Jurang Mariana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jurang Mariana

Jurang Mariana adalah jurang paling dalam di dunia, dengan kedalaman sehingga 11 km (6.8 batu), dan merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi. Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina. Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina. Jurang ini ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.

Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina. Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka). Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 11°21′N 142°12′E / 11.350°U 142.200°T / 11.350; 142.200