Gunung Korbu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Korbu
ڬونوڠ كوربو
Ketinggian 2,183 m (7,162 ka)
Lokasi
Lokasi Mukim Kinta, Perak, Malaysia
Banjaran Banjaran Titiwangsa
Koordinat 4°41′N 101°18′E / 4.683°U 101.300°T / 4.683; 101.300Koordinat: 4°41′N 101°18′E / 4.683°U 101.300°T / 4.683; 101.300

Gunung Korbu ialah sebuah gunung yang terdapat di Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Gunung Korbu mempunyai ketinggian setinggi 2,183 meter[1] dan merupakan puncak tertinggi Banjaran Titiwangsa.

Gunung Korbu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Cara pendakian[sunting | sunting sumber]

Dari Ipoh menuju ke Tanjung Rambutan. Di situ ada perkampungan orang Asli suku Semai. Mendaki ikut Sungai Kinta. Jarak dari Tanjung Rambutan ke Gunung Korbu ialah 16 km. Mulakan dari berek pasukan polis dan Jabatan Bekalan Air Kinta.

  1. Medan Kidd, Ipoh - naik bas awam ke Tanjung Rambutan
  2. Balai Polis Tanjung Rambutan - daftar nama di sana (nama, alamat, KP, tujuan, bilangan, berapa lama di puncak. Bila balik daftar sudah berjaya sampai)
  3. Kem Briged Polis Hutan Ulu Kinta - naik van. Sekarang dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta.
  4. Loji air, pagar intake
  5. Beberapa perkampungan orang Asli
  6. Kem Agas
  7. Kem Seroja
  8. Bukit Botak
  9. Gunung Korbu Raya

Pendaki juga boleh mendaki Gunung Korbu melalui Pos Sg Termin.

  1. Terminal Bas Ekspress Medan Gopeng
  2. Ulu Kinta Waterfall
  3. Ulu Kinta Reservation
  4. Empangan Sultan Azlan Shah
  5. Pos Sg Termin
  6. Bukit Nanas (by pass) (Kg Orang Asli Sg Termin)
  7. Dataran Pacat (kawasan rehat)
  8. Kem 9-10 (ruang tapak khemah: 10 org)
  9. Termin Waterfall Camp / Kem Batu Besar (ruang tapak khemah: 10-15 org)
  10. Bukit Penat (by pass)
  11. Kem Seroja (ruang tapak khemah: 40 org)
  12. Kem TV3 (ruang tapak khemah: 10 org)
  13. Bukit Lagi Penat (by pass)
  14. Kem Kancil (ruang tapak khemah: 10-15 org) New
  15. Kem Kijang (ruang tapak khemah: 40 org)
  16. Last Water Point (LWP)
  17. Puncak Botak (ruang tapak khemah: 10 org)
  18. Puncak Chuban (ruang tapak khemah: 10 org)
  19. Puncak Korbu Raya
  20. Puncak Gunung Korbu (2,183 m) (ruang tapak khemah: 40 org)

Apabila tiba di puncak Gunung Korbu, pendaki boleh juga terus ke Gunung Gayong dan seterusnya ke Gunung Yong Belar kemudian turun di Cameron Highland, Pahang, ekspedisi pendakian ini lebih dikenali sebagai Trans Titiwangsa V1. Ekspedisi tersebut mengambil masa selama 5 hingga ke 7 hari. Selain itu, pendaki juga boleh meneruskan perjalanan melalui rentis hutan ini untuk ke Gunung Yong Yap, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat yang memakan masa lebih 21 hari untuk melengkapkan pendakian ke 6 daripada 7 buah gunung tertinggi di Banjaran Titiwangsa.

Daripada puncak ini kelihatan jelas pemandangan bandaraya Ipoh, Lembah Kinta, Bukit Keledang, Selat Melaka, pemancar di Bukit Larut, Taiping, Pulau Pinang, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar dan Gunung Brinchang di Cameron Highland. Gunung Yong Yap juga jelas kelihatan.

Rentis asal kini juga telah berubah wajah. Pihak pemaju telah mewujudkan satu lagi trek di sebelah atas bukit untuk pendaki ke Gunung Korbu. Perjalanan melalui rentis balak ini amat menyiksakan terutamanya pada waktu tengahari di mana pendaki terdedah kepada terik matahari secara terus dan mampu membuatkan seseorang itu dehidrat akibat kekurangan air dalam badan.

Terdapat sebuah rentis lama ke gunung ini yang jarang dilalui oleh para pendaki. Perjalanan rentis ini akan membawa pendaki melalui Sungai Seno'oi (melalui perkampungan orang asli Kg Cadak & Kg Makmur), Kem Balak, Kem Singapura, Kem View dan Kem Permatang serta Puncak Bonsai Tonggek. Pendaki sama sekali tidak akan melalui Kem Seroja, Kem Kijang dan Puncak Botak kerana rentis ini melalui permatang yang lain untuk ke puncak Gunung Korbu.

Adalah digalakkan oleh setiap kumpulan pendaki yang ingin memasuki rentis di sekitar Banjaran Titiwangsa ini untuk mendapatkan khidmat jurupandu arah yang berlesen/berdaftar terutamanya dengan Kementerian Pelancongan Malaysia. Meskipun rentis-rentis ini tersedia ada buat sekian lamanya, namun terdapat banyak simpang-simpang yang dapat mengelirukan pendaki dan mampu membuatkan seseorang itu hilang pedoman. Kini terdapat banyak operator yang menyediakan khidmat jurupandu arah.

Permit[sunting | sunting sumber]

Permohonan permit untuk melakukan pendakian ke gunung ini boleh dilakukan seperti langkah yang diberikan dibawah:-

  • Menulis surat permohonan ke Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung untuk perhatian Pegawai Hutan Daerah
  • Nyatakan tarikh pendakian, maklumat dan bilangan peserta yang terlibat di dalam surat tersebut
  • Surat permohonan hendaklah dihantar sekurang-kurangnya seminggu lebih awal daripada tarikh pendakian
  • Fax salinan surat ke 05-3651679
  • Salinan asal hendaklah dihantar melalui pos atau serahan terus ke pejabat
  • Hubungi 05-3661228 untuk pengesahan penerimaan Fax
  • Membuat pembayaran sebanyak RM10.00/seorang melalui Wang Pos atas nama Bendahari Negeri Perak

Meskipun urusan permohonan permit ini agak merumitkan keadaan, namun ianya adalah untuk kebaikan pihak pendaki juga terutamanya untuk mengelakkan sebarang halangan ketika melakukan ekspedisi dan juga bagi mengelakkan banyak persoalan daripada pihak-pihak tertentu jika berlaku sebarang kecelakaan.

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

  • 1999; 14 remaja telah membuat pendakian, termasuk 2 pendaki perempuan. Mereka terdiri daripada sekumpulan pendaki yang sering mendaki gunung-gunung di seluruh Malaysia.Mereka adalah Sawa, Adnan, Lan, Mono, Wak, Jabir, Jerung, Pon, Mai, Sheila, Zainal, Sepoi (arwah) dan allahyarham Rohan Harith Iskandar.Dua daripadanya adalah kenalan baru yang ingin menyertai ekspedisi itu. Allahyarham Norzahri Harun dan Rohan ditemui mati pada awal pagi dalam khemah di puncak Korbu oleh rakan-rakan sepasukan. Mengikut catatan rasmi, kemalangan berlaku akibat terhidu gas karbon monoksida yang terhasil melalui pembakaran lampu gas. Mengikut laporan pihak berkuasa, mereka mengklasifikasikan kes ini sebagai kemalangan biasa.

Konservasi[sunting | sunting sumber]

  • 23 Mei 2013[2] merupakan tarikh pertama aktiviti cuci rentis dilakukan di gunung ini.

Kampung Orang Asli[sunting | sunting sumber]

  • Kampung Orang Asli Makmur, Kinta Intake, Ulu Kinta.
  • Kampung Orang Asli Sungai Chadak, Ulu Kinta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]