Apple

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 37°19′55″N 122°01′52″W / 37.33182°U 122.03118°B / 37.33182; -122.03118

Apple Inc.
Jenis Public
Didagangkan sebagai
Industri
Ditubuhkan April 1, 1976 (1976-04-01)
(Incorporated January 3, 1977)
Pengasas
Ibu pejabat Apple Campus, 1 Infinite Loop, Cupertino, California, U.S.
Bilangan lokasi 394 retail stores (setakat November 2012)
Tempat dibekalkan Worldwide
Perancang utama Arthur D. Levinson (Chairman)[2]
Tim Cook (CEO)
Produk
Servis
Hasil US$ 156.508 billion (2012)[3]
Pendapatan operasi US$ 055.241 billion (2012)[3]
Pendapatan bersih US$ 041.733 billion (2012)[3]
Jumlah aset US$ 176.064 billion (2012)[3]
Jumlah ekuiti US$ 118.210 billion (2012)[3]
Pekerja 72,800 (2012)[4]
Anak syarikat Braeburn Capital
FileMaker Inc.
Anobit
Laman web Apple.com

Apple Inc., dahulunya Apple Computer, Inc. (NASDAQ: AAPL), ialah perbadanan multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produk elektronik pengguna dan perisian yang berkait. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual, dan mendukung berbagai-bagai komputer peribadi dan pemain media mudah alih, serta juga perisian dan perkakasan komputer tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah AS$19.3 bilion.[5]

Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (seperti iPhone, dan Apple TV), serta ciri-ciri untuk Mac OS X "Leopard", sistem pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan kedai dalam talian untuk menjual perkakasan dan perisian, selain daripada iTunes Store, laman webnya yang membekalkan muzik, buku audio, permainan, video muzik, pertunjukan TV, dan filem digital yang boleh dimuat turun. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Mac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. Selain itu, produk-produk perisian Apple yang paling terkenal termasuk sistem pengendalian Mac OS dan suit perisian iLife yang merupakan berkas produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur. (Kedua-dua Mac OS dan iLife dibekalkan secara bersama-sama dengan semua jualan Mac). Tambahan pula, Apple juga merupakan pembekal produk perisian industri audio dan filem profesional (serta juga "prosumer") yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan "prosumer" Apple yang digunakan, terutamanya dalam komputer Mac, termasuk Final Cut Pro, Logic Audio, Final Cut Studio, dan alat-alat industri yang berkait.

Diperbadankan pada 3 Januari 1977 [6], syarikat in mula-mulanya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal untuk produk-produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik pengguna.[7] Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang smartfon iPhone dan sistem video digital Apple TVnya membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan tradisionalnya dalam komputer peribadi.[8]

Apple juga mengendalikan 180 buah kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada, dan Itali.[9] Kedai-kedai itu menjual kebanyakan produk Apple serta juga produk-produk pihak ketiga, dan membekalkan dukungan dan pembaikan perkakasan dan perisian Apple. Apple kini menggaji melebihi 20,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia.[10]

Berdasarkan alasan-alasan dari falsafah reka bentuk estetik yang menyeluruh sehingga budaya perlawanan (malahan asal-usul budaya kebebasannya), selain daripada kempen-kempen pengiklanannya, Apple telah memperoleh suatu reputasi yang tersendiri dalam industri elektronik konsumer serta juga dasar pelanggan yang setia pada tahap yang amat luar biasa kepada syarikat dan jenamanya.[11]

Sebelum Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sebelum menubuhkan Apple, Steve Wozniak adalah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja di Hewlett-Packard dan menolong kawannya Steve Jobs merekabentuk permainan video untuk Atari. Wozniak telah membeli komputer masa pada beberapa jenis komputer mini yang dimilik Call Computer, sebuah syarikat perkongsian masa milik Alex Kamradt. Terminal komputer pada waktu itu adalah berdasarkan kertas; Percetakan terma seperti Texas Instruments Silent 700 dianggap sangat maju pada masa itu. Pada tahun 1975, berdasarkan majalah Popular Electronics, beliau merekabentuk Computer Conversor menggunakan komponen yang dibeli di kedai. Computer Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer. Alex Kamradt mendapat komisen atas rekabentuk dan menjual sebilang kecil darinya melalui syarikatnya.

Pada tahun 1975, Wozniak mula menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club. Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap.

Pada masa itu hanya terdapat dua jenis CPU komputer mikro iaitu Intel 8080 ($179), dan Motorola 6800 ($170). Wozniak lebih berminat terhadap 6800, tetapi kedua-duanya terlalu mahal. Maka dia memerhati, dan belajar, dan melukis komputer atas kertas, sambil menunggu masa apabila dia mempunyai wang yang cukup.

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Logo Apple Computer

Steve Jobs dan Steve Wozniak adalah rakan yang rapat sejak 1971, bila pada masa itu Bill Fernandez memperkenalkan Wozniak pada masa itu berumur 21 tahun kepada Jobs pada masa itu berumur 16 tahun. Jobs berjaya mengajak Wozniak memasang mesin komputer dan menjualnya.

Perancangan masa depan[sunting | sunting sumber]

Pada 2006, Syarikat Apple.inc telah pun mengumumkan perancangan mereka untuk mendirikan kampus kedua yang berkeluasan 50 ekar (200,000 meter persegi) yang dikumpulkan daripada sambungan plot (timur N Wolfe Road antara Pruneridge Avenue dan Vallco Parkway ). Kampus terbaru, iaitu di Cupertino, kira kira 1 batu (1.6 km) timur daripada kampus yang sedia ada. Kampus terbaru akan direka oleh Norman Foster. Pada 7 Jun 2011, Steve Jobs memberikan satu pembentangan pada Persidangan Cupertino City, untuk menekankan tentang rekaan pembinaan bangunan barunya. Kampus baru dicadangkan untuk menempatkan 13,000 perkerja (beserta dengan kafe untuk menempatkan 3,000 tempat duduk) dikelilingi oleh landskap yang luas. Di situ juga akan didirikan bangunan tambahan seperti auditorium, kemudahan R&D, serta pusat kecergasan.

Apple III and Lisa[sunting | sunting sumber]

Apple III

Semasa 1980-an Apple mendapat persaingan dalam bidang perniagaan komputer peribadi. IBM merupakan pesaing terbesar. Model IBM PC, menggunakan DOS milik Microsoft mendapat sambutan besar dan mula menjadi komputer meja di banyak syarikat besar.

Peralatan yang dihasilkan Apple[sunting | sunting sumber]

Komputer

Pemain muzik digital

Telefon bimbit

Penerima media digital

Aksesori kamputer

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AppleConf tidak disediakan
  2. "Press Info – Apple Leadership". Apple. Diperoleh pada February 22, 2012. 
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 "2012 Apple Form 10-K". October 31, 2012. Diperoleh pada November 4, 2012. 
  4. "Apple's 2012 Annual Report: More Employees, More Office Space, More Sales". Macrumors.com. 2012-10-31. Diperoleh pada 2012-11-11. 
  5. Laman web Morningstar: Penyata Kewangan Apple Computer
  6. Laman web Apple.com: Soalan Lazim Hubungan Pelabur Apple
  7. Laman web Apple.com: Pemfailan SEC
  8. Markoff, John (2006-01-09). "New Mobile Phone Signals Apple’s Ambition". The New York Times. Diperoleh pada 2006-01-09. 
  9. Laman web Apple.com: Senarai Kedai Apple
  10. Laman web Apple.com: Peluang pekerjaan
  11. Kesetian pelanggan Apple

Pautan luar[sunting | sunting sumber]