Alibaba Group

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 30°11′31.12″U 120°11′9.79″T / 30.1919778°U 120.1860528°T / 30.1919778; 120.1860528

Alibaba Group
Jenis e-dagang
Industri Internet
Ditubuhkan Hangzhou, China (1999)
Ibu pejabat 6/F Chuangye Mansion, East Software Park, No.99 Huaxing Road, Hangzhou, 310099, China
Perancang utama Ma Yun (Jack Ma)
Pekerja 4,400 (30 Jun 2007)
Laman web http://www.alibaba.com/

Alibaba (SEHK: 1688) ialah syarikat e-dagang/e-lelong China yang mengkhususkan perniagaan sejagat. Syarikat ini yang berpusat di Hangzhou, China timur, memiliki pejabat pemasaran dan jualan luar di melebihi 30 buah bandar raya di China, serta juga di Hong Kong, Switzerland, dan Amerika Syarikat. Menjelang 30 Jun 2007, Alibaba menggaji melebihi 4,400 pekerja penuh masa.

Pada bulan Januari 2007, Alibaba mengendalikan enam buah syarikat e-dagang seperti yang berikut:

  1. Alibaba.com: Laman sesawang perdagangan sejagat bahasa Inggeris yang memberi kemudahan kepada perusahaan kecil dan sederhana. Ia mengkhususkan perdagangan antara syarikat perniagaan di seluruh dunia, terutamanya para pembeli antarabangsa yang mencuba menghubungi penjual di China;
  2. Taobao.com: Laman sesawang lelong dalam talian untuk pelanggan. Ia merupakan laman sesawang perdagangan antara pengguna (C2C) bahasa Cina;
  3. Yahoo! China: Enjin carian bahasa Cina;
  4. Alipay: Laman sesawang pembayaran dalam talian yang memproses bayaran, terutamanya di dalam negara China;
  5. Alisoft: Pembekal perkhidmatan laman sesawang kepada pasaran perusahaan kecil dan sederhana di China;
  6. Alimama: Pertukaran iklan dalam talian yang membenarkan para penerbit laman sesawang dan pengiklan saling bertukar inventori iklan mereka dalam talian. Menurut pengasas Jack Ma, AliMama.com didaftarkan semata-mata untuk menghalang "sesiapa yang ingin mengahwini [syarikat] kami".

Pada bulan November 2010, Alibaba.com merupakan rakan pengasas Globaltrade.net, sebuah pasar baru untuk pembekal perkhidmatan perdagangan antarabangsa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Alibaba diasaskan oleh Jack Ma pada tahun 1999 sebagai sebuah perkhidmatan papan buletin agar syarikat perniagaan dapat mengeposkan, membeli dan menjual perintis jualan. Softbank, sebuah perbadanan telekomunikasi dan media yang berpusat di Jepun, merupakan salah satu pelaburnya yang terawal. Syarikat Jepun ini mula-mulanya melabur sebanyak AS$18 juta pada tahun 2000 dan kemudiannya juga menyertai pembiayaan yang berikut. Seterusnya, Alibaba menjadi sebuah laman sesawang sejagat untuk perusahaan kecil dan sederhana, bukan sahaja untuk mengenal pasti bakal rakan perdagangan yang berpotensi tetapi juga untuk berinteraksi antara satu sama lain dan menjalankan perniagaan dalam talian.

Menjelang bulan Oktober 2005, Alibaba dan Yahoo! menjalin sebuah perkongsian strategi jangka panjang, dengan Yahoo! mengambil alih 40% daripada syarikat Alibaba pada harga AS$1 bilion berserta aset Yahoo! di China yang bernilai sekitar AS$700 juta. Melalui perkongsian ini, Alibaba juga mendapatkan teknologi Yahoo! serta dapat mempergunakan sumber sejagatnya. Yahoo! turut memasukkan gelintaran dalam taliannya ke dalam portfolio perniagaan e-dagang Alibaba dan dengan itu, membantu Alibaba menjadi salah satu syarikat internet yang terbesar di China.

Pada 5 November 2007, Alibaba.com tersenarai dalam Papan Utama Bursa Saham Hong Kong, dengan harga Tawaran Awam Permulaannya (IPO) HK$13.50.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]