Zubir Said
| Zubir Said | |
|---|---|
| Latar belakang | |
| Nama lahir | Zubir Said |
| Genre | Skor filem dan lagu |
| Pekerjaan | Penggubah lagu |
| Tahun aktif | 1928–1987 |
| Label | Universal Music Group |
Zubir Said (22 Julai 1907 – 16 November 1987) adalah seorang penggubah muzik untuk filem dan juga pencipta lagu kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura". Beliau dipercayai telah menggubah lebih kurang 1,000 buah lagu.
Biografi[sunting]
Zubir Said dilahirkan di Sumatra Barat, Indonesia dan pada usia muda telah menuntut di sebuah sekolah Belanda di sana. Namun beliau tidak menunjukkan minat dalam bidang akademik.
Kerjaya muziknya bermula apabila dia belajar bermain flute dan kemudiannya gitar dan dram. Dia kemudian berhijrah ke Singapura untuk bermain muzik, dan terdedah kepada banyak jenis muzik di Singapura.
Pada akhir 1950-an, komision bagi menulis lagu kebangsaan Singapura dan Majulah Singapura ciptaan Zubir Said telah diterima pakai. Lagu itu dimainkan pada akhir konsert Panggung Victoria yang baru diubah suai pada 6 September 1958.
Pak Zubir Said mendirikan rumah tangga dengan Tarminah Kario Wikromo seorang penyanyi keroncong yang terkenal. Beliau meninggal dunia sewaktu berusia 80 tahun pada 1987.
Karya[sunting]
Kerjaya muziknya bermula dengan kumpulan bangsawan, City Opera sehingga menjadi ketua pancaragam. Pada 1938, beliau menikahi penyanyi terkenal, Tarminah Kario Wikromo. Beliau mekar dalam zaman industri filem Melayu selaku ketua orkestra Studio Malay Film Productions dan Cathay Kris. Karyanya menjangkau seribu lagu, khususnya irama rakyat dan asli, termasuk Sayang Disayang.
Sumbangan besarnya meliputi lagu kebangsaan, Majulah Singapura dan lagu patriotik Semoga Bahagia, lagu tema Hari Kanak-Kanak dan Pesta Belia Singapura. Pak Zubir dianggap tokoh ulung muzik Melayu dan guru kepada para pemuzik termasyhur termasuk seniman agung P. Ramlee.
