Øre

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Øre (disebut UH-reh) ialah satu perseratus (1/100) bahagian unit mata-mata wang krone Norway, krone Denmark, krona Sweden dan króna Iceland. Øre merupakan ejaan bahasa Norway dan bahasa Denmark, manakala:

Bentuk jamak sama sahaja dengan bentuk mufrad dalam bahasa Sweden, Norway, dan Denmark.

Sejak 1993, duit syiling tunggal Norway di bawah 1 NOK nilai nominalnya yang masih digunakan ialah duit syiling 50 øre. (Duit syiling 10 øre diumumkan tidak akan diteruskan pada 23 Februari 1992 dan dianggap sebagai usang setahun kemudian.) Lihat rencana krone Norway untuk maklumat lanjut.

Sejak 1989, dua duit syiling Denmark di bawah 1 DKK nilai nominalnya yang masih digunakan ialah duit syiling 50 øre dan 25 øre. Yang kedua ini ditamatkan sebagai wang sah pada 1 Oktober 2008.[1] Lihat rencana krone Denmark untuk maklumat lanjut.

Sejak 1 Oktober 2003, bank di Iceland tidak lagi menerima duit syiling 5, 10, dan 50 aurar. Nama aurar berasal daripada perkataan Latin, aureus (emas),[2] nama duit syiling yang bernilai 25 denarius.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]