Pasaraya Besar Giant

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Giant TMC Berhad
Jenis Runcit, Pasar raya besar/Awam/Dairy Farm International Holdings
Industri Runcit
Ditubuhkan Keluarga Teng, Kuala Lumpur (1944)
Ibu pejabat Shah Alam, Selangor, Malaysia
Perancang utama Keluarga Teng (1944–1999), Pengasas
Ronald J. Floto, CEO
Simon Keswick, Pengerusi
Howard Mowlem, GFD
Produk Gedung diskaun, kedai runcit, dan pasar raya besar
Laman web http://www.giant.com.my

Giant Hypermarket ialah sebuah rangkaian pasar raya dan peruncit yang utama di Malaysia, Singapura Brunei Darussalam, Indonesia, dan UAE. Ia adalah anak syarikat Dairy Farm International Holdings (DFI).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jenama gedung Giant ditubuhkan oleh keluarga Teng sebagai sebuah kedai runcit kecil dalam salah satu kawasan pinggir bandar di Kuala Lumpur pada tahun 1944. Misinya ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga yang serendah mampu. Oleh sebab reputasinya bertumbuh, begitu juga dengan perniagaannya.

Dairy Farm International Holdings yang membeli Giant pada tahun 1999, mengakui bahawa kunci kejayaan Giant sekian lama merupakan kebolehannya untuk terus menawarkan produk yang nilainya setimpal dengan harga. Ia mengekalkan prinsip teras ini sungguhpun ketika mengubah wajah Giant menjadi jenama kebangsaan dan antarabangsa.

Setelah usaha enam tahun yang merangkumi mereka bentuk gedungnya, pengenalan produk bukan makanan dalam pasar raya besar Giant, pelaksanaan piawaian runcit antarabangsa yang merangkumi keselamatan, kebersihan, latihan berstruktur, dan persekitaran beli-belah yang bertenaga serta juga fungsi pembelian berpusat dan peningkatan mutu operasi, Dairy Farm telah menjadikan Giant sebagai peneraju yang tidak tercabar dalam sektor peruncitan Malaysia.

Pada 1999, gedung Giant Hypermarket pertama dibuka di Shah Alam, Selangor. Menjelang tahun 2006, syarikat ini telah mengembang untuk mengoperasi sejumlah 86 pasar raya besar/pasar raya di Malaysia dengan saiz cawangan dari pasar raya besar 350,000 kaki persegi di Shah Alam hingga pasar raya 11,000 kaki persegi di Bangsar, Kuala Lumpur. Rangkaian ini juga meliputi 6 gedung di selatan Malaysia iaitu Singapura. Pasar raya besar Giant menawarkan selingkungan luas barangan tempatan, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil laut yang segar dalam persekitaran pasar basah.Cawangannya yang baru pula dibuka di Bandaraya Kuala Terengganu,Terengganu pada 2008 yang terletak di hadapan 'Bukit Hollywood' Kuala Terengganu iaitu Bukit Besar.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]