Mozilla Firefox

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Mozilla Firefox
Mozilla Firefox Icon
Mozilla Firefox 3.0 in Ubuntu.png
Firefox 3.0 menunjukkan Wikipedia
Pemaju Mozilla Corporation
Mozilla Foundation
Versi beta 3.6b1
Tarikh pelancaran
versi beta
5 November 2009
Sistem operasi Rentas-pelantar
Genre Pelayar web
Pelanggan FTP
Pelanggan gopher
Lesen MPL/GPL/LGPL/Mozilla EULA
Laman web http://www.firefox.com/
http://www.mozilla.com/firefox

Mozilla Firefox merupakan projek pelayar web yang diturunkan dari Set Aplikasi Mozilla yang diuruskan oleh Mozilla Corporation. Firefox telah memiliki 19.73% daripada saham penggunaan yang direkodkan pada Ogos 2008,[1][2] menjadikannya pelayan kedua paling popular dalam penggunaan masakini di seluruh dunia.

Firefox menggunakan enjin susun atur Gecko sumber terbuka, yang melaksanakan Web piawai bersama-sama dengan beberapa kandungan tambahan yang dimaksudkan seperti penambahan kepada piawai berkenaan.

Firefox memasukkan pelayan bertab, satu pemeriksa ejaan, carian progresif, penanda buku langsung, satu pengurus muat turun, dan satu sistem carian yang memasukkan Google. Fungsi-fungsi boleh ditambah menerusi lebih daripada 2,000 add-ons yang dicipta oleh pemaju ketiga;[3] Palin popular termasuklah FoxyTunes (mengawal pemain muzik), Adblock Plus (penyekat ad), StumbleUpon (penemuan laman web), DownThemAll! (fungsi muat turun) dan pemaju Web (peralatan web).[4]

Mozilla Firefox merupakan pelayar platform bersilang yang memberi sokongan kepada berbagai-bagai versi Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. Namun begitu, kod sumbernya secara tidak rasminya telah disambungkan kepada sistem operasi lain, termasuk FreeBSD [5], OS/2, Solaris, SkyOS, BeOS dan kini juga Windows XP Professional x64 Edition [6].

Firefox boleh berfungsi di atas platform Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. Pelancaran versi stabil terkini adalah versi 3.0.5, yang dilancarkan pada 16 Disember 2008.[7] Kod sumber Firefox di bawah syarat-syarat tri-lesen Mozilla tri-license sebagai perisian percuma dan sumber terbuka.[8]

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Firefox (kategori)
Mozilla

YayasanPerbadanan

Komuniti / Tempahan(Pesanan)

Ciri-ciriSambungan (kategori)
Sebarkan FirefoxPenerimaanTukang gosip

Cabangan dan Projek-projek berkaitan

FlockGnuzillaGNU IceCat
IceDoveIceApePortable Edition
Netscape 9SwiftfoxSwiftweasel
MiroSongbird
XeroBank

Asal usul dan wasilah

Set Aplikasi Mozilla
Netscape Communicator
Netscape Communications Corp.
Buku Mozilla

Kotak ini: papar  bincang  sunting

Dave Hyatt dan Blake Ross memulakan projek Firefox sebagai cabang eksperimental bagi prjek Mozilla. Mereka percaya bahawa keperluan komersial tajaan Netscape dan pembodek ciri-ciri yang dipacu pemaju telah berkompromi dengan utiliti pelayar Mozilla.[9] Bagi menangani apa yang dipandang oleh mereka sebagai pengembungan perisian, mereka mencipta sebuah pelayar web yang lebih ringkas, yang mana mereka berniat untuk menggantikan Mozilla Suite. Pada 3 April 2003, Pertubuhan Mozilla mengumumkan rancangannya untuk mengalihkan tumpuan mereka dari Mozilla Suite ke Firefox dan Thunderbird.[10]

Projek Firefox telah melalui beberapa pengubahan nama. Asalnya dinamakan Phoenix, perisian ini dinamakan semula gara-gara pertembungan tanda dagang dengan Phoenix Technologies. Nama seterusnya, Firebird pula mengungkitkan rasa tidak puas hati projek perisian pangkalan data percuma Firebird.[11][12][13] Selepas itu, Mozilla Foundation menyatakan bahawa perisiannya patut sentiasa memegang nama Mozilla Firebird bagi mengelakkan kekeliruan dengan perisian pangkalan data itu. Tekanan tanpa henti daripada kominiti pembangun server pangkalan data itu memaksa satu lagi penukaran nama; pada 9 Februari 2004, Mozilla Firebird menjadi Mozilla Firefox (Firefox for short).[14]

Projek Firefox telah melalui banyak versi percubaan/beta sebelum terkeluarnya versi 1.0 pada 9 November 2004. Sebagai tambahan kepada pembaikan kestabilan dan keselamatan, Yayasan Mozilla mengeluarkan pengemaskinian pertama kepada Firefox—versi 1.5—pada 29 November 2005. Pada 24 Oktober 2006, Mozilla mengeluarkan Firefox 2 yang merangkumi pengemaskinian kepada persekitaran pelayaran bertab, pengurusan sambungan, GUI, dan enjin carian dan pengemaskinian perisian; satu ciri-ciri pemulihan sesi yang baru; penyemak ejaan; dan satu ciri-ciri anti-phishing yang dilaksanakan oleh Google sebagai satu sambungan[15][16] yang kemudiannya bergabung kepada perisian itu sendiri.[17]

[sunting] Ciri-ciri

Ciri-ciri yang disertakan dalam Firefox adalah pelayaran bertab, incremental find (melalui toolbar Find), Live bookmarking, satu pengurus muat turun bersepadu, dan satu sistem gelintaran. Pengguna boleh mengubah suai Firefox dengan memuat turun sambungan, tema, dan ciri-ciri tambahan yang tiada dalam dialog Options yang dicapai melalui laman about:config.[18] Para pembangun Firefox mempunyai sasaran untuk menghasilkan pelayar web yang "setakat melayar web"[19] dan menyampaikan "pengalaman melayar web yang sebaik mampunya kepada sebanyak mana orang yang boleh."[20] Firefox menawarkan persekitran bagi pembangun web yang mana mereka boleh menggunakan alatan dan sambungan yang terbina dalam perisian, termasuk konsol JavaScript dan DOM Inspector.