Umie Aida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Datin Umie Aida
Umie11.jpg
Kelahiran Umi Kalsum binti Rahmad Ali
18 Januari 1973 (41 tahun)
Pasangan Khairuddin Abu Hassan (2010 - Sekarang)

Datin Umi Kalsum bt Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Umie Aida merupakan seorang aktres terkenal di Malaysia yang juga bergelar penyanyi, penerbit dan ahli perniagaan. Dilahirkan pada 18 Januari 1973 di Kuala Lumpur. Umie memulakan karier lakonan ketika berusia 18 tahun setelah menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 seterusnya bergelar pelakon wanita tersohor Malaysia yang berjaya mencipta nama di tanah air dan peringkat Asia.

Sering digandingkan dengan hero filem Melayu Rosyam Nor, beliau pernah tiga kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin manakala di layar perak, Umie bergelar Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke 16 menerusi filem "Embun" serta dua kali dicalonkan di Festival Filem Asia Pasifik. Pernah mendapat jolokan Ratu Filem Epik kerana kerap membintangi filem dan drama epik, Umie juga antara aktres paling mahal bayarannya untuk membintangi sesebuah drama TV.

Pembabitan Seni[sunting | sunting sumber]

Detik Awal[sunting | sunting sumber]

Umie mula berjinak dalam bidang seni sebagai model komersial di bawah kelolaan model terkenal Azah Aziz ketika beliau baru berusia 15 tahun pada 1989. Populariti yang ditempa oleh kakaknya, aktres & pengarah Erma Fatima sedikit sebanyak membantu memberi pendedahan kepada Umie pada ketika itu. Namun kerjaya awalnya lebih cemerlang sebagai model baik dalam komersial TV mahupun video muzik. Antara MTV yang pernah menampilkan Umie adalah Nusantara nyanyian Sheqal pada tahun 1990. Bagi mencari wang saku Umie sering mengikuti Erma ke lokasi dan akhirnya berjinak-jinak sebagai pelakon tambahan dengan bayaran minima.

Pada tahun 1990 Umie menggunakan nama komersial Ermy Zura untuk menyertai pertandingan pencarian gadis popular Dewi Remaja 1990/91. Umie berjaya mara ke final bersama gadis lain yang kini popular sebagai aktres Jasmin Hamid, Kuza & supermodel Irene Santiago di mana acara ini dimenangi model Jasmine Dhillon. Bertitik tolak daripada itu nama Umie mula popular di kalangan penerbit. Drama TV pertama lakonan beliau adalah Maafkan Mama yang ditayangkan di TV3 manakala pada tahun 1991 juga Umie muncul dalam filem debutnya berjudul Memori arahan Datuk Rosnani Jamil. Peluang muncul dalam filem tersebut digunakan sebaik mungkin oleh Umie untuk menuntut ilmu lakonan daripada barisan pelakon hebat yang turut membintangi filem itu seperti Jins Shamsuddin, Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri & penyanyi popular Nash Elias.

Nama Umie sering membintangi drama-drama popular di kaca TV antara yang paling popular adalah drama Hello bersama M. Nasir & Tiara Jacquelina pada tahun 1993. Pada tahun 1994 bakat Umie mula diberi perhatian apabila dicalonkan sebagai Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Sri Angkasa menerusi watak klasik dalam drama Rupawan. Seterusnya Umie memberi persembahan hebat dalam trilogi drama Selamat Hari Jadi Su yang mana beliau dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin menerusi sekual kedua siri tersebut. Pada tahun 1995 Umie kembali ke layar perak menerusi watak Sharifah Hasnah dalam filem muzikal Jimi Asmara arahan Erma. Menerusi watak pembantu dalam filem tersebut Umie dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1995. Umie juga menempa nama di Indonesia menerusi drama popular bersama aktor Slamet Rachardjo Djarot seperti Jodon & Bukan Itu...Bukan Ini....

Umie terlibat sebagai teraju utama filem Emas Melayu atau judul antarabangsanya Pure Gold arahan pengarah Inggeris Bart Righters namun filem itu tidak ditayangkan biarpun sepatutnya menemui penonton pada tahun 1997. Beberapa buah drama lakonan Umie ketika itu juga tidak dapat ditayangkan ekoran masalah bersama LPF, antaranya drama Hartini & Jangan pada 1997 juga pada tahun 2000 iaitu drama 5 Hari Raya & Ma Rabbuka. Bagi memantapkan lagi skill lakonan Umie aktif dalam pementasan teater pada penghujung 90-an. Antara teater yang mengangkat nama beliau adalah Lantai T. Pinkie, Mencari Salina, Pelayaran Nur Atma & Dejavu Seorang Perempuan.


Puncak Populariti[sunting | sunting sumber]

Umie meraih kemuncak populariti pada lewat tahun 1990an menerusi penampilan hebatnya dalam drama Metafizik bersama aktor Ahmad Yatim & Surah Terakhir arahan Sidi Oraza. Drama Surah Terakhir menghadiahkan beliau trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1999. Pada tahun 1999 juga Umie muncul dalam drama bersiri TV paling popular pada tahun itu iaitu Romeo & Juliet bersama aktor/pengarah Ahmad Idham. Populariti Umie dibantu dengan penghasilan album solo studio pertama Umie mengambil nama sempena drama tersebut yang juga menjalani penggambaran di United Kingdom. Album solo studio pertama Umie menampilkan hits seperti Kepadamu Kekasih & Redup Kerinduan menambahkan lagi pengaruh beliau sebagai artis serba boleh. Dalam acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1998/99 Umie dijulang sebagai pemenang Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) menewaskan pelakon-pelakon senior seperti Aida Khalida & Haliza Misbun.

Pada tahun 2000 Umie muncul sebagai aktres dengan kutipan box-office tertinggi iaitu menerusi dua buah filem lakonannya, Senario Lagi & Leftenan Adnan berjaya mengumpul keseluruhan RM7.6juta menewaskan kutipan box-office filem Erra Fazira yang hanya berjumlah RM 3.6juta pada tahun itu. Namun dari segi populariti individu Erra berjaya menewaskan Umie di ABPBH 2000 untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH). Dalam acara yang sama Umie juga dicalonkan sekali lagi untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular namun tewas kepada aktres Abby Abadi. Karier lakonan Umie banyak dipacu oleh kejayaan seimbang di layar kaca, layar perak, seni suara & pementasan teater. Umie muncul dalam drama bersiri yang masih memegang rekod sebagai drama bersiri termahal di Malaysia iaitu Salam Taj Mahal sebanyak 32 episod. Umie juga menyanyikan lagu tema siri ini dengan judul serupa, lagu tersebut menjadi lagu pertama nyanyian beliau yang menjuarai Carta Era oleh Radio Era.fm serta menjuarai beberapa carta radio lain termasuk Muzik.fm sekitar bulan Ogos hingga September 2000.

Tidak cukup dengan itu lakonan Umie dalam filem-filem box - officenya juga meraih perhatian juri Festival Filem Malaysia apabila Umie dicalonkan dalam kedua-dua kategori lakonan iaitu Pelakon Wanita Terbaik (FFM) menerusi watak Sophia Pakih Muda dalam Lt. Adnan manakala watak penyanyi kelab malam bernama Linda dalam Senario Lagi menerima pencalonan untuk kategori pembantu. Biarpun tewas dalam kedua-dua kategori tersebut, Umie mengubat luka apabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2000/2001 menerusi drama Ayuni. Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut beliau dalam acara yang sama. Populariti dan kredibiliti Umie terus mekar sehingga beliau terpilih melakonkan watak Embun Harun dalam filem emansipasi Embun pada tahun 2002. Menerusi filem inilah lakonan Umie mendapat pujian menyeluruh pengkritik. Umie disifatkan memberi jiwa yang jujur untuk watak gadis Melayu ketika zaman pendudukan Jepun yang berjuang menentang kezaliman penjajah. Umie meraih pencalonan Aktres Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 42 di Seoul, Korea Selatan namun tewas kepada aktres Makiko Esumi dari Jepun menerusi filem Inochi. Biarpun tewas Umie berjaya memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 16 & Anugerah Skrin 2003. Kesinambungan daripada fenomena watak Embun, Umie bergandingan sekali lagu bersama Erma menerbitkan drama bersiri Haryati yang diadaptasi daripada novel tulisan Hamka iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk. Drama bersiri 25 episod ini berlatar belakangkan Tanah Melayu & Sumatera pada era 20-an hingga 50-an diterajui Umie yang membawa watak Haryati. Sambutan hebat daripada orang ramai membuahkan sebuah lagi musim iaitu Haryati 2 yang disiarkan 2 tahun selepas itu.

Pada tahun 2002 dan 2003 Umie muncul dalam beberapa buah produksi TV yang popular seperti telefilem Rumah Di Tengah Sawah, Tarantula serta drama bersiri lakonan Umie yang paling panjang siarannya, Dalam Hati Ada Cinta yang bersiaran sebanyak 150 episod dalam 5 musim selama 4 tahun di Astro Ria. Pada tahun 2004 beliau muncul dalam filem Bintang Hati bersama aktres komedi Amy Mastura.Namun pada tahun 2004 populariti Umie turut sama naik dengan populariti drama bersiri Rindu Semakin Jauh yang dilakonkannya bersama Rosyam Nor, Eja & Hairie Othman. Drama yang mengisi slot Samarinda itu menyaksikan lakonan Umie sebagai antagonis menerima reaksi positif. Drama ini juga menyaksikan kerjasama secara profesional beliau bersama bekas teman lelaki (Hairie) setelah kali terakhir digandingkan dalam drama 5 Hari Raya. Umie mengukuhkan kedudukan sebagai aktres yang berpengarauh apabila bergandingan bersama Rosyam Nor dalam filem Gangsster pada tahun 2005 yang meraih kutipan box office tertingga pada tahun itu. Pun begitu sebuah lagi filem beliau pada tahun tersebut iaitu Qaisy & Laila meraih kutipan kurang memberangsangkan. Filem mengenai sekumpulan sukarelawan yang berkhidmat di kem pelarian perang Afghanistan itu membawa tema yang berat. Walaubagaimanapun lakonan Umie diiktiraf apabila menerima pencalonan kedua di Festival Filem Asia Pasifik yang berlangsung di Kuala Lumpur. Umie dicalonkan untuk kategori Aktes Pembantu Terbaik dan tewas kepada aktres Indonesia, Rima Melati (Ungu Violet). Seterusnya Umie muncul dalam filem arahan Afdlin Shauki berjudul Buli Balik pada 21 Januari 2006 bergandingan bersama Afdlin, Hans Isaac & Nasha Aziz. Selepas itu beliau sekali lagi bergandingan bersama Nasha dalam filem seram Puaka Tebing Biru. Ketika memulakan penggambaran filem tersebut Umie diserang penyakit appendiks yang mengakibatkan beliau terpaksa menarik diri daripada filem tersebut. Namun atas kehendak penerbit dan pengarah filem itu sendiri, Osman Ali, produksi filem itu sanggup menangguhkan pengambaran sehingga Umie betul-betul pulih. Umie juga muncul dalam drama bersiri Aku, Dia & Cape Town di slot Samarinda. Drama ini menjalani penggambaran di Afrika Selatan menyaksikan gandingan Umie bersama Eizlan Yusof, Lisdawati & Sheila Rusly.

Setelah lebih 15 tahun bergelar pelakon, akhirnya Umie bergelar penerbit filem menerusi produksinya Amazon Entertainment Production yang menerbitkan filem Diva Popular arahan Erma Fatima. Biarpun dihimpit kontroversi kononnya Umie ditaja kenamaan untuk menerbitkan filem itu, Umie tampil berterus terang memberitahu dia mendapat bantuan daripada SME Bank. Umie sendiri melakonkan watak utama yang merupakan watak kesinambungan daripada drama Pelakon Popular pada tahun 1994 iaitu Erna Teteye Tuminah Jongkoh, seorang aktres ternama. Filem komedi yang membariskan Afdlin, Sheila, Awie, Ezlynn & Azean Irdawaty menceritakan mengenai persaingan merebut populariti diantara artis realiti TV dan artis lama itu ditayangkan pada Aidilfitri dan meraih kutipan box-office. Sebelum itu Umie juga membawakan sebuah lagi naskhah bertema serupa namun lebih serius berjudul Pesona Bintang yang disiarkan di TV2 sebanyak 26 episod. Kontroversi melanda Umie sekali lagi apabila pengarah A.R Badul mengkritik beliau dan pelawak Saiful Apek yang dikatakan gagal memberi komitmen kepada filem lakonan mereka berjudul Salah Bapak yang ditayangkan lewat 2 minggu daripada Diva Popular. Setelah sekian lama tertangguh akhirnya filem Puaka Tebing Biru menemui penonton pada 18 Februari 2007.


Menerjah Era Eksklusif[sunting | sunting sumber]

Genap 15 tahun pembabitan beliau dalam industri, pelbagai pihak meletakkan Umie di tahap yang cukup tinggi sebagai aktres. Sejak itu Umie mula menjadi lebih selektif dalam berkarya. Muncul dengan tiga buah filem iaitu epik noir Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid, komedi romantik Cuci (Hans Isaac) dan komedi urban Pisau Cukur (Bernard Chauly), Umie berhasil membuktikan bahawa beliau masih mampu menggugat aktres-aktres muda yang sedang mencipta nama. Di kaca televisyen pula beliau cemerlang dengan beberapa siri TV yang meraih tontonan tertinggi seperti melodrama arahan Shahrul Ezad Mohammedin Kerana Cintaku Saerah bersama Benjy & Noorkhiriah Ahmad Shapie, drama berkisar tentang keagamaan & saudara baru Abadi Sebuah Cinta bersama Faizal Hussein, Janet Khoo & Rosyam Nor, juga drama mengenai persamaan gender arahan Aziz M. Osman berjudul Vice Versa serta drama seram yang mencipta fenomena tersendiri, Kekasihku Seru arahan Kabir Bhatia. Menerusi drama bersiri 26 episod terbitan Filmscape itu, Umie dilaporkan menerima bayaran tertinggi untuk seorang aktres di kaca TV dimana pengarahnya, Kabir Bhatia menyifatkan ia setimpal dengan hasil kerja yang diberikan Umie dalam menghidupkan watak Mas Suri dalam drama tersebut.

Tidak lagi sekadar menjadi wajah penyeri layar perak / kaca TV, Umie kini diberi peranan yang signifikan dalam karier lakonannya. Pada tahun 2009 beliau muncul kembali di pentas teater apabila memegang watak Che Aminah Mohammad, ibu angkat kepada gadis yang mencetuskan revolusi Islam di Nusantara iaitu Natrah (Nadia Bertough) dalam pementasan Natrah arahan Erma Fatima di Istana Budaya. Meraih pelbagai pujian daripada pengkritik, teater yang turut dilakonkan bintang-bintang besar seperti Maya Karin, Remy Ishak, Samantha Schubert dan Sofia Jane itu disambung ke pementasan kali kedua setahun selepas itu. Teater itu menjadi teater bukan muzikal yang paling lama dipentaskan di Istana Budaya.

Setelah mendirikan rumahtangga pada tahun 2010, ruang lingkup pembabitan Umie dalam dunia lakonan juga banyak bertumpu kepada percubaan beliau untuk menghidupkan watak-watak kompleks dan ia diunjurkan dalam persembahan hebat beliau menerusi beberapa drama televisyen seperti Bukan Bidadari (Aziz. M Osman) dimana beliau meraih pujian apabila membawakan watak wanita yang mengalami kekeliruan identiti setelah berpisah dengan suami. Menerusi drama Masyitah yang dicalonkan di Anugerah Skrin 2010 pula, beliau diberi watak seorang ibu yang menguruskan anak yang menghidap autisme. Pada tahun 2010 juga drama Airmata Nur Salina yang disiarkan sempena Aidilfitri di TV3 pula meraih tontonan hingga 3.2 juta penonton apabila Umie bergandingan bersama pelakon muda Remy Ishak untuk menghidupkan watak Salina, isteri yang dihukum gantung setelah disabit kesalahan membunuh suaminya sendiri. Drama tersebut juga dijadikan sekuel berjudul Karma Salina dimana Umie tampil sebagai bintang undangan.

Pada tahun 2011 Umie muncul membawakan watak Lang, ibu kepada pengasas kerajaan Melayu Langkasuka dalam filem epik terunggul arahan Yusry Abdul Halim berjudul Hikayat Merong Mahawangsa. Biarpun muncul dalam babak imbasan semula, lakonan Umie disifatkan sebagai antara faktor penarik kepada filem tersebut yang mengutip RM 6.8 juta ketika ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem ini kemudiannya ditayang serta diedarkan di 13 buah negara di seluruh dunia. Seterusnya beliau kembali bekerjasama dengan Kabir Bhatia sebagai teraju utama filem epik zaman pendudukan Jepun berjudul Azazil bersama Diana Danielle dan Remy Ishak. Sememangnya filem tersebut dinanti-nanti oleh peminat Umie lebih-lebih lagi genre epik sangat sinonim dengan Umie. Beliau juga kembali ke Istana Budaya apabila diberi peranan sekali lagi sebagai ibu kepada Aaron, kali ini menerusi teater adaptasi daripada novel karya Khadijah Hashim pada tahun 1968 berjudul Badai Semalam. Menariknya, beliau bergandingan bersama rakan baiknya sendiri Erra Fazira sebagai menantu dan mentua dan mereka berdua menerusi Frensis Production bergabung bersama penerbit Ziela Jalil sebagai penerbit bersama. Terdahulu sebelum teater tersebut, Umie dan Erra bergandingan dalam drama TV bergenre komedi Mak OK Jer! arahan Micheal Ang untuk siaran Aidilfitri 2011.

Anugerah Skrin 2011 menyaksikan Umie mengungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama) menerusi drama Airmata Nur Salina menewaskan lakonan hebat Erra dalam drama Sanggul Beracun. Ini merupakan kemenangan kategori yang sama buat kali ketiga di ASK. Menyusul di tahun 2012, Umie memperlahankan radar seninya apabila hanya memberi fokus kepada drama bersiri Waris yang merupakan kesinambungan kepada drama Kekasihku Seru yang telah ditayangkan pada 2008. Ini bermakna sekali lagi Umie menjelmakan watak Mas Suri ke layar kaca. Pada tahun 2011, Umie bersama rakan artis seperti Ziela Jalil dan Erra Fazira menubuhkan syarikat produksi teater Frensis Sdn Bhd di mana mereka menerbitkan teater berskala besar seperti Badai Semalam (2011) dan Bahayanya Wanita (2012). Disamping itu beliau tetap tidak lupa untuk muncul dalam beberapa drama TV seperti Sepatu Merah (2012), Aku Bukan Malaikat (2013), Hajar dan Sarah (2013) dan drama bersiri Mana Hilangnya Juwita (2012) & Ummi (2013). Menerusi drama Sepatu Merah dan Aku Bukan Malaikat (kedua-duanya arahan Erma Fatima), beliau mendapat nominasi Aktres Terbaik di Anugerah Skrin 2012 dan 2013. Umie juga menerima nominasi untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Malaysia 2013 dan Festival Filem Malaysia menerusi watak Ibu Yani, pengamal paranormal di era 40an dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil.

Gelaran Datin[sunting | sunting sumber]

Untuk rekod, gelaran untuk Umie Aida ialah Datin Umie Aida dan bukan Datin Paduka Umie Aida sebagaimana pihak media sering laporkan. Gelaran Datin Paduka ialah darjah kebesaran kurniaan DYMM Sultan Selangor untuk wanita (cth: Datin Paduka Shuhaimi Baba) sementara Datuk Paduka ialah untuk indivdiu lelaki.

Disebabkan Umie meminjam gelaran suaminya iaitu Datuk Paduka, gelaran untuk Umie tidak boleh disebut Datin Paduka sebaliknya ialah Datin sahaja melainkan Umie menerima darjah kebesaran daripada Sultan Selangor yang membawa gelaran Datin Paduka.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Umie Aida ialah adik kepada aktres dan pengarah tersohor Erma Fatima serta adik ipar kepada pengarah Badaruddin Azmi. Seorang lagi adiknya, Betty Rahmad juga pernah menceburi bidang lakonan tetapi tidak sepenuh masa. Betty banyak menguruskan kerjaya seni Umie disamping membuka perniagaan bersama. Ketika berusia 20 tahun, Umie mengambil anak angkat lelaki bernama mohd Daniel Firdaus (lahir 1993) & Mohd Dzulhelmy (lahir 1994) setahun kemudian. Umie juga merupakan rakan rapat kepada Primadona Filem Melayu Alaf Baru, Erra Fazira yang juga rakan persekolahannya serta aktres Nasha Aziz, Effa Ismail, Nur Aliah Lee & Zahida Rafik.

Sejak mula menceburkan diri dalam bidang perfileman, nama Umie tidak lekang daripada gossip percintaan. Pada era 90an, Umie dikaitkan dengan penyampai TV Kelvin Ong serta dikaitkan dengan aktor berkarektor Sidi Oraza dan penerbit Mohd Nor Kadir yang banyak menggilap bakatnya ketika Umie aktif berlakon untuk drama-drama terbitan Kuasatek. Paling meraih perhatian media dan peminat adalah ketika Umie menjalinkan hubungan dengan aktor popular Hairie Othman ketika berada di kemuncak populariti sekitar akhir 90an, dan kemudian bersama aktor muda Aqasha. Kisah putus cinta Umie dan Hairie pernah menggemparkan media massa ketika itu dimana Aqasha dikaitkan sebagai punca.

Akhirnya pada 29 September 2009 Umie mengambil keputusan untuk mengingat tali pertunangan dengan usahawan terkemuka Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang sembilan tahun lebih tua darinya dan seterusnya berkahwin pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah. Pernikahan dan perkahwinan ini mendapat liputan meluas media termasuk majlis resepsinya yang berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama. Majlis tersebut turut dihadiri pembesar negara seperti Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri serta ramai artis-artis nama besar tanah air. Khairuddin yang pada mulanya hanya rakan perniagaan Erma Fatima, sebelum diperkenalkan dengan Umie. Beliau juga merupakan sepupu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa pihak nyata tidak berpuas hati dengan pemilihan busana pengantin Umie yang dicipta khas oleh pereka Jovian Mandagie. Gaun pengantin yang mendedahkan bahagian bahu dan dada itu dikritik hangat kerana tidak bersesuaian dengan status Umie yang baru saja melangsungkan majlis pernikahan di Mekah. Setelah mendirikan rumahtangga, Umie menjadi lebih selektif dalam kerjayanya kerana mahu memberi fokus kepada rumahtangganya bersama Khairuddin dan anak-anaknya Daniel dan Dzul serta dua orang anak tiri (hasil perkahwinan Khairuddin terdahulu).

Pada penghujung tahun 2013, Umie membayangkan hasrat untuk bersara dari bidang lakonan setelah diasak dengan kontroversi pergolakan rumahtangganya. Namun menjelang bulan Ramadan tahun 2014, beliau dan suami dilihat kembali bersama. Umie juga mula mengenakan tudung secara sepenuh masa.

Bidang Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Selain daripada berlakon dan menyanyi, Umie juga menceburi bidang perniagaan. Sejak muda Umie mengumpul sejumlah aset berupa rumah, pangsapuri dan deretan kedai sebagai pelaburan hartanahnya. Pada tahun 2001, Umie membuka UK Kickboxing di Taman Malawati yang menyediakan tempat latihan tinju. Manakala pada tahun 2004 Umie menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu Amazon Entertainment Production yang menerbitkan naskhah seperti filem Diva Popular (2006) dan drama Takdir Terindah (2007). Pada tahun 2008 Umie bersama adiknya Betty menubuhkan butik kafe Beelicious yang mula beroperasi di One Utama dan kini di Ampang.


Filem[sunting | sunting sumber]

Sebagai Cik Puteh dalamKala Malam Bulan Mengambang
Film
Tahun Filem & Pengarah Peranan Nota
1991 Memory
  • Rosnani Jamil
Ina
1994 Femina Azura
1995 Jimi Asmara Sharifah
2000 Senario Lagi Linda
  • (Pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik FFM 15
Leftenan Adnan Safiah aka Sophia Pakih Muda
  • (Pencalonan) Aktres Terbaik FFM 15
  • (Pencalonan) Aktres Terbaik Anugerah Skrin
2002 Embun Embun Harun
  • Aktres Terbaik FFM16
  • Aktres Terbaik Anugerah Skrin ke 6
  • (Pencalonan) Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke 47, Seoul, Korea Selatan
Mr Cinderella Melor
2003 Mr Cinderella II Melor
2004 Bintang Hati Jelly
Cinta Luar Biasa Aida
2005 Gangster Dewi
Qaisy & Laila Dr. Suria
  • (Pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik FFM 18
  • (Pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke 50, Kuala Lumpur
2006 Buli Balik Dr. Selina
Diva Popular Erna Teteye Tuminah Jongko Sebagai Penerbit
Salah Bapak Inai / Seroja
2007 Puaka Tebing Biru Ayu
2008 Kala Malam Bulan Mengambang Cik Puteh
Cuci Farah
Apa Kata Hati Datin
2009 Pisau Cukur Naini
2011 Hikayat Merong Mahawangsa Lang
2013 Sembunyi
  • Kabir Bhatia
Ibu Yani
  • (pencalonan) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin
  • (pencalonan) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
  • (pencalonan) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-26
2014 Jwanita
  • Osman Ali
Dalam Pembikinan Akuarium Cinta
Tidak Ditayangkan Emas Melayu (Pure Gold Nina * siap pada 1997
Dukun Diana Dahlan * siap pada 2006

TV[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Nota
1992 Maafkan Mama
1993 Air Pasang Dalam
Masih Ada Harapan
1994 Pengantin Popular
Hello
Rupawan (Pencalonan) Aktres Terbaik - Anugerah Sri Angkasa
1995 Hartini
Selamat Hari Jadi Su (Bahagian 1)
Doa
Selamat Hari Jadi Su (Bahagian 2)
1996 Selamat Hari Jadi Su (Bahagian 3) (Pencalonan) Aktres Terbaik - Anugerah Skrin
Bukan Itu...Bukan Ini Produksi Malaysia-Indonesia
Kompromi
Metamorfosis
Resolusi
Mencari Pertemuan
Jodon Produksi Indonesia, arahan Slamet Rachardjo
1997 Siti...Terang Bulan Di Kuala
Dominan
Jangan (Diharamkan tayangan)
1998 Resolusi II
Metafizik
Isketambola
Cemeti Di Hati
1999 Hati Ini
Surah Terakhir Aktres Terbaik - Anugerah Skrin
2000 Dot.com Sana Dot.my Sini
Ayuni Aktres Terbaik - Anugerah Skrin
Menjaring Matahari (Pencalonan) Aktres Terbaik - Anugerah Sri Angkasa
Seliuh Anak Seluang
5 Hari Raya (Diharamkan tayangan)
2001 Ma Rabbuka (Diharamkan tayangan)
Kek Lapis Kak Ida
Seruling Kasih
2002 Rumah Di Tengah Sawah
Intan Mahsuri
Tarantula I & II
2003 Cinta SMS
Nur Fitri
2004 Kesetiaan
Feloni Aka Ecstasy
2007 Takdir Sedang Berbisik
2008 Takdir Tercipta * sebagai penerbit
2009 Serpihan Laungan Takbir
Bukan Bidadari
Korban Kasih Marlisa
2010 Masyitah
Airmata Nur Salina Aktres Terbaik - Anugerah Skrin
Karma Salina (penampilan khas)
2011 Mak OK Jer!
Ajaibnya Cinta
2012 Lobak
Sepatu Merah (Pencalonan) Aktres Terbaik - Anugerah Skrin
2013 Aku Bukan Malaikat (Menang) Aktres Terbaik - Anugerah Skrin
Aku Tahu
Hajar & Sarah

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Pengarah Episod Saluran Nota
1996 Apa Sebenarnya
1998 Istana Kristal
1999 Romeo & Juliet Julia / Juliet 25 Episod TV3
2000 Senario
Episod: Puteri Cenderalolok Bahagian 1 & 2
Puteri Cenderalolok Sudiro Sukiman 2 Episod TV3 * Sitkom 30 minit, 2 episod bersama kumpulan Senario
Salam Taj Mahal Fatihah Zek Zukry 32 Episod TV3 * Siri Drama TV paling tinggi kos di Malaysia (RM 0.8 juta)
2001 Melarik Mimpi Idah Rashid Sibir 13 Episod TV1
2002 Gerak Khas
Episod: Karina Bahagian 1 & 2
Karina Yusof Haslam 2 Episod TV1 * Muncul sebagai pelakon undangan untuk 2 episod istimewa.
2003 - 2004 Haryati Haryati Erma Fatima 52 Episod
2 musim
TV2 * Adaptasi novel Hamka - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk
2003 - 2006 Dalam Hati Ada Cinta Alia Rashid Sibir 150 Episod
5 musim
Astro Ria
2004 Rindu Semakin Jauh Azura Azman Yahya (Jinggo) 24 Episod TV3; Slot Samarinda
Akademi Khalida Rashid Sibir 13 Episod Astro Ria
2005 Aku, Dia & Cape Town Zalia Ahmad Idham 24 Episod TV3; Slot Samarinda
2006 Pesona Bintang Meera Erma Fatima 26 Episod TV2
2007 Kerana Cintaku Saerah Saerah Shahrulezad Mohameddin 24 Episod TV3 ; Slot Samarinda
2008 Vice Versa Johanna Aziz M Osman 13 Episod TV3
Kekasihku Seru Mas Suri Kabir Bhatia 26 Episod TV3 ; Slot Seram Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2009
Abadi Sebuah Cinta Ayu Along Kamaluddin 24 Episod TV3 ; Slot Samarinda
2010 Spa Qistina Penampilan Khas Zul Rshad 30 Episod Astro RIA
2012 Waris Mas Suri Kabir Bhatia 26 Episod TV3 ; Slot Seram
Mana Hilangnya Juwita? Inspektor Yuni Joeza Rasidi 15 Episod Astro Prima
2013 Ummi Ummi Faisal Ishak 26 Episod TV3
Ammara Batrisya 13 Episod TV9

Muzik Video[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Artis Peranan
1990 Nusantara Sheqal Model
1992 Sembilu Erma Fatima Model
2002 Embun Aqasha Model


Dokumentari & Penerbitan Khas[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Siaran Terbitan
2000 Dokumentari Disebalik Wajah Umie Aida RTM 1 Box Office Malaysia S/B
2009 Program Realiti TV Gugu Gaga Erra (Episod 2) Astro Ria Box Lite Film
2010 Program Nona Khas Raya TV3 Primeworks Studio
2011 Program Astana Aidilfitri bersama Anita Sarawak di teratak Umie Aida Astro Ria Astro
2012 Program Realiti Pilih Kasih musim ketiga (sebagai penasihat bersama Rosyam Nor & Erra Fazira RTM 2 Suhan & TM

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Nota
1991 Sampai Bila MATIC
1995 Peran
1997 Lantai T. Pinkie
Anak Tanjong
1998 Mencari Salina
Mencari Juita
Penyerahan Puteri
1999 Pelayaran Nur Atma
Dejavu Seorang Perempuan
2000 Lantai T. Pinkie Pementasan Semula
2005 Konsert Kasih * Monolog
2009 Suara Palestine * Laman Sari, Istana Budaya
Natrah * Panggung Sari, Istana Budaya
2010 Natrah (Musim Kedua) * Panggung Sari, Istana Budaya
2011 Badai Semalam * Panggung Sari, Istana Budaya
2013 I Am... (Akulah) * Theater Hall, Esplanade Singapura
Bahayanya Wanita * Panggung Sari, Istana Budaya
2014 Bahayanya Wanita * STAR, Singapura

Muzik[sunting | sunting sumber]

Album Solo

Album Studio
Tahun Tajuk Single
1999 Romeo & Juliet

Kuasatek Music / Sony Music

  • Redup Kerinduan
  • Harapan Satu Cinta
  • Kepadamu Kekasih
  • Terima Kasih
  • Redup Kerinduan (feat Azman Abu Hassan)
2002 Gema Kasih

EMI Music

  • Salam Taj Mahal
  • Semakin Pasti
  • Cinta Kita
  • Kasih

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Album Kedudukan Terbaik Carta
1999 Redup Kerinduan Romeo & Juliet # 2 (Era.fm)
Kepadamu Kekasih # 13 (Muzik.fm)
2000 Harapan Satu Cinta # 20 (Muzik.fm)
Salam Taj Mahal Single # 1 (Era.fm & Muzik.fm)
2002 Semakin Pasti Gema Kasih # 8 (Era.fm)
Cinta Kita # 17 (Muzik.fm)
Kasih # 19 (Muzik.fm)
2006 Diva Bermimpi Single
(kolaborasi bersama Afdlin Shauki, Ezlynn,Sheila Rusly & Azean Irdawaty)
N/A
2013 Hanya Kamu Single
(duet bersama Erra Fazira)
N/A

Jurucakap Produk[sunting | sunting sumber]

  • Sirna Sari (1998-2002)
  • Nature Sunshine (2001)
  • Nivea Visages (2006)
  • Dermalogica (2006 - 2007)
  • Julie's Biscuit (2006 - 2007)
  • Marie France Bodyline (2010- kini)
  • Swiss Phytoscience Stemcell (2013 - kini)

Penulisan[sunting | sunting sumber]

  • Kolum Salam Umie di dalam akhbar Metro Ahad setiap hari Ahad bermula 4 Februari 2001 hingga 30 Jun 2002. Umie merupakan artis keempat yang diberi peluang menjadi kolumnis di dalam Metro Ahad selepas Ziana Zain dengan Pentas Ziana pada 1996, diikuti Awie (Rentak Awie) & Siti Nurhaliza (Lenggok Siti). Bermula 7 Julai 2002, rakan baik Umie, Erra Fazira pula mengambil alih tugas menerusi kolum Bersama Erra.


Anugerah & Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2001 (FFM 15) Leftenan Adnan Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
Senario Lagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dicalonkan
2003 (FFM 16) Embun Pelakon Wanita Terbaik Menang
2005 (FFM 18) Qaisy & Laila Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dicalonkan
2014 (FFM 26) Sembunyi : Amukan Azazil Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menunggu
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1995 Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular Dicalonkan
1996/97 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
1999 Pelakon TV Wanita Popular Menang
2000 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
2001 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
2002 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
2003 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
2004 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
2006 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
Anugerah Skrin TV3
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
1996/97 Selamat Hari Jadi Su III Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Dicalonkan
1999 Surah Terakhir Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Menang
2001 Ayuni Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Menang
Leftenan Adnan Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
Senario Lagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
2003 Embun Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Menang
2011 Airmata Nur Salina Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Menang
2012 Sepatu Merah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Dicalonkan
2013 Aku Bukan Malaikat Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Menang
Sembunyi (Amukan Azazil) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
Festival Filem Asia Pasifik
Tahun Lokasi Karya Tercalon Kategori Keputusan
2002 (FFAP 47) Seoul, Korea Selatan Embun Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
2005 (FFAP 50) Kuala Lumpur, Malaysia Qaisy & Laila Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dicalonkan


Anugerah Sri Angkasa, RTM
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
1994 Rupawan Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2013 Sembunyi (Amukan Azazil) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dicalonkan

Pengiktirafan daripada majalah / media[sunting | sunting sumber]

  1. Dinamakan sebagai salah seorang daripada "20 Wanita Paling Glam 2004" oleh majalah Glam.
  2. Diberi penghargaan khas sebagai salah seorang daripada 4 orang Primadona Filem Melayu era 2000-an oleh majalah Glam pada 2007 dan 2013.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Erra Fazira
menerusi Soal Hati
Festival Filem Malaysia - Aktres Terbaik
2003
menerusi Embun
Diikuti oleh:
Nasha Aziz
menerusi Trauma
Didahului oleh
Haliza Misbun
Anugerah Bintang Popular Berita Harian - Pelakon TV Wanita Popular
1999
Diikuti oleh:
Abby Abadi
Didahului oleh
Azean Irdawaty
menerusi Najiha
Anugerah Skrin TV3 - Aktres Terbaik
1999
menerusi Surah Terakhir
Diikuti oleh:
Umie Aida
menerusi Ayuni
Didahului oleh
Umie Aida
menerusi Surah Terakhir
Anugerah Skrin TV3 - Aktres Terbaik
2001
menerusi Ayuni
Diikuti oleh:
Zizie Ezette
menerusi Aduhai Esah!