Sistem pengangkutan baharu Sarawak, Autonomous Rail Transit (ART), akan memulakan operasinya secara menyeluruh mulai Januari 2025. Autonomous Rail Transit (ART) ini akan menghubungkan sepenuhnya kawasan Bandaraya Kuching, kawasan daerah Samarahan, kawasan daerah Serian, dan kawasan daerah Bau. [3]
Jambatan ikonik yang terpanjang di Sarawak, iaitu Jambatan Batang Lupar (Batang Lupar Bridge) yang berukuran sepanjang 5.1 kilometer, akan siap sepenuhnya menjelang pertengahan tahun 2025. [4]
Wabak pandemik COVID-19 akan diturunkan kepada hanya gelombang endemik menjelang tahun 2025, susulan pembukaan semula sempadan negara masing-masing dan kebenaran aktiviti riadah & pelancongan seluruh dunia.
Jumlah populasi penduduk di Malaysia dijangka meningkat kepada hanya 35.8 juta penduduk pada tahun 2025.
Acara pameran manga, anime, & cosplay terbesar Malaysia, TAGCC 2025, akan diadakan secara lebih meriah & berskala besar di Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak pada pertengahan Oktober 2025. [5]
Kompleks Kesenian & Kebudayaan Borneo (Borneo Cultural & Arts Complex) akan diwujudkan serta dilaksanakan pembinaannnya di Perth, Australia Barat.