Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/29 Ogos
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
29 Ogos: Hari perayaan John Pembaptis dipancung (Kristian); Hari Pahlawan Kebangsaan di Filipina (2011).
- 1526 – Angkatan Uthmaniyyah di bawah Sulaiman al-Qanuni (gambar) menewaskan dan membunuh raja Hungary dan Bohemia Louis II dalam Pertempuran Mohács.
- 1756 – Frederick II dari Prusia melancarkan serangan ke atas Saxony, memulakan Perang Tujuh Tahun.
- 1907 – Jambatan Quebec, rentang jambatan julur terpanjang di dunia, runtuh semasa dibina dan membunuh 75 pekerja.
- 1944 – Perang Dunia Kedua: Askar Slovakia berpaling terhadap rejim pro-Nazi Jozef Tiso dan Wehrmacht Jerman, memulakan Pemberontakan Kebangsaan Slovakia.
- 2005 – Luruan ribut Taufan Katrina mengakibatkan rekahan pada tetambak di sekitar New Orleans, membanjiri 80 peratus bandar tersebut.
Hari-hari sebelum: 28 Ogos – 27 Ogos – 26 Ogos
Arkib – Melalui emel – Lagi...