Ujian alahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ujian alahan
SinonimUjian saringan alahan
TujuanMengesan alahan.

Ujian alahan (atau ujian saringan alahan) ialah ujian perubatan yang dapat membantu mengesahkan atau mengesampingkan alahan dan seterusnya dapat mengurangkan tindak balas yang buruk dan membatasi penghindaran dan ubat-ubatan yang tidak diperlukan.[1][2] Diagnosis alahan, nasihat dan pencegahan alahan yang betul berdasarkan hasil ujian alahan yang sah sangat penting dan dapat membantu mengurangkan kejadian gejala, memerlukan ubat dan meningkatkan kualiti hidup seseorang individu.[2]

Penyedia jagaan kesihatan boleh menggunakan keputusan ujian alahn untuk mengenal pasti punca alahan tertentu yang mungkin menyumbang kepada gejala alahan. Dengan menggunakan maklumat ini, bersama dengan pemeriksaan fizikal dan sejarah kes, doktor dapat mendiagnosis penyebab gejala dan rawatan khusus yang akan membantu pesakit merasa lebih baik. Hasil yang negatif dapat membantu doktor menyingkirkan alahan untuk mempertimbangkan kemungkinan lain.[3]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Ujian alahan terbahagi kepada dua iaitu:[4]

  • Ujian alahan in-vitro - dengan melalui pengambilan darah dan specific IgE.
  • Ujian alahan in-vivo - dengan melalui ujian cucuk kulit. (skin prick test).

Kebanyakannya pesakit lebih memilih ujian in-vivo melalui ujian cucuk kulit kerana keputusan yang didapatkan cepat dan tepat kecuali bagi pesakit yang mempunyai kontraindikasi untuk menjalankan ujian ini. Ujian alahan mempunyai tahap sensitiviti dan spesifik yang tinggi diantara 70-95% dan 80-97%.[4] Ujian alahan termasuk dalam ujian saringan, sekiranya keputusan ujian pesakit adalah negatif tidak bermaksud pesakit tidak mempunyai penyakit alahan terutamanya mereka yang mempunyai gejala alahan yang nyata. Terdapat beberapa kemungkinan ujian negatif, seperti pesakit mengambil ubat yang boleh menghalang mekanisme alahan, alergen digunakan untuk ujian alahan terlalu cair ataupun kulit mempunyai reaksi yang rendah terhadap ujian ini terutamanya pada kalangan bayi serta warga emas.[4]

Garis panduan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) untuk diagnosis dan pengurusan alahan terhadap makanan dan diagnosis serta pengurusan asma mengesyorkan ujian darah alahan (ujian radioalergosorben) atau ujian cucuk kulit untuk menentukan kepekaan alahan dengan pasti.[1][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Boyce, J et al., "Guidelines for the Diagnosis and Management of Food Allergy in the United States: Report of NIAID-Sponsored Expert Panel", J Allergy Clin Immunol 2010; 126: S1–S58.
  2. ^ a b National Institute for Health and Care Excellence, "Diagnosis and assessment of food allergy in children and young people in primary care and community settings", 2011. Retrieved 26 December 2019.
  3. ^ Sampson, H et al., "Utility of food-specific IgE concentrations in predicting symptomatic food allergy", J Allergy Clin Immunol 2001; 107: 891–6.
  4. ^ a b c "Ujian Saringan Alahan Penting untuk Menentukan Jenis Alahan". hctm.ukm.my. Universiti Kebangsaan Malaysia. 12 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2021. Dicapai pada 24 Januari 2019.
  5. ^ "NIH Guidelines for the Diagnosis and Management of Food Allergy in the United States. Report of the NIAID-Sponsored Expert Panel", 2010, NIH Publication no. 11-7700.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]