Zaibatsu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ibu pejabat Marunouchi untuk zaibatsu Mitsubishi, pra-1923

Zaibatsu (財閥?, 'plutokrat' atau 'konco harta') ialah istilah bahasa Jepun yang bermaksud konglomerat perniagaan industri dan kewangan di Empayar Jepun, yang menguasai kebanyakan ekonomi Jepun dengan pengaruh dan kebesarannya sejak zaman Meiji hingga akhir Perang Dunia Kedua.

Walaupun zaibatsu wujud sejak abad ke-19, namun istilahnya tidak kerap digunakan sehingga selepas Perang Dunia Pertama. "Zaibatsu" ditakrifkan sebagai monopoli menegak kawalan keluarga besar yang terdiri daripada sebuah syarikat pemegang di paras tertinggi yang memiliki penuh sebuah anak syarikat perbankan sebagai penyedia kewangan, dan beberapa anak syarikat perindustrian yang mendominasi sektor-sektor tertentu dalam pasaran, sama ada secara bersendirian atau melalui beberapa lagi syarikat kecil.

Kepentingan[sunting | sunting sumber]

Zaibatsu adalah pusat kegiatan ekonomi dan industri dalam Empayar Jepun, dan banyak mempengaruhi dasar dalam dan luar negara Jepun. Parti politik Rikken Seiyukai dianggap sebagai peluasan kumpulan Mitsui yang juga menjalin hubungan erat dengan Tentera Diraja Jepun. Begitu juga, parti Rikken Minseito berhubungan dengan kumpulan Mitsubishi dan Tentera Laut Diraja Jepun.

Senarai zaibatsu[sunting | sunting sumber]

Empat Terbesar
Zaibatsu tingkat kedua


  • Nissan (日産コンツェルン)           
  • Nisso (日曹コンツェルン)
  • Nomura (野村財閥)
  • Okura (大倉財閥)
  • Riken (理研コンツェルン)
  • Shibusawa (渋沢財閥)
Zaibatsu yang muflis

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Keiretsu