29 Ogos
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Ogos 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
| MMXII | ||||||
29 Ogos merupakan hari ke-241 (hari ke-242 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 124 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan hari perayaan John Pembaptis dipancung (Kristian).
[sunting] Peristiwa
- 1526 - Angkatan tentera Uthmaniyyah di bawah Sulaiman al-Qanuni (gambar) membunuh raja Hungary dan Bohemia Louis II dalam Pertempuran Mohács.
- 1533 - Maharaja Atahualpa dibunuh oleh Conquistador di Cajamarca semasa penaklukan Sepanyol ke atas Empayar Inca.
- 1756 - Frederick II dari Prusia (gambar) melancarkan serangan ke atas Saxony, memulakan Perang Tujuh Tahun.
- 1907 - Jambatan Quebec, rentang jambatan julur terpanjang di dunia, runtuh semasa dibina dan membunuh 75 pekerja.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Askar Slovakia berpaling terhadap rejim pro-Nazi Jozef Tiso dan Wehrmacht Jerman, memulakan Pemberontakan Kebangsaan Slovakia.
- 2005 - Luruan ribut Hurikan Katrina mengakibatkan rekahan pada tetambak di sekitar New Orleans, Louisiana, dan membanjiri 80 peratus bandar tersebut.
- 2008 - Perarakan bantahan konsert Avril Lavigne ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur diadakan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||