Pergi ke kandungan

19.99

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
19.99
Album mini oleh BOYNEXTDOOR Sunting nilai ini di Wikidata
Dilancarkan pada9 September 2024 Sunting nilai ini di Wikidata
TempatKorea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
GenreK-pop dan hip hop Sunting nilai ini di Wikidata
Panjang18:00 Sunting nilai ini di Wikidata
BahasaBahasa Korea dan bahasa Inggeris Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatKOZ Entertainment Sunting nilai ini di Wikidata
PengedarYG PLUS Sunting nilai ini di Wikidata
Penerbit
  • Pop Time
  • Kako
Kronologi BOYNEXTDOOR Sunting nilai ini di Wikidata
And,
(2024)
19.99
(2024)
Single daripada 19.99
  1. "부모님 관람불가"
    Dikeluarkan: 2 September 2024
  2. "Nice Guy"
    Dikeluarkan: 9 September 2024
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

19.99 ialah album mini ketiga bagi kumpulan muzik lelaki Korea Selatan BoyNextDoor. Album ini dikeluarkan pada 9 September 2024 melalui syarikat KOZ Entertainment, lima bulan pelancaran How? (2024). Dengan anggota kumpulan Jaehyun, Taesan dan Woonhak dikreditkan untuk penulisan lagu, 19.99 meneroka kebimbangan remaja sebelum mereka mencapai usia dua puluh tahun. Album mini ini disokong oleh dua buah single iaitu "부모님 관람불가" (Ibu Bapa Usah Lihatnya) dan "Nice Guy" (Lelaki Baik).

Latar belakang dan pelancaran

[sunting | sunting sumber]

BoyNextDoor mentakrifkan tiga pelancaran pertama mereka – Who! (2023), Why.. (2023), dan How? (2024) – sebagai sebahagian daripada trilogi Cinta Pertama, yang meneroka naratif "cinta pertama dan patah hati".[1][2] Dengan kemuncak trilogi melalui How?, anggota kumpulan Taesan berkata bahawa kumpulan muzik itu akan terus meneroka topik yang "sangat berkaitan" pada keluaran seterusnya.[1][2] Pada 24 Julai 2024, akhbar The Chosun Ilbo melaporkan bahawa kumpulan itu sedang memuktamadkan karya akan datang, dengan pelancarannya ditetapkan pada September.[3]

KOZ Entertainment mengumumkan tajuk album itu pada 12 Ogos melalui treler acah bertajuk The Beginning of Countdown: 19.99.[4][5] Treler berdurasi 16 saat itu menampilkan telefon punat tekan yang terletak di atas lopak air, mengira mundur dengan pantas sebelum diangkat oleh ahli yang kemudiannya berlalu pergi.[6] Dua sketsa ringkas yang berkaitan dengan tema album telah dikeluarkan sebelum pelancaran album iaitu Starting Your 20s pada 16 Ogos dan How to Flirt pada 6 September.[7][8]

19.99 telah dikeluarkan pada 9 September 2024 sebagai album mini ketiga BoyNextDoor, dengan "Nice Guy" dipasarkan sebagai lagu utamanya.[4] Pelancaran album itu didahului oleh single prakeluaran "부모님 관람불가" pada 2 September.[9]

Penggubahan

[sunting | sunting sumber]

19.99 terdiri daripada tujuh buah runut. Lagu-lagu yang ditulis untuk album mini itu meneroka kebimbangan waktu remaja sebelum mereka mencecah usia dua puluh tahun.[10]

Prestasi komersial

[sunting | sunting sumber]

Menurut KOZ Entertainment, 9.99 melepasi satu juta salinan dalam jualan terkumpul berdasarkan perangkaan oleh pengedar album, YG Plus.[11]

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
Senarai runut 19.99
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."부모님 관람불가"[i]
"Ibu Bapa Usah Lihatnya"
  • Jaehyun
  • Taesan
  • Woonhak
  • Kako
  • Pop Time
  • Jaehyun
  • Taesan
  • Woonhak
Pop Time2:23
2."돌멩이"[i]
"Kerikil"
  • Kako
  • Taesan
  • NATHAN
  • Pop Time
  • Kako
  • NATHAN
  • Jaehyun
  • Taesan
  • Woonhak
  • Pop Time
  • NATHAN
3:17
3."SKIT"
"Sketsa Pendek"
  • Pop Time
  • Kako
Pop Time1:06
4."Nice Guy"
"Lelaki Baik"
  • Kako
  • Jaehyun
  • Taesan
  • Woonhak
  • ZICO
  • Pop Time
  • Kako
  • Taesan
  • Woonhak
  • Daily
  • Likey
  • Pop Time
  • Daily
  • Likey
2:44
5."스물"[ii]
"Dua Puluh"
  • Kako
  • Jaehyun
  • Taesan
  • Pop Time
  • Kako
  • Jaehyun
  • Taesan
  • Woonhak
  • Daily
  • Likey
  • Pop Time
  • Daily
  • Likey
2:48
6."Call Me"
"Panggil Aku"
  • Kako
  • Taesan
  • Woonhak
  • Roho
  • Pop Time
  • Kako
  • Jaehyun
  • Taesan
  • Daily
  • Likey
  • Pop Time
  • Daily
  • Likey
2:58
7."Nice Guy" (versi bahasa Inggeris)
  • Kako
  • Jaehyun
  • Taesan
  • Woonhak
  • ZICO
  • Jez Dior
  • Chris Wallace
  • KKannu (adeMade)
  • Dian J (adeMade)
  • adeMade
  • Pop Time
  • Kako
  • Taesan
  • Woonhak
  • Daily
  • Likey
  • Pop Time
  • Daily
  • Likey
2:44
Jumlah masa: 18:00
  1. ^ a b Nama-nama lagu ini di dalam bahasa Inggeris:
    • 부모님 관람불가: Dangerous (Bahaya)
    • 돌멩이: Gonna Be A Rock (Akan Menjadi Batu)
  2. ^ Juga dikenali dengan nama "20" sahaja.
  1. ^ a b Cho, Yong-jun (15 April 2024). "'We had a lot of feelings': BoyNextDoor's new EP brings a yearlong love story to a close" ['Kami mempunyai banyak perasaan': EP baharu BoyNextDoor mengakhiri kisah cinta selama setahun]. Korea JoongAng Daily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2024. Dicapai pada 26 Julai 2024.
  2. ^ a b Bernardo, Jaehwa (15 April 2024). "BOYNEXTDOOR flaunts sped-up lines, 'kitsch core' style in EP 'How?'" [BOYNEXTDOOR mempamerkan barisan dipercepatkan, gaya 'kitsch core' dalam EP 'How?']. ABS-CBN News. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2024. Dicapai pada 26 Julai 2024.
  3. ^ Jeong, Bit (2024-07-24). "[단독]보이넥스트도어, 9월 컴백…'5세대 실력파'의 귀환" [[Eksklusif] BoyNextDoor, kemunculan kembali September… Kembalinya 'Bakat generasi ke-5']. Sports Chosun (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2024. Dicapai pada 24 Julai 2024.
  4. ^ a b You-mee, Hwang (13 Ogos 2024). "[Today's K-pop] Boynextdoor to return in September" [[K-pop Hari Ini] Boynextdoor akan kemabli September]. The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2024. Dicapai pada 13 Ogos 2024.
  5. ^ Jeong, Seo-hyeon (13 Ogos 2024). "보넥도, 미니 3집 '19.99' 발매…컴백 예고 영상 공개" [Bonekdo, album mini ke-3 '19.99' dilancarkan… Video pratonton kemunculan semula dikeluarkan]. Newsis (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2024. Dicapai pada 13 Ogos 2024.
  6. ^ Saxena, Tanya (13 Ogos 2024). "BOYNEXTDOOR confirms comeback with mini album 19.99 in September by dropping cryptic retro teaser; Watch" [BOYNEXTDOOR mengesahkan kemunculan semula dengan album mini 19.99 pada September dengan menampilkan cuitan retro rahsia; Lihat]. Pinkvilla (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2024. Dicapai pada 18 Ogos 2024.
  7. ^ Hyun, Jeong-min (15 Ogos 2024). "보이넥스트도어, 9월 2일 선공개 곡 발표…컴백 열기 더 뜨겁게 달군다" [BoyNextDoor, mengumumkan lagu prakeluaran pada 2 September… Kemunculan semula semakin hangat]. SportsWorld (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2024. Dicapai pada 18 Ogos 2024.
  8. ^ Seon, Mi-kyung (17 Ogos 2024). ""스무 살, 제법 다채로워"..보이넥스트도어, 유쾌한 콩트로 컴백 예열" ["Dua puluh tahun, agak berwarna-warni".. BoyNextDoor, memanaskan kemunculan semula dengan skesta pendek ceria]. OSEN (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Ogos 2024. Dicapai pada 18 Ogos 2024.
  9. ^ Choi, Hee-jae (15 Ogos 2024). "보이넥스트도어, 9월 2일 선공개곡 발표…컴백 열기 UP" [BoyNextDoor, mengumumkan lagu prakeluaran pada 2 September… Demam kemunculan semula meningkat]. edaily (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2024. Dicapai pada 2024-08-18.
  10. ^ Mi-kyung, Seon (15 Ogos 2024). "보이넥스트도어, 9월 2일 컴백 선공개 곡 발표한다" [BoyNextDoor, lagu prakeluaran kemunculan kembali akan dilancarkan pada 2 September]. OSEN. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Ogos 2024. Dicapai pada 18 Ogos 2024.
  11. ^ Seon, Mi-kyung (24 Oktober 2024). "보이넥스트도어, '19.99'로 데뷔 첫 밀리언셀러 달성[공식]" [BoyNextDoor, '19.99' mencapai jualan jutaan pertama sejak debut [Rasmi]] (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai pada 25 Oktober 2024 – melalui Naver.