Wikipedia:Calon rencana pilihan/September

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Poster filem Jwanita

Jwanita ialah sebuah filem seram Malaysia yang diarahkan oleh Osman Ali. Filem ini menampilkan barisan pelakon A-List iaitu Maya Karin,Bront Palarae,Cristina Suzanne Stockstill,Datin Umie Aida dan Marsha Milan Londoh.Filem ini mengisahkan mengenai Jwanita (Maya Karin) yang terpisah dari adiknya, Julaika (Cristina Suzanne Stockstill) ketika kecil. Dia telah dibesarkan oleh seorang dukun, (Datin Umie Aida) dan sering didera. Selepas kedua-duanya dewasa, mereka bertemu semula tetapi Jwanita telah mengancam kehidupan Julaika dan keluarganya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 24 September 2015.