Wei Yili

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wei Yili (Bahasa Cina: 魏轶力, pinyin: Wèi Yìlì) dilahirkan pada 24 Jun 1982 merupakan seorang pemain badminton wanita dari Republik Rakyat China.

Wei Yili bermain untuk China di Sukan Olimpik 2004 dalam acara beregu wanita bersama dengan pasangannya Zhao Tingting. Mereka mendapat bye dalam pusingan pertama dan menewaskan Gail Emms dan Donna Kellogg dari Great Britain di pusingan kedua. Di suku akhir, Wei dan Zhao menewaskan Lee Hyo-jung dan Hwang Yu-mi dari Korea Selatan 8-15, 15-6, 15-13. Mereka tewas di separuh akhir kepada Huang Sui dan Gao Ling dari China 15-10, 17-14 dan penentuan pingat gangsa kepada Ra Kyung-min dan Lee Kyung-won dari Korea Selatan 10-15, 15-9, 15-7 untuk menduduki tempat keempat.

Wei Yili memasuki peringkat akhir beregu wanita di Kejohanan Dunia IBF 2006 bersama dengan Zhang Yawen, tewas kepada Gao Ling dan Huang Sui.