Wisma Sanyan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wisma Sanyan
Wismasanyan.jpg
Pandangan depan Wisma Sanyan
Bangunan
Jenis Pejabat, hotel, restoran, pusat beli-belah
Lokasi Sibu, Sarawak, Malaysia
Pemilik Sanyan Group
Koordinat 2°17′26″U 111°49′31″T / 2.29056°U 111.82528°T / 2.29056; 111.82528
Pembinaan
Dimulakan 2000
Disiapkan 2001
Kiraan tingkat 28
Kos (US$34 million)
Pasukan reka bentuk
Arkitek Kohn Pedersen Fox

Wisma Sanyan (Mandarin: 三洋 大厦) adalah bangunan yang tertinggi di negeri Sarawak.[1] Terletak di bandar Sibu, bangunan ini mempunyai kapasiti sebanyak 10,000. Bangunan ini juga merupakan bangunan yang ke-48 tertinggi di Malaysia.

Dibuka pada tahun 2001, bangunan ini menempatkan pelbagai tempat, di antaranya ialah pusat membeli-belah, restoran, hotel dan pejabat. Ia juga merupakan ibu pejabat Sanyan Group, yang merupakan salah satu daripada syarikat kayu terbesar Sarawak. Ia juga menempatkan Parkson dan Pasaraya Besar Giant.

Selain itu, agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Agama Negeri Sarawak dan juga pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Sibu (SMC) dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) juga berpengkalan di sini.

Gelaran Wisma Sanyan sebagai bangunan tertinggi di Borneo akan diambil oleh Menara Kuching yang berketinggian (150 meter), apabila ianya siap.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Wisma Sanyan: Enjoy our giant Christmas tree The Borneo Post
  2. KUCHING TOWER – ANOTHER SARAWAK ICON IN THE MAKING Cahya Mata Sarawak Berhad. Capaian 7 Mac 2012

Koordinat: 2°17′26″U 111°49′31″T / 2.29056°U 111.82528°T / 2.29056; 111.82528