Unicast

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Unicast dalam rangkaian komputer, adalah maklumat dalam bentuk paket atau maklumat berpaket yang dihantar secara satu hala atau sehala. Perkataan ini saja sudah cukup menjelaskan yang "UNI" bermaksud satu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Berbanding multicasting dan broadcasting, unicast menghantar data atau menyebar data dalam bentuk 1 ke 1. Ia akan menghantar data kepada klien yang meminta atau memohon data yang spesifik.

Dalam transmisi video stream, unicast lebih dirujuk seperti Video on Demand (VoD), dimana video terbabit disimpan dan dimainkan semula bila seseorang pengguna mahu menonton video yang diminta olehnya dari pelayan atau pangkalan data yang disediakan.

Fail:Unicast.png
Penyebaran data secara unicast