Gerak Khas
Untuk pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia, sila lihat Grup Gerak Khas.
Gerak Khas merupakan sebuah drama polis arahan Datuk Yusof Haslam yang ditayangkan di RTM2 sejak 4 Mei 1999 setiap Jumaat jam 9:00 malam. Drama ini pernah ditayangkan di RTM1 pada tahun 2004 sempena dengan penjenamaan semula stesen tersebut. Drama ini diterbitkan oleh Skop Production Sdn Bhd.
[sunting] Pelakon
- Abby Abadi sebagai Cif Inspektor Aleza, kini telah berlakon semula.
- Norman Hakim sebagai Cif Inspektor Harris.
- A. Galak sebagai Sub Inspektor Hashim, dinaikkan pangkat dari Sarjan Mejar
- Zulkifli Ismail sebagai Supt. Razlan
- Farid Amirul sebagai Sarjan Lim
- Angeline Tan
- Z Zamri sebagai koperal Zaidi
- C Kumaresan sebagai Cif Inspektor Kumar
- Deen Maidin sebagai koperal Lingam
- Salina Saibi sebagai Inspektor Salina
[sunting] Filem
Terdapat tiga buah filem berdasarkan siri drama tersebut.
Filem pertama, ditayangkan di pawagam pada tahun 2001, menjadi filem pecah panggung tertinggi di Malaysia.
[sunting] Ranking
Sejak April 2006, siri drama TV ini merupakan satu-satunya rancangan bersiri RTM2 pilihan penonton Rangkaian Kedua RTM sehingga kini, yang mana rancangan-rancangan bersiri lain di saluran tersebut kurang menepati selera penonton.
|
||||||||