Wikipedia bahasa Jepun
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wikipedia Bahasa Jepun)
| URL | http://ja.wikipedia.org/ |
|---|---|
| Komersial? | Tidak |
| Jenis tapak web | Projek ensiklopedia internet |
| Pendaftaran | Tidak wajib |
| Bahasa yang disediakan | Bahasa Jepun |
| Pemilik | Yayasan Wikimedia |
Wikipedia Bahasa Jepun (ウィキペディア Uikipedia?) merupakan edisi Bahasa Jepun bagi Wikipedia, sebuah ensiklopedia bebas dan kandungannya terbuka. Pada 2 Disember 2007, terdapat lebih daripada 440,000 buah rencana.[1], menjadikannya Wikipedia yang kelima terbesar selepas Wikipedia Bahasa Inggeris, Wikipedia Bahasa Jerman, Wikipedia Bahasa Perancis, dan Wikipedia Bahasa Poland.
Sejarah [sunting]
Pada Mei 2001, 12 buah edisi bukan Bahasa Inggeris bagi Wikipedia dicipta, termasuk edisi Bahasa Jepun ini. Alamat tapak web asal ialah http://nihongo.wikipedia.com dan semua laman ditulis dalam tulisan Rumi iaitu romaji, kerana perisian ketika itu tidak dapat berfungsi dengan tulisan Jepun.
Rujukan [sunting]
- ↑ "メインページ" (dalam Bahasa Japanese). Wikipedia. http://ja.wikipedia.org/wiki/メインページ. Capaian 2007-12-02.
Pautan luar [sunting]
- (Jepun) Wikipedia Bahasa Jepun
- (Inggeris) A guide to the Japanese Wikipedia (Sebuah panduan ke Wikipedia Bahasa Jepun)