Wan Amran Wan Hussin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Juruterbang Wan Amran Wan Hussin (50 tahun) terbunuh bersama 295 penumpang dan kru pesawat MH17 milik Penerbangan Malaysia pada 17 Julai 2014 di Grabovo, Donetsk, Ukraine.

Beliau sempat memberi mesej dalam WhatsApp kepada isterinya, Mariam Yusof yang berada di Sepang, Selangor sebelum berangkat. [1]

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di perkampungan Grabovo, Donetsk,Ukraine. Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko memaklumkan bahawa pesawat MAS itu terbang pada ketinggian 10,000 meter dan dipercayai ditembak dengan peluru berpandu yang dilancarkan daripada pelancar Buk. Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) Ukraine memaklumkan bahawa menara kawalan terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 1415 (GMT) , 30 km dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Rusia turut didakwa menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Ukraine SU25 di timur negara itu bagaimanapun dinafikan Kementerian Pertahanan Rusia.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]