Zakaria Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zakaria Yusof
Kelahiran1951 (1951)
Meninggal dunia11 Disember 2016 (berumur 64–65)
Sebab kematianKomplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung
Nama lainZakaria Cina
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1980–2016
PasanganFatimah Ali
Anak-anak4

Zakaria Yusof (1951 – 11 Disember 2016), lebih dikenali sebagai Zakaria Cina merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, terkenal dengan watak-watak antagonis. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membintangi puluhan drama, serta aktif dalam pementasan teater dan bangsawan. Antara kredit lakonan beliau termasuk Ceritaku Ceritamu (1979) dan Mekanik (1983), Gerak Khas dan Tanah Kubur (kedua-duanya sebagai pelakon undangan). Lakonan terakhir beliau ialah menerusi drama arahan Mengapaku Diseksa arahan pelakon Zul Huzaimy yang melayakkannya menerima trofi Penampilan Khas Terbaik pada Anugerah Tribute P. Ramlee 2015.

Beliau meninggal dunia pada 11 Disember 2016 akibat kompilasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung, kira-kira jam 6.45 pagi di Hospital Kuala Lumpur pada usia 65 tahun. Beliau meninggalkan balu, Fatimah Ali dan empat anak. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Taman Permata, Hulu Klang.[1][2][3][4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pelakon veteran, Zakaria Yusof meninggal dunia Perak Today (12 Disember 2016). Dicapai pada 11 Januari 2017.
  2. ^ Mohd Al Qayum Aziz (11 Disember 2016). Pelakon veteran Zakaria Yusof meninggal dunia mStar Online. Dicapai pada 11 Januari 2017.
  3. ^ Shamsul Azree Shamsir (11 Disember 2016). Pelakon veteran Zakaria Yusof meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 11 Januari 2017.
  4. ^ Pelakon veteran, Zakaria Yusof meninggal dunia Astro Awani (11 Disember 2016). Dicapai pada 7 Januari 2017.
  5. ^ Hanisah Selamat (11 Disember 2016). Jenazah Zakaria Yusof selamat dikebumikan Berita Harian. Dicapai pada 11 Januari 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]