Wikipedia:Dasar penggunaan imej

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Peraturan muat naik imej[sunting | sunting sumber]

Anda harus faham dan menuruti peraturan dibawah sebelum memuat naik sebarang imej ke Wikipedia

  1. Jangan memuat-naik sebarang imej hak cipta orang lain tanpa kebenaran. Jelaskan status imej anda sekiranya hak ciptanya samar-samar.
  2. Pilih teg lesen hak cipta daripada pilihan yang diberikan.
  3. Imej yang dimuat naik haruslah disertai dengan butiran mengenai sumbernya, juru-gambarnya, dan juga kedudukan hak ciptanya.
  4. Sentiasa berikan suatu tajuk yang sesuai kepada imej yang dimuat-naik.
  5. Sentiasa muat naik imej anda dalam keadaan skala penuh, yakni dalam keadaan resolusi yang tertinggi (kecuali gambar kegunaan adil). MediaWiki boleh menerima imej sehingga saiz 20 MB.
  6. Sekiranya anda memuat naik imej ciptaan sendiri yang mengandungi teks, maka sila sertai satu lagi versi yang tidak mengandungi teks. Ini adalah untuk kemudahan pengguna lain untuk menterjemahkan teks berkenaan.
  7. Jangan memuat-naik imej dalam format BMP kerana ia format yang memakan ruang.
  8. Guna format JPEG untuk imej fotografik. Guna format SVG ataupun PNG untuk imej lukisan, ikon, bendera, peta dan sebagainya. Guna format GIF untuk animasi.
  9. Fikir dulu sebelum memuat-naik sebarang imej.

Laman penerangan imej[sunting | sunting sumber]

Setiap imej mempunyai laman penerangannya sendiri. Selepas memuat naik, pergi ke laman tersebut dan isikan:

  • Penerangan: Subjek imej tersebut
  • Sumber: Pemilik hak cipta atau laman URL. Gunakan templat {{dari|kod wiki|nama asal}} jika imej diambil dari wikipedia lain atau commons, contohnya {{dari|id}}. Nama asal tidak perlu diisi jika nama baru adalah sama.
  • Tarikh: Bila imej tersebut dicipta
  • Lokasi: Lokasi perkara dalam imej
  • Pencipta: Terutamanya jika bukan pemilik hak cipta
  • Keizinan: Gunakan teg hakcipta atau terangkan jika tiada yang sesuai
  • Versi lain: Nyatakan jika ada versi lain di Wikipedia ini atau di Commons

Tatasusila pemilihan imej terpuji[sunting | sunting sumber]

Wikipedia bahasa Melayu amat mementingkan nilai kesopanan dan kesusilaan dalam setiap imej yang dimuat naik dan dipaparkan dalam setiap laman. Oleh kerana setiap fail imej adalah pelbagai dan beragam maka pihak Wikipedia hanya membenarkan penggunaan imej-imej yang mempunyai norma-norma kesopanan dan tidak mendatangkan sensitiviti yang melampau kepada agama, masyarakat, budaya serta fahaman sosio dan politik.

Bagi mereaalisasikan hasrat Wikipedia bahasa Melayu supaya seiring dengan etika keterbukaan bermoral dalam bidang penyampaiannya, beberapa ketetapan telah dibuat sebelumnya berkaitan pemilihan imej /fail yang baik dan berhemah mengikut nilai moral dan ketatasusilaan:

Pada 16 September 2011, resolusi untuk mengehadkan bilangan gambar maksimum untuk sesuatu artikel yang dianggap lucah atau mempunyai kandungan, imej atau grafik yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan pembaca telah diluluskan. Walaubagaimanapun, jumlah muktamad had gambar masih di sesi perbincangan akhir sebelum kata putus dikeluarkan kemudian. (Sila rujuk: Wikipedia:Kedai Kopi/Jadual usul)