Tanjung Rambutan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tanjung Rambutan ialah sebuah pekan kecil di daerah Kinta yang terletak di timur laut bandar raya Ipoh di negeri Perak, Malaysia. Ia terletak pada koordinat 4° 40' 0" Utara, 101° 10' 0" Timur. Jaraknya pekan ini dari Ipoh adalah 15 kilometer. Antara tempat yang berhampiran ialah Taman Sungai Kinta, Kampung Masjid, Kampung Kola, Taman Sun Brite Jaya , Taman Permai Jaya, Sungai Cho, Kampung Melayu, Kampung Tersusun Batu Lapan, Taman Bahagia, Taman Mujur, Taman Utama, Taman Kinding Raya dan lain-lain. Tanjung Rambutan juga berdekatan dengan Bercham,Tambun, dan Chemor.


Sungai Kinta mengalir melalui bandar Ipoh, Batu Gajah, Tanjung Tualang dan bertemu dengan Sungai Perak di Kampung Gajah, Perak.

Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan[sunting | sunting sumber]

Tanjung Rambutan biasanya dikaitkan dengan 'orang gila' kerana pekan ini menampung Hospital Bahagia, salah satu hospital kesihatan mental yang terkenal di Malaysia. Hospital Orang Gila ini dibina pada 1911. Hospital Bahagia ini berhampiran dengan Stesen Kereta api Tanjung Rambutan .Kini ia dinamakan Hospital Bahagia Ulu Kinta. Oleh itu, penduduk-penduduk Tanjung Rambutan lebih senang dengan panggilan Hulu Kinta kerana pekan ini terletak di hulu Sungai Kinta.

Pada tahun 1941, terdapat 5000 pesakit . Kini ia mempunyai 2600 katil.

Tarikan[sunting | sunting sumber]

Kini Tanjung Rambutan semakin menarik perhatian orang ramai kerana barang-barang lelongnya yang murah serta kesempatan untuk mengunjungi Hospital Bahagia yang juga didatangi oleh pelatih-pelatih yang menjalankan latihan praktikal. Maktab Perguruan Hulu Kinta dan Markas Briged Utara Ulu Kinta juga terletak di sini. Mereka dari 69 Komando PDRM.

Di sini juga terdapatnya air terjun Tanjung Rambutan kerana di sini adalah kawasan bukit bukau. Ia menjadi laluan untuk sampai ke Gunung Korbu iaitu gunung yang tertinggi di negeri Perak.

Stesen Kereta api Tanjung Rambutan juga terdapat di sini. Kereta api ini menuju ke Butterworth atau Padang Besar di utara. Mereka juga boleh ke Kuala Lumpur dan Johor Bharu di selatan melalui kereta api.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan terletak di utara bandar Tanjung Rambutan. Di utara juga terdapat beberapa buah kolam yang berasal dari bekas lombong.

Di sini juga terdapatnya masjid , kuil , tokong dan gurwara yang menandakan penduduknya kini berbilang kaum iaitu, Melayu,Cina,India dan Sikh.Penduduknyan berjumlah 30,000 orang . National Stud farm menyediakan penginapan dalam hutan yang menarik. Deretan kedai dua tingkat berusia hampir 100 tahun iaitu dari zaman kolonial tentu menarik perhatian pengunjung.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]