Zon abis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lapisan akuatik
Pelagik
   Foto
      Epipelagik
   Afoto
      Mesopelagik
      Batilpelagik
      Abisopelagik
      Hadopelagik
Demersal
Bentos
Penstrataan
Piknoklin
   Isopiknal
   Kemoklin
      Haloklin
   Termoklin
      Termohalin
Habitat marin
Penstrataan tasik
Ekosistem akuatik
Perikanan liar
Lapisan zon pelagik.

Zon abis ialah lapisan abisopelagik atau zon pelagik yang mengandungi komuniti bentik sangat dalam dekat dengan dasar lautan. "Abis" diperoleh daripada perkataan bahasa Yunani ἄβυσσος, bererti tidak berdasar. Pada kedalaman 4,000 hingga 6,000 meter (13,123 hingga 19,685 feet), zon ini kekal dalam kegelapan abadi dan tidak pernah mendapat cahaya siang. Ini merupakan bahagian zon tengah malam lebih dalam yang bermula di dalam air batipelagik di atas.[1][2]

Penghuni kekalnya (contohnya, ikan penelan hitam, ikan tiga kaki, ikan pemancing laut dalam dan sotong gergasi) mampu bertahan daripada tekanan kedalaman lautan yang amat, sehingga Templat:Convert/MPa.[1] Banyak makhluk abismempunyai rahang mengandar untuk mengayak pasir untuk menangkap makanan.[2] Wilayah ini juga bercirikan kesejukan dan kekurangan nutrien berterusan. Zon abis mempunyai suhu sekitar 2 °C hingga 3 °C (35 °F hingga 37 °F) menyeluruhi kebanyakan jisimnya.[2]

Kawasan di bawah zon abis ialah zon hadal jarang dihuni.[3] Zon di atas ialah zon bati.[3] Ketiga-tiga zon ini tergolong dalam wilayah laut dalam. Di atas di platform benua ada masing-masing zon-zon eufoto dan disfoto. Zon abis terletak separa di zon disfoto]] dan separa di zon afoto.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Nelson, Rob (April 2007). "Abyssal". The Wild Classroom. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2009. Diperoleh pada 27 April 2009. 
  2. 2.0 2.1 2.2 "Deep Sea Biome". Untamed Science. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2009. Diperoleh pada 27 April 2009. 
  3. 3.0 3.1 "Abyssal". Dictionary.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2009. Diperoleh pada 27 April 2009. 
  4. "Ocean zones". Advameg Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2009. Diperoleh pada 27 April 2009.