7 LD-3-45W (geladak bawah) *menerima palet 88" × 125" sahaja; pesawat pengangkut dilengkapi dengan pintu kargo depan 86×121"
A321PF 13 palet* (geladak utama) + 10 LD-3-45W (geladak bawah) 13 AAZ (geladak utama) + 10 LD-3-45W (geladak bawah) *menerima palet 88" × 125" sahaja; pesawat pengangkut dilengkapi dengan pintu kargo depan 86×121"
A330-200 23 palet or 26 LD3 8 palet + 2 LD3
A330-200F 9 kontena AMA + 4 palet (geladak utama) + 26 LD3 (geladak bawah) 22 palet (geladak utama) + 8 palet + 2 LD3 (geladak bawah) pesawat pengangkut, kapasiti termasuk seluruh geladak.Pelan geladak A330-200F
A330-300 32 LD3 11 palet
A340-200 26 LD3 9 palet
A340-300 32 LD3 11 palet
A340-500 30 LD3 10 palet
A340-600 42 LD3 14 palet
A380-800 38 LD3 13 palet
A380-800F 59–71 LD3 66 palet pesawat pengangkut, kapasiti termasuk seluruh geladak.Pelan geladak A380-800F
MD-11F 32 LD3[6] 26 palet
L-1011 16 LD3 tiada semua siri kecuali 500 (siri 250/200/150/100/50/1)
L-1011-500 19 LD3 4 palet* *jika dilengkapi dengan pintu kargo depan 104"
Kapasiti maksimum yang dinyatakan tidak termasuk had berat.
Jumlah sebenar ULD yang dimuatkan mungkin lebih rendah jika pesawat sudah melebihi had berat.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Semua ULD dikenal pasti dengan nombor ULD nya. Awalan 3 abjad menunjukkan jenis, diikuti dengan 4 atau 5 digit nombor siri (4 jika sebelum 1 Oktober 1993; samada 4 atau 5 jika selepas 1 Oktober, 1993) yang unik untuk setiap ULD, dan diakhiri dengan 2 abjad dan digit yang menentukan pemilik ULD. [7]

Awalan biasa[sunting | sunting sumber]

  • AVY[8]: LD1 dengan lubang foklif
  • AKC[8]: LD1 tanpa lubang foklif
  • DPN[8]: LD2 dengan lubang foklif
  • DPE[8]: LD2 tanpa lubang foklif
  • AKN[8]: LD3 dengan lubang foklif
  • AKE[8]: LD3 tanpa lubang foklif
  • QKE: LD3 sama seperti AKE tetapi diperbuat dari KEVLAR dan kalis bom. Tiada lubang foklif
  • RKN[8]: LD3 dengan unit penyejukan
  • ALB[8]: LD4 dengan lubang foklif
  • ALP[8]: LD4 tanpa lubang foklif
  • AWC[8]: LD6 dengan lubang foklif
  • ALF[8]: LD6 tanpa lubang foklif
  • PAD[8]: LD7, palet besar (88" x 125"), rata
  • P1P[8]: LD7, palet besar (88" x 125"), sayap boleh lipat untuk digantung
  • XAW[8]: LD7, palet besar (88" x 125"), sayap tetap untuk digantung.
  • AAA: kontena LD7 (88" x 125"), 81" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan sempit
  • AAD: kontena LD7 (88" x 125"), 96" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan lebar (aka A1)
  • AAY: kontena LD7 (88" x 125"), 81" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan lebar dan sempit (aka A2)
  • AAZ: kontena LD7 (88" x 125"), 64" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan lebar dan sempit (aka L9)
  • PMC: LD7, palet besar (96" x 125")
  • AMJ: kontena LD7 (86" x 125"), 96" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan lebar (aka M1)
  • DQF[8]: LD8 dengan lubang foklif
  • FQA: palet LD8 (dimensi tapak yang sama dengan DQF)
  • AAP[8]: LD9
  • RAP[8]: LD9 dengan unit penyejukan
  • ALD: LD11 container (aka L11)
  • ALP[8]: LD11 tanpa lubang foklif
  • RWB[8]: LD11 dengan unit penyejukan
  • FLA[8]: palet LD11
  • PLA[8]: palet LD11
  • AAF[8]: kontena LD26
  • AAU[8]: kontena LD29
  • RAU[8]: kontena LD29 dengan unit penyejukan
  • AMU[8]: kontena LD39 terkontur sama seperti ALF, tetapi mempunyai sambungan lebih dalam dan besar. kontena geladak bawah yang terbesar
  • AKH, AKW: LD3-45 selalunya untuk A320/321, sama tapak seperti AKE, terdapat sambungan di kedua belah, 45 inci tinggi
  • AMA[8]: kontena M1
  • AMD[8]: kontena M1H
  • AGA[8]: kontena M2
  • PGA[8]: M6, palet besar, 96 × 238.5 inci. untuk geladak utama pesawat pengangkut
  • VRA[8]: M6, palet besar, 96 × 196 inci. rak berkembar.
  • HMA[8]: (berbentuk) kandang kuda
  • KMA[8]: (berbentuk) kandang bebiri dan kambing

Abjad di posisi 1 menunjukkan kategori ULD (pengesahan, jenis ULD, unit terma)[9];
Abjad di posisi 2 menunjukkan dimensi tapak piawai[9];
Abjad di posisi 3 menunjukkan kontur, lubang foklif, dan pelbagai maklumat lain
[9].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]