'Tis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
’Tis
Cover of ’Tis
Muka hadapan ’Tis
Pengarang Frank McCourt
Negara AS
Bahasa Bahasa Inggeris
Penerbit Scribner
Tarikh terbitan 29 Ogos, 2000
Bil. muka surat 368 pp
ISBN ISBN 0-684-86574-2
Didahului oleh Angela's Ashes
Diikuti oleh Teacher Man

’Tis merupakan kisah sebenar yang ditulis oleh Frank McCourt. Buku yang dilancarkan pada tahun 1999, bermula dengan Angela's Ashes, McCourt's pemenang Pulitzer Prize menceritakan kisah kanak-kanaknya di Ireland dan akhirnya brhijrah ke Amerika Syarikat. Buku ini bermula McCourt yang berada di Albany, New York, and dan membuat perancangan tanpa berlengah untuk ke Kota New York. Tanpa kawan dan tanpa sebarang pengetahuan budaya Amerika, beliau bergelut untuk meletakkan dirinya ke dalam masyarakat kolar biru Amerika..Beliau kemudiannya menyertai tentera Amerika Syarikat dan dihantar berkhidmat di Eropah. Semasa di Jerman beliau mengalami konfrontasi dengan banyak pihak yang cuba menunjukkan kepada Frank bagaimana untuk mendapatkan gadis Rusia semata-mata untuk seks dengan cara memberi kopi atau rokok kepada sasaran (gadis Rusia). Beliau kembali ke Ireland untuk melawat ibu dan kampung halamannya sebelum memutuskan untuk kembali ke AS semula. Semasa di AS, beliau memasuki Universiti New York dan di situlah beliau mengenali erti cinta. Selepas tamat belajar, belia menjadi guru Bahasa Inggeris dan Pengajian Sosial di McKee Vocation & Techinal High School sebelum ke Sekolah Tinggi Stuyvesant. Di Stuyvesant beliau mula mengubah cara pengajarannya yang dahulu tertumpu kepada buku-buku dan alat pengajaran yang lain. Beliau mencari kaedah yang lain untuk menjadikan pengajarannya lebih berkesan. 'Tis banyak menguji hubungan Frank dengan keluarganya termasuklah isterinya. Frank dan isterinya hanya bersama kerana anak perempuan mereka, Margaret Ann dan akhirnya Frank meninggalkan mereka.

Ibu Frank,Angela McCourt, meninggal dunia di New York hampir sama masa dengan kematian ayah beliau, Malachy McCourt Sr., yang meninggal dunia di Ireland. Perjalanan hidup Frank McCourt diteruskan dalam sebuah lagi novel,Teacher Man.