Yayasan Wikimedia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wikimedia Foundation)
Yayasan Wikimedia
يايسن ويكيميديا
Wikimedia Foundation, Inc.

Logo untuk Wikimedia Foundation,
direka bentuk oleh pengguna Wikipedia "
Neolux"
Maklumat am
JenisPerbadanan bukan untung
Ibu pejabatSan Francisco, California
 Amerika Syarikat
Identiti
Orang pentingMichael Snow, Pengerusi Lembaga
Jimmy Wales, Pengerusi Emeritus[1]
Sue Gardner, Pengarah Eksekutif
Kawasan berkhidmatSedunia
FokusKandungan Terbuka, wiki- berasaskan projek internet
BidangWikipedia, Wiktionary, Wikiquote, Wikibooks (termasuk Wikijunior), Wikisource, Wikimedia Commons, Wikispecies, Wikinews, Wikiversity, Wikimedia Incubator dan MetaWiki
Hasil$2,734,909 (2007)[2]
Pekerja21 orang (pada Ogos 2008)[3]
Laman sesawangwikimediafoundation.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wikimedia Foundation Inc. (Yayasan Wikimedia) ialah pertubuhan induk untuk Wikipedia, Wiktionary, Wikiquote, Wikibooks (termasuknya Wikijunior dan Wikiversity), Wikisource, In Memoriam 9/11, Wikimedia Commons, Wikispecies, dan Wikinews. Ia merupakan perbadanan bukan untung yang diasaskan di St. Petersburg, Florida, Amerika Syarikat, dan ditubuhkan di bawah undang-undang Florida. Kewujudannya diumumkan secara rasmi oleh Wikia dan pengasas Wikipedia, Jimmy Wales, pada 20 Jun 2003. Kelulusannya sebagai yayasan pendidikan di bawah kategori "Dewasa, Pendidikan Lanjutan" oleh Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat melalui surat April 2005 bermakna kesemua sumbangan kewangan kepada Wikimedia Foundation boleh dipotong daripada cukai pendapatan persekutuan Amerika Syarikat.

Matlamat Yayasan[sunting | sunting sumber]

Matlamat Wikimedia Foundation adalah untuk memperkembangkan dan memeliharakan projek-projek kandungan terbuka yang berdasarkan wiki, serta untuk memberikan kandungan projek-projeknya yang lengkap kepada orang ramai secara percuma.

Selain daripada Wikipedia yang merupakan ensiklopedia am berbilang bahasa, Yayasan ini juga menguruskan:

  • kamus dan tesaurus berbilang bahasa yang digelarkan Wiktionary;
  • ensiklopedia petikan yang digelarkan Wikiquote;
  • tempat simpanan untuk teks-teks sumber dalam mana-mana satu bahasa yang digelarkan Wikisource; dan
  • koleksi teks-teks e-buku (seperti buku-buku teks dan buku-buku domain awam beranotasi) yang digelarkan Wikibooks.

Wikijunior merupakan subprojek Wikibooks untuk kanak-kanak.

Yayasan ini juga menguruskan sebuah koleksi rencana-rencana mengenai serangan 11 September. Pertumbuhan yang berterusan untuk setiap projek Wikimedia amat bergantung kepada derma penubuhan tabung tetapi Wikimedia Foundation cuba menaikkan hasilnya melalui cara pembiayaan seperti bantuan persekutuan dan tajaan.

Sejarah dan pertumbuhan Yayasan[sunting | sunting sumber]

Memandang projek-projek sepintas lalu,
Wikipedia Sebuah ensiklopedia yang mengandungi melebihi 4 juta buah rencana dalam lebih daripada 200 bahasa.
Wikimedia Commons Tempat simpanan untuk imej, bunyi dan video yang mengandungi melebihi 430,000 fail.
Wikibooks Sebuah koleksi buku-buku teks pendidikan dan bahan-bahan pelajaran yang percuma.
Wiktionary Kamus yang mengkatalogkan makna, sinonim, etimologi dan terjemahan.
Wikinews Sumber berita yang mengandungi laporan asli oleh wartawan-wartawan warganegara dari banyak negara.
Wikisource Sebuah projek yang memberikan dan menterjemahkan dokumen-dokumen sumber bebas, seperti buku-buku domain awam.
Wikiquote Sebuah koleksi petikan yang distrukturkan dalam pelbagai cara.
Wikispecies Sebuah direktori untuk data spesies mengenai animalia, tumbuh-tumbuhan, kulat, bakteria, arkea, protista dan kesemua hidupan-hidupan yang lain.
Meta-Wiki Penyelerasan projek Wikimedia.

Nama "Wikimedia" dicipta oleh Sheldon Rampton di dalam sebuah pos ke senarai mel Wikipedia bahasa Inggeris pada Mac 2003 [1]. Ia kekadang dianggap sebagai pilihan penamaan yang buruk kerana persamaannya dengan nama Wikipedia dan perisiannya, MediaWiki; ini telah menyebabkan kekeliruan di kalangan orang-orang yang baru kepada projek ini.

Dengan pengumuman Yayasan, Wales juga menyerahkan hak milik untuk nama domain Wikipedia, Wiktionary dan Nupedia kepada Wikimedia, bersama-sama dengan hak cipta untuk kesemua bahan-bahan yang berkaitan dengan projek-projek ini yang dicipta oleh kakitangan Bomis ataupun Wales sendiri. Kelengkapan komputer yang digunakan untuk projek-projek Wikimedia juga diderma oleh Wales kepada Yayasan. Nama-nama domain wikimedia.org dan wikimediafoundation.org diperoleh oleh penyumbang Wikipedia, Daniel Mayer, untuk Yayasan ini. Jalur lebar dan bil elektrik Wikimedia dibiayai oleh derma-derma daripada pelbagai syarikat dan individu.

Pada Januari 2004, Jimmy Wales melantik rakan-rakan kongsi perniagaannya, Tim Shell dan Michael Davis, sebagai Ahli Lembaga Wikimedia Foundation. Pada Jun 2004, suatu pemilihan diadakan untuk memilih dua orang wakil pengguna menjadi ahli Lembaga. Selepas berkempen selama satu bulan dan dua minggu mengundi dalam talian, Angela Beesley dan Florence Nibart-Devouard telah dipilih untuk menyertai lembaga; mereka dipilih semula pada Julai 2005.

Wales dan Beesley kemudian melancarkan sebuah syarikat baru, Wikia, yang tidak mempunyai kaitan dengan Wikimedia ataupun Bomis, walaupun ia mendermakan kepada Wikimedia. Kemudiannya, jawatan-jawatan rasmi yang lain dicipta: Tim Starling dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Pembangun Perisian untuk membantu memperbaik pembangunan perisian MediaWiki. Daniel Mayer dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan untuk membantu menyediakan belanjawan serta menyeleraskan kempen-kempen untuk memperoleh derma penubuhan tabung. Erik Möller merupakan Ketua Pegawai Penyelidikan, tetapi beliau meletak jawatan pada Ogos 2005 disebabkan perbezaan pendapat dengan Lembaga.[2] Diarkibkan 2005-11-26 di Wayback Machine James Forrester kemudian dilantik untuk jawatan itu.

Sejarah projek terkini[sunting | sunting sumber]

  • 7 September 2004: Wikimedia Commons dilancarkan.
  • 3 Disember 2004: Selepas fasa demonstrasi yang singkat pada bulan November, versi beta bahasa Inggeris untuk Wikinews dikendalikan. Wikinews merupakan sumber berita kandungan bebas yang membenarkan sesiapa untuk melaporkan berita terhadap berbagai-bagai perkara yang luas.
  • April 2005: Taraf tanpa untung 501(c)(3) diberikan oleh Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat dengan Kod NTEE: B60 (Dewasa, Pendidikan Lanjutan).
  • November 2005: Wikimedia diberikan keahlian dalam Rangkaian Teknologi Dunia (World Technology Network).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cbrown1023. "Board of Trustees". Wikimedia Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-15. Dicapai pada 2008-01-19.
  2. ^ Cbrown1023. "Finance report". Wikimedia Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-05. Dicapai pada 2008-02-08.
  3. ^ "Wikipedia Foundation's "Staff" page". Wikimedia Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-03. Dicapai pada 2008-08-25.