Yahoo! Mail
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Yahoo! Mail | |
|---|---|
| URL | http://mail.yahoo.com |
| Jenis tapak web | E-mel, webmail |
| Pemilik | Yahoo! |
| Dicipta oleh | Yahoo! |
| Dilaksanakan | 1996 |
| Status kini | Tempoh Beta telah berakhir |
Yahoo! Mail ialah perkhidmatan e-mel berasaskan web (webmail) daripada Yahoo!. Ia merupakan penyedia e-mel terbesar[1] di Internet, dengan jutaan pengguna[2]. Pesaing utama Yahoo! Mail ialah Windows Live Hotmail, Gmail dan AOL Mail.
Pada 26 Ogos 2007, versi AJAX untuk Yahoo! Mail dikira sudah lengkap dan mula menggantikan Yahoo! Mail versi lama. Pengembangan antara muka baru ini bermula pada Julai 2004, walaupun adalah mungkin prototaip lain telah dimajukan sebelum itu. Pada masa ini ia serasi dengan Internet Explorer 7 dan Mozilla Firefox serta Camino (dan pelayar berasaskan Gecko lain) (sebagai sebahagian rancangan Yahoo! untuk menaiktaraf semua tapaknya supaya serasi dengan Firefox[3]). Walaupun boleh digunakan melalui Opera dan Safari, terdapat sedikit masalah pada reka letaknya.
[sunting] Lihat juga
[sunting] Rujukan
- ↑ "World's largest email provider hit by worm", IOL, 13 Jun 2006. Dicapai pada 2007-06-29.
- ↑ "Single Ajax Interface for Yahoo Mail Coming", TechCrunch.
- ↑ Kotadia, Munir. "Yahoo pledges full Firefox compatibility", 17 Mac 2005. Dicapai pada 2006-14-11).

