Yamaha RX-Z

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yamaha RX-Z 135
2004 Yamaha RX-Z dengan penukar bermangkin.
Pengeluar Yamaha
Pengeluaran 1987-sekarang
Pendahulu Yamaha RD125
Pengganti Yamaha FZ150i
Kelas Motosikal naked
Enjin 135 cc 2 lejang
Kuasa 20 PS @ 8,500 rpm
Transmisi 6 kelajuan
Suspensi Hadapan: Fork teleskopik
Belakang: Lengan ayun dengan penyerap hentak berkembar
Brek Hadapan: Cakera
Belakang: Gelendong
Berat 106 kg
Muatan bahan api 13.0 l
Berkaitan Yamaha RX-135
Yamaha Y125Z

Yamaha RX-Z 135 adalah motosikal naked 2 lejang keluaran Yamaha. Mula dikeluarkan pada tahun 1987, model RX-Z sangat popular di Malaysia dan Singapura serta menikmati salah satu jangka hayat motosikal semasa yang terpanjang di kedua-dua negara, terutamanya di Malaysia kerana kekurangan pesaing motosikal jalanan buat masa kini. Pada tahun 2004, model ini diberi nafas baru serta dipasang penukar bermangkin.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

  • Enjin: Enjin 2 lejang 135cc sejukan udara
  • Susunan silinder: Silinder tunggal condong
  • Sesaran: 133 cc
  • Kuasa kuda: 20 PS (15 kW) @ 8,500 rpm
  • Kilasan: 1.85 kgf·m (18.1 N·m) @ 7,500 rpm
  • Kelajuan maksimum: 165 km/j
  • Lubang x lejang: 56.0 x 54.0 mm
  • Nisbah mampatan: 7 : 1
  • Transmisi: 6 kelajuan
  • Klac: Manual berbilang plat, basah
  • Jenis kerangka: Tiub keluli tetulang bawah
  • Gantungan hadapan: Telescopik
  • Gantungan belakang: Dua penyerap hentak
  • Brek hadapan: Cakera omboh tunggal
  • Brek belakang Gelendong
  • Berat kering: 106 kg
  • Muatan bahan api: 13.0 L

Sepintas lalu[sunting | sunting sumber]

Mula dikeluarkan pada tahun 1987, Yamaha RX-Z asalnya menggunakan transmisi 5 kelajuan dengan brek cakera tidak berlubang. Model ini berkongsi platform serta kerangka dengan pendahulunya, Yamaha RD125 sejukan cecair. Sebaik sahaja selepas pelancarannya, model RX-Z menjadi popular di kalangan penunggang muda terutamanya di Malaysia. Beberapa tahun kemudian, enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan, bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan berlubang.

Sejak itu, reka bentuk RX-Z tidak berubah sehinggalah tahun 2004 apabila model tersebut diberi nafas baru, dengan lampu belakang yang menyerupai Yamaha Y125Z. Model RX-Z yang diperbaharui dilengkapi penukar bermangkin, mengorbankan 1 PS daripada kuasa maksimum (Kuasa maksimum asal: 21 PS). Walau bagaimanapun, kilasan maksimum tidak berubah tetapi kilasan pada kelajuan enjin rendah sudah ditambah baik berbanding keluaran terdahulu. Beberapa pemilik motosikal RX-Z keluaran terdahulu mungkin menghadapi masalah semasa memulakan perjalanan kerana enjin mudah mati apabila penunggang kurang berpengalaman cuba bergerak dalam gear satu. Walau bagaimanapun, masalah tersebut telah diselesaikan pada model yang lebih baru ini.

Di Malaysia, motosikal RX-Z sering dikaitkan dengan gejala lumba haram Mat Rempit. Oleh itu, banyak filem Melayu termasuklah Remp-It menggunakan RX-Z dalam filem-filem tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]