Wolfram Alpha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wolfram|Alpha
200px
URL wolframalpha.com
Komersial? Ya
Jenis tapak web Enjin jawapan
Pendaftaran Pilihan
Pemilik Wolfram Alpha LLC
Dicipta oleh Wolfram Research
Dilancarkan 18 May 2009[1] (official launch)
15 May 2009[2] (public launch)
Kedudukan dalam Alexa positive decrease 3839 (October 2012)[3]
Status semasa Aktif

Wolfram Alpha (juga dikenali sebagai WolframAlpha dan Wolfram|Alpha) ialah sebuah enjin jawapan yang dibangunkan Wolfram Research. Ia perkhidmatan dalam talian yang menjawab soalan fakta secara langsung dengan menggunakan pengkomputan jawapan daripada data berstruktur berbanding cara enjin gelintar yang memberi jawapan dalam bentuk senarai dokumen ataupun laman sesawang yang mungkin mengandungi jawapan yang dikehendaki.[4]

Wolfram Alpha berlandaskan Mathematica, pelantar pengkomputan yang ditulis saintis British, Stephen Wolfram pada tahun 1988.[5] Wolfram Alpha was announced in March 2009 and subsequently released on 15 May 2009.[1]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Para pengguna memajukan soalan dan pemintaan pengiraan melalui medan teks. Wolfram|Alpha kemudiannya menghitung jawapan dan penggambaran berkaitan daripada pangkalan pengetahuan yang terdapat dalam data berstruktur yang dijaga dan diurus. Dengan ini Alpha berbeza daripada enjin gelintar semantik yang menyusun sebilangan besar jawapan dan kemudiannya cuba memadankan jawapan dengan soalan.

Wolfram|Alpha dibina di atas produk perdanan Wolfram, Mathematica yang merangkumi algebra komputer, pengkomputan simbolik dan berangka, penggambaran, dan kebolehan penggunaan statistik. Jawapan lazimnya disampaikan dalam bentuk yang dapat dibaca manusia. Wolfram berkata tentang enjin:

"Apa yang diperlukan bagi seseorang untuk melakukannya ialah dengan mengambil soalan dalam bentuk soalan yang ditanya dengan bahasa alami, dan mewakilkannya dalam bentuk persis yang dapat dimuatkan dalam pengkomputan yang boleh dilakukan,"[5]

Wolfram|Alpha berkeupayaan menjawab jawapan yang ditanya secara fakta dalam ungkapan yang menggunakan bahasa alami seperti "Di mana tempat lahir Mahathir bin Mohamad" ataupun soalan yang lebih kompleks seperti, "Berapa umur Ratu Elizabeth II pada tahun 1974?" Ia memaparkan "Input interpretation" (pentafsiran input) soalan sebegini, dengan menggunakan frasa yang diseragamkan, contoh, "Nelson Mandela |tempat lahir" atau "umur | Ratu Elizabeth II (raja) | pada tahun 1974". (Jawapan bagi Mahathir bin Mohamad termasuk "Alor Star" dan maklumat konteks seperti peta Kedah dan cuaca, laut terdekat, bandar-bandar bedekatan dan sebagainya).

Enjin ini juga berkebolehan melakukan pengiraan data yang datang dari beberapa sumber:

  • Contoh: "Apakah negara yang memiliki KDNK yang ke-52 terbesar? akan memberi Nicaragua sebagai jawapan dengan $1160 setahun.

Wolfram|Alpha mentaabir daripada set maklumat teras yang lebih kecil. Dalam cara ini, ia mempunyai banyak persamaan dengan Cyc, sebuah projek yang bermatlamat untuk membangunkan sebuah enjin pentaabiran akal.

Wolfram Alpha tidak menjawab pertanyaan yang memerlukan jawapan berkarangan seperti "What is the difference between the Julian and the Gregorian calendars?" ("Apakah perbezaan antara kalendar Julian dan Gregorian?") tetapi akan menjawab soalan-soalan bersifat fakta atau pengiraan seperti "1 June in Julian calendar" ("1 Jun dalam kalendar Julian").

Rakan perlesenan[sunting | sunting sumber]

Wolfram Alpha digunakan bagi menggerakkan beberapa gelintaran enjin gelintar Bing kepunyaan Microsoft dan DuckDuckGo.[6][7] Ia juga digunakan perisian Siri milik Apple dan klon Dexetra Iris Android.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]