26 Ogos
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Ogos 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
| MMXII | ||||||
26 Ogos merupakan hari ke-238 (hari ke-239 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 127 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
[sunting] Peristiwa
Fail:Krakatoa 01.JPG
Krakatau pada awal abad ke-19
- 1071 - Perang Byzantine–Seljuk: Turki Seljuk pimpinan Alp Arslan menawan Maharaja Byzantine Romanos IV Diogenes dalam Pertempuran Manzikert (gambar).
- 1346 - Perang Seratus Tahun: Kehandalan busur panjang Inggeris berbanding gabungan busur silang dan kesateria berperisai Perancis disahkan dalam Pertempuran Crécy.
- 1789 - Revolusi Perancis: Pengisytiharan Hak Manusia dan Warganegara diluluskan oleh Perhimpunan Pengundi Kebangsaan di Versailles.
- 1883 - Gunung berapi Krakatau (gambar) meletus, mengakibatkan tsunami yang memusnahkan banyak petempatan di Jawa dan Sumatera dan membunuh lebih 36,000 orang.
- 2002 - Sidang Kemuncak Bumi 2002 bermula di Johannesburg, Afrika Selatan.
- 2008 - Seminggu selepas Perang Ossetia Selatan tamat, Rusia mengiktiraf sepihak kemerdekaan bekas republik Georgia, Abkhazia dan Ossetia Selatan.
- 2008 - Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjadi Ahli Parlimen selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh.
[sunting] Kelahiran
- 1988 - Danielle Savre, pelakon Amerika Syarikat
[sunting] Kematian
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||