Zaman Meiji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Satsuma-samurai-during-boshin-war-period.jpg

Sejarah Jepun

Glosari

Zaman Meiji (明治時代 Meiji jidai?) adalah zaman pemerintahan Maharaja Meiji di Jepun selama 45 tahun (23 Oktober 1868 hingga 30 Julai 1912). Ketika ini, Jepun memulakan proses pemodenan lalu bangkit menjadi sebuah kuasa dunia.

Selepas kemangkatan Maharaja Meiji pada tahun 1912, Maharaja Taishō naik takhta, maka bermulanya zaman Taishō.

Pemulihan Meiji dan Maharaja[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Maharaja Meiji dan Pemulihan Meiji

Pada 3 Februari 1867, Mutsuhito yang berusia 15 tahun mewarisi tahkta Maharaja Kōmei, lalu terisytiharnya zaman pemerintahan baru iaitu Meiji, yang bererti "pemerintahan berkesedaran". Proses Pemulihan Meiji pada tahun 1868 mengakhiri sistem feudal kesyogunan Tokugawa yang berusia 265 tahun.

Pembaharuan terawalnya adalah perisytiharan Sumpah Lima Piagam pada tahun 1868, iaitu kenyataan am matlamat para pemimpin Meiji untuk menyuntik semangat dan meraih sokongan kewangan untuk kerajaan baru. Lima peruntukannya adalah seperti berikut:

  1. Pengasasan perhimpunan perbincangan
  2. Penglibatan semua darjat dalam melaksanakan hal-ehwal negara
  3. Pembatalan undang-undang kawalan perbelanjaan dan sekatan guna tenaga mengikut darjat
  4. Penggantian "adat resam durjana" dengan "hukum alam yang adil"
  5. Pencarian ilmu antarabangsa untuk memperkasakan asas pemerintahan maharaja

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • GlobalSecurity.org, (2008). Meiji military. Retrieved August 5, 2008, from GlobalSecurity.org Web site: [1]
  • Gordon, B. (2000, March). Japan's march toward militarism. Retrieved August 5, 2008, from Wesleyan.edu Web site: [2]
  • Kublin, H. (1949, November). The "modern" army of early meiji Japan. The Far East Quarterly, [9(1)], 20-41.
  • National Diet Library, (n.d.). Osaka army arsenal (osaka hohei kosho). Retrieved August 5, 2008, from The Meiji and Taisho Era in Photographs Web site: [3]
  • Rickman, J. (2003).Sunset of the samurai. Military History. August, 42-49.
  • Shinsengumihq.com, (n.d.). No sleep, no rest: Meiji law enforcement. Retrieved August 5, 2008, from Shinsengumihq.com Web site: [4]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Meiji 1st 2nd 3rd 8th 13th 18th 23rd 28th 33rd 38th 43rd 45th
Gregorian 1868 1869 1870 1875 1880 1885 1890 1895 1900 1905 1910 1912
Didahului oleh
Keiō
Meiji Diikuti oleh:
Taishō

Templat:JapanEmpireNavbox