Yusof B

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yusof bin Blugok atau dikenal sebagai Yusof B (1912 - 25 Disember 1968) merupakan pemuzik dan komposer muzik melayu era 50an - 60an.[1]

Yusof B
Kelahiran
Yusof bin Blugok

1912 (1912)
Java Road, Singapura
Meninggal dunia25 Disember 1968(1968-12-25) (umur 55–56)
Sebab kematianPenyakit Dalam Perut
Tempat ditanamPerkuburan Islam Bidadari, Singapura
Tahun aktif1930an - 1968
Anak-anak5

Biografi[sunting | sunting sumber]

Yusof B atau nama sebenarnya Yusoff bin Blugok, Anak kelahiran Singapura berketurunan Bugis ini telah di lahirkan di Java Road, Singapura pada tahun 1912. Ibu bapa beliau yang berasal dari Sulawesi telah menetap di Singapura pada awal tahun 1890an.

Yusof telah tertarik dengan bidang muzik sejak zaman kanak-kanak lagi ketika bapa beliau, seorang Kapten Kapal, membelikan beliau sebuah gambus kecil. Yusof kemudian telah mempelajari sendiri bermain gambus itu dan berlatih hampir setiap hari. Pada usia 18 tahun, Yusof telah memasuki pasukan bomba di Paya Lebar seperti abangnya Rahman B, juga seorang penggubah lagu dan ayah kepada penyanyi Alina Rahman.

Tidak lama kemudian beliau telah memasuki pula Pancharagam Muda Keroncong Party yang dipimpin oleh Yusof Ahmad. Bersama Pancharagam Muda Keroncong Party, Yusof telah berpeluang mengubah lagu dan berjaya memuatkan lagu-lagu ciptaan beliau ke piringhitam pada lewat tahun 1930an. Diantara lagu ciptaan beliau adalah lagu yang popular berjudul Nona Zaman Sekarang yang telah dinyanyikan oleh A. Rahman. Selepas pendudukan tentara Jepun, Yusof telah bermain dibeberapa kelab malam di Singapura.

Pada tahun 1947, beliau telah mendapat tawaran bermain di Liberty Cabaret di mana beliau buat pertama kali bertemu dengan Osman Ahmad yang juga menjadi ahli muzik dalam orkes yang sama. Pada lewat tahun 1940an, industri perfileman Melayu telah mula berkembang dengan pesatnya. Yusof kemudian mengikuti jejak Osman Ahmad bekerja bersama orkestra Malay Film Productions yang di pimpin oleh Zubir Said. Dari sejak tahun 1950an, beliau dan Osman telah bekerjasama dalam mencipta lagu-lagu untuk filem terbitan MFP.

Sebagai penggubah lagu, Yusof B. dapat menghasilkan beberapa lagu dari tengah malam hinggalah ke subuh. Apa yang beliau perlu adalah beberapa cawan kopi pekat untuk membuat celik sepanjang malam mengarang lagu. Setiap kali skrip filem diserahkan kepadanya, beliau akan menghayati jalan cerita dan mesej filem. Kemudian barulah beliau mengubah lagu mengikuti rasa sentuhan melodi dengan susunan muzik yang teliti.

Selain daripada alat muzik saksofon, beliau juga mahir dengan alat-alat muzik yang lain seperti mandolin, trumpet, seruling, gitar, piano, dan biola. Malah beliau juga boleh tahu jika sebuah saksofon itu dengan menghembuskan asap rokok kedalam. jika asap itu keluar bermakna, saksofon itu harus diperbaiki.

Menurut Dato' Johari Salleh, Yusof B adalah guru muzik kepada ramai pemuzik-pemuzik muda seperti beliau ketika tahun 1950an. Yusof B juga adalah pengasas orkes Chandni Raat dimana pemuzik-pemuzik seperti Dato' Johari, Pelakon Aziz Jaafar dan Wahid Satay pernah menjadi ahli orkes tersebut, dengan latihan muzik diadakan di rumah Yusof B.

Ketika di Jalan Ampas, jika berlaku sesuatu perkara yang membabitkan P.Ramlee dengan pelakon lain dan pekerja studio, Yusof B akan menyebelahi dan mempertahankan P.Ramlee. Yusof B atau nama sebenarmya Yusof Blugok merupakan pemuzik, penggubah lagu senior dan berpengalaman serta berpengaruh di Jalan Ampas. Yusof B sangat menyayangi P.Ramlee kerana menjadi pendorong kepada kelansungan warisan muzik yang dibawa olehnya apabila menubuhkan kumpulan Pancha Sitara.

Dalam satu pertunjukan pentas di Kluang, Johor dalam tahun 1962 P. Ramlee memberitahu para penonton Yusof B adalah guru muzik yang banyak berjasa kepadanya. Manakala Yusof B yang berdiri di sebelah P. Ramlee bersama saxophonenya dalam pertunjukan itu secara ikhlas pula menyatakan:

"Memang Ramlee pernah menjadi anak murid saya, tapi sekarang saya pun belajar dengan dia pula......."

Pengakuan Yusof B itu telah menyebabkan P. Ramlee menitiskan air mata kerana tenggelam dalam perasaan terharu yang amat sangat. Lalu P. Ramlee memeluk Yusof B di atas pentas membuatkan semua para hadirin memberi tepukan gemuruh.[2][3]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Setahun setelah Shaw Brothers/Malay Film Productions menutup studionya di Jalan Ampas pada tahun 1967, Yusof B meninggal dunia pada hari natal 25 Disember 1968 pada pukul 10.00 malam di rumahnya kerana sejenis penyakit dalam perut. Allahyarham yang berusia 56 tahun ini meninggalkan seorang balu dan lima orang anak, Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Bidadari, Singapura.[4]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Penglibatan Yusof dalam arena filem telah melahirkan banyak lagu-lagu ciptaan beliau. Diantaranya adalah:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Profike Legenda : YUSOF B | Profile Legenda : YUSOF B. #MusikaProfileLegenda | By Musika - Malaya's Early Music Scene from 1900s to 1965Facebook, dicapai pada 2024-04-20
  2. ^ "Repair Gambar Lama - P.RAMLEE MENANGIS KERANA YUSOF B Antara P.Ramlee dengan Yusof B terjalin satu hubungan yang sangat akrab. P.Ramlee menganggap Yusof B sebagai gurunya dalam bidang muzik. Ketika di Jalan Ampas, jika berlaku sesuatu perkara yang membabitkan P.Ramlee dengan pelakon lain dan pekerja studio, Yusof B akan menyebelahi dan mempertahankan P.Ramlee. Yusof B atau nama sebenarmya Yusof Blugok merupakan pemuzik, penggubah lagu senior dan berpengalaman serta berpengaruh di Jalan Ampas. Yusof B sangat menyayangi P.Ramlee kerana menjadi pendorong kepada kelansungan warisan muzik yang dibawa olehnya apabila menubuhkan kumpulan Pancha Sitara. Dalam satu pertunjukkan pentas di Kluang, Johor, dalam tahun 1962, P.Ramlee membuat pengakuan kepada penonton bahawa Yusof B adalah guru muziknya dan telah banyak berjasa kepadanya. Manakala Yusof B yang ketika itu sedang berdiri di sebelah P.Ramlee bersama saxophonenya, dengan ikhlas pula menyatakan, "memang Ramlee pernah menjadi anak murid saya, tetapi sekarang saya pula banyak belajar dengan dia". Mendengar kata-kata dari Yusof B itu telah membuatkan P.Ramlee sebak dan menitiskan air mata lalu memeluk Yusof B di atas pentas membuatkan semua para hadirin memberi tepukan gemuruh. Teks : HAR Sumber : Insan Pesona Seni - Aimi Jarr Kenangan Abadi P.Ramlee - Ramli Ismail | Facebook". ms-my.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-20.
  3. ^ Melayu, Dunia Perfileman. "Air mata P Ramlee gugur bila dengar ucapan Yusof B". X-PLORASI. Dicapai pada 2024-04-20.
  4. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-20.