Ulu Kinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ulu Kinta ('Hulu Kinta') merupakan sebuah perkampungan kecil orang Melayu . Ia terletak di antara Tambun dan Tanjung Rambutan. Sungai Kinta mengalir dari Gunung Korbu (Gunung Kerbau) yang terletak di Ulu Kinta.

Di Ulu Kinta terdapat beberapa buah kampung Melayu, Rancangangan Penempatan Semula (RPS) orang Asli, kawasan perumahan, pusat tadahan air, kem Pasukan Gerakan Am, sekolah seperti SKPPH, Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta dan Institut Perguruan Ipoh, pasar MARA dan kedai-kedai runcit. Sesuatu yang istimewa mengenai Ulu Kinta ialah ia mula naik selepas pembinaan kem Pasukan Polis Hutan.