3,2,1 Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
3,2,1 Cinta
3,2,1Cinta01.jpg
Poster filem 3,2,1 Cinta
PengarahAzhari Zain
Dibintangi olehFarid Kamil
Diana Amir
Pierre Andre
Mustapha Kamal
Mula ditayangkan
16 Jun 2011
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1.50 juta[1]
Pecah panggungRM 0.98 juta

3,2,1 Cinta merupakan sebuah filem genre komedi romantik yang mula ditayangkan di pawagam pada 16 Jun 2011. Filem arahan Azhari Zain ini menampilkan Farid Kamil, Diana Amir, dan Pierre Andre sebagai pelakon utama filem ini.

Plot[sunting | sunting sumber]

MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pierre Andre memegang watak Fariz di dalam filem ini.
  • Farid Kamil - Nazril
  • Diana Amir - Sam
  • Pierre Andre - Fariz
  • Mustapha Kamal - Pak Cik Azmi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.