Farid Kamil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Farid Kamil
Farid kamil.jpg
Farid Kamil semasa sesi pratonton filem Hantu Gangster.
Kelahiran Farid Kamil bin Zahari
(1981-05-05) 5 Mei 1981 (umur 36)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pendidikan Diploma Seni Persembahan
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan Pelakon, pengarah, pelawak, pengarah filem, penulis lakonlayar
Tahun aktif 1999–kini
Pasangan Diana Danielle (berkahwin 2012)
Anak Muhammad Bin Farid Kamil
Nur Aurora Binti Farid Kamil
Ibu bapa Dato' Dr. Zahari Che (bapa)
Datin Sharifah Bardah Syed Abdilllah (ibu)
Saudara Fadzil Zahari (Adik)
Yana Samsudin (adik ipar)

Farid Kamil bin Zahari atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil (lahir 5 Mei 1981) ialah seorang pelakon, model, penulis lakonlayar dan pengarah filem Malaysia dan merupakan abang sulung kepada pelakon Fadzil Zahari.

Memulakan kerjaya profesional dalam bidang lakonan pada 2003, beliau meraih kemasyhuran bagi peranan persembahan lakonannya dalam beberapa filem pecah panggung termasuk filem komedi Jutawan Fakir (2003); seram Tujuh Perhentian (2004) dan Potret Mistik (2005); aksi Remp-It (2006), Anak Halal (2007) dan Evolusi KL Drift (2008); drama romantik I'm Not Single (2008) dan siri filem Lagenda Budak Setan (2010–2014) serta cereka sains Apokalips X (2014). Kredit filemnya yang lain termasuk Aku Masih Dara (2010), Hantu Gangster (2012), Love, Supermoon (2015) dan terbaru Tombiruo: Penunggu Rimba (2017). Farid memulakan kerjaya pengarahannya pada 2009 menerusi filem V3: Samseng Jalanan yang ditayangkan pada 2010.

Menerusi watak anak jalanan dalam filem Anak Halal pada tahun 2007 dan sebagai Kasyah dalam Lagenda Budak Setan (2010), beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama - Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan.[1] Beliau merupakan antara segelintir individu dalam bidang seni di Malaysia yang pernah menerima anugerah tertinggi daripada Yang di-Pertuan Agong menerusi Anugerah Seni Negara.[2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Farid Kamil bin Zahari pada 5 Mei 1981 di Alor Setar, Kedah, beliau merupakan anak kepada tenaga akademik kedoktoran di Universiti Teknologi MARA iaitu Datuk Dr. Zahari Che dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah. Beliau adalah anak sulung dari 5 adik beradik juga mempunyai ijazah dalam bidang pembikinan filem di UiTM. Adiknya, Fadzil Zahari juga seorang pelakon.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1999–2007: Bidang peragaan ke layar perak[sunting | sunting sumber]

Farid mula menceburi bidang peragawan di majalah-majalah fesyen serta pentas catwalk sejak 1999. Dengan ketinggian 184cm & berat 75kg; Farid menceburi bidang modeling untuk menampung pengajiannnya. Antara iklan komersil terawal beliau adalah Dunhill, Pringles dan TM Net

Farid Kamil berkelulusan dalam bidang Seni Persembahan daripada Universiti Teknologi MARA. Bakat seni beliau dicungkil oleh pengarah prolifik A Razak Mohaideen menerusi watak kecil dalam filem Mistik; sebelum filem tersebut Farid pernah menjadi pelakon tambahan dalam siri TV, Fakulti arahan Razak pada tahun 2000. Farid diberi peluang memegang watak adik kepada aktres Erra Fazira dalam filem Cinta Kolestrol. Farid bertuah kerana mendapat didikan seni lakon daripada pelakon ternama Ahmad Yatim sekaligus memberi sedikit impak artistik dalam hasil seni lakon beliau biarpun sering muncul dalam filem-filem komersial arahan Razak.

Pada 2004, populariti beliau melonjak naik apabila kerap muncul dalam filem lakonan Erra, serta bergandingan bersama penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza untuk kempen iklan komersil Hotlink. Iklan komersil itu berjaya meletakkan Farid sebagai salah seorang aktor dan peragawan muda yang digemari ramai.[4]

Farid juga lebih cenderung berlakon di bawah arahan A Razak sehinggalah beliau mencuba keluar daripada kepompong Razak melalui filem Remp-It arahan Ahmad Idham. Beliau juga diberi peluang oleh penerbit terkenal, David Teo untuk menjadi penulis lakonlayar untuk filem tersebut.

Farid hanya berlakon di bawah studio Metrowealth Movies Production sehingga 2006, sebelum kini seringkali muncul dalam filem terbitan studio Tayangan Unggul. Pun begitu, Metrowealth juga memberi peluang kepada Farid untuk bergelar pengarah, serta muncul dalam filem-filem terbitan mereka. Farid hanya dua kali muncul dalam filem/ siri TV terbitan studio Grand Brilliance menerusi filem kerjasama Skop Production - Evolusi KL Drift, serta sebelum itu menerusi drama kerjasama Malaysia - Indonesia - Begitulah Cinta pada 2005.

2008–2010: Kejayaan awal dan kemenangan anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 2008, Farid menerima pencalonan untuk kategori Aktor Terbaik menerusi lakonan berkesannya sebagai anak jalanan dalam filem Anak Halal arahan Osman Ali. Pada 18 Februari 2009, sumbangan dan pencapaian beliau dalam bidang lakonan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia apabila dipilih untuk menerima anugerah tertinggi Anugerah Seni Negara untuk piala Anugerah Bakat Muda Seni Lakon; Osman turut menerima piala bagi kategori Anugerah Bakat Muda Perfileman.

Pada 2009 juga, Farid bersama pasangan serasinya, Lisa Surihani diikat oleh Astro untuk menjadi Wajah Eksklusif Astro Megadrama selama setahun.[5] Untuk tempoh itu, Farid hanya akan muncul dalam drama siaran Astro sahaja. Artis sedia ada yang telah menjadi Wajah Eksklusif Astro adalah primadona filem melayu, Erra Fazira dan aktor Singapura, Aaron Aziz.

Pada tahun 2010, filem pertama arahan Farid yang pernah disekat tayangannya, V3: Samseng Jalanan[1][6][7] menemui penonton pada 8 Mac 2010,[1] diikuti oleh filem Evolusi KL Drift 2 lakonannya yang ditayangkan pada 25 Mac. Filem ini mencatat kutipan pecah panggung dan kritikan positif daripada pengkritik. Selain itu, Farid muncul dalam 2 buah filem romantik bergandingan bersama Lisa iaitu filem Semerah Cinta Stilleto[8] dan filem adaptasi novel Lagenda Budak Setan (LBS). Kedua-dua filem berjaya mencatat kutipan box-office, malahan filem LBS mencipta sejarah menjadi filem romantis pertama meraih kutipan RM3 juta pada minggu pertama tayangan.

Menerusi watak Kasyah Khairuddin dalam filem tersebut, beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama - Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan.[9] Sejak menceburi bidang lakonan ketika berusia 22 tahun, Farid kini telahpun menghiasi hampir 30 buah filem biarpun masih belum mencecah usia 30 tahun. Beliau kini menjadi pelakon lelaki paling disebut-sebut di Malaysia.

2011–2013: Filem ketiga dan projek seterusnya[sunting | sunting sumber]

Pada 2011, Farid menerima pencalonan bagi kategori Lakonlayar Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 bagi kategori Lakonlayar Terbaik menerusi filem kedua arahannya, Kongsi yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Fizo Omar dan Puteri Mardiana. Dalam filem ini, Farid tidak berlakon, sebaliknya membuat penampilan istimewa sebagai ASP Khamis. Kongsi ditayangkan pada 12 Mei 2011 merupakan kegagalan komersial, hanya mencatat kutipan sebanyak RM 1.1 juta semasa tayangannya. Bagaimanapun tidak lama selepas filem ini ditayangkan, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) memfailkan aduan mengenai filem tersebut yang didapati menggunakan perkataan sulit pertubuhan itu seperti "Abang Long" dan "Ayahanda", turut sama terlibat dalam isu ini ialah filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.[10]

Farid kemudianya muncul dalam satu-satunya filem lakonannya bagi tahun 2011 ialah 3, 2, 1 Cinta arahan Azhari Zain, bersama Diana Amir dan Pierre Andre, seterusnya muncul dalam drama Wasiat di Astro Ria yang turut dibintangi oleh Sara Ali dan Beto Kusyairy. Selain itu, beliau bergandingan bersama Intan Ladyana dalam telefilem Apa Dah Jadi? yang disiarkan di Astro Prima.

Pada 2012, filem ketiga arahannya, Pe3 menemui penonton di pawagam, Farid sendiri turut berlakon dalam filem arahannya ini dengan memegang watak utama sebagai Megat, diikuti oleh tiga filem lakonannya — 3 Temujanji arahan Azhari Zain sebagai penampilan kameo, serta dua filem sebagai pelakon utama — Lagenda Budak Setan 2: Katerina arahan Sharad Sharan dan Hantu Gangster arahan penyanyi kontroversi, Namewee yang terkenal menerusi lagu Negarakuku. Pada tahun berikutnya (2013), beliau membintangi hanya dua filem — Bencinta dan Dampak.

Beliau dilaporkan telah terjatuh ketika sedang menunggang motosikal mini Kawasaki KSR 10 di sebuah litar di Subang Jaya dan mengalami kecederaan di bahu kiri beliau. Farid telah menjalani satu pembedahan kecil pada Sabtu lalu dan menafikan yang bahunya patah selain keadaannya kini stabil dan dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.[11]

2014–kini: Apokalips X, Lagenda Budak Setan 3 dan kembali ke kerusi pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem pertama lakonan Farid pada 2014 ialah filem aksi fantasi arahan Mamat Khalid, Apokalips X yang ditayangkan pada 3 April, dalam filem ini, Farid melakonkan watak sebagai X, ketua kumpulan Puak Merah Putih, ia diikuti oleh dua filem lakonannya, Bencinta dan Anak Jantan. Farid kembali sebagai Kasyah dalam trilogi ketiga filem Lagenda Budak Setan, Lagenda Budak Setan 3: Kasyah - Legenda Berakhir arahan Sharad Sharan, yang ditayangkan pada September.[12][13][14]

Beliau bergandingan bersama Nadiya Nisaa dalam filem komedi romantik terbitan Grand Brilliance dan Primeworks Studios, Love, Supermoon yang ditayangkan pada 22 Oktober 2015. Dalam filem arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini, beliau memegang watak sebagai Razak.[15] Filem ini mengisahkan perjalanan hidup Razak dan Triz (Nadiya Nisaa) selama 20 tahun yang penuh dengan suka duka.[15]

Pada Januari 2016, Farid dilaporkan akan kembali menduduki kerusi pengarah selepas kali terakhir muncul menerusi filem ketiga arahannya, Pe3 yang ditayangkan pada 2012.[16] Selain itu, beliau membintangi drama bertajuk Qanun 99 bergandingan bersama Yana Samsudin, drama ini bersiaran di Astro Oasis pada 5 Februari 2016.[17][18][19][20]

Projek terbaru Farid ialah bersama pelakon berbakat Zul Ariffin menerusi filem adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba yang kini ditayangkan di pawagam seluruh negara.[21][22]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ketika mula menceburkan diri dalam bidang seni, Farid mempunyai hubungan istimewa bersama aktres Irma Hasmie. Mereka mula menjalinkan hubungan pada tahun 2004 dan akibat ketidaksefahaman, mereka berpisah pada tahun 2008. Aktres kontroversi Fasha Sandha dikaitkan sebagai punca perpisahan pasangan ini.[perlu rujukan]

Pada tahun 2009, Farid dan heroin serasinya Lisa Surihani dikaitkan mempunyai hubungan istimewa.[23] Namun kedua-duanya menafikan.[23] Hanya pada penghujung tahun tersebut teka teki siapa kekasih Farid hampir terjawab apabila pendedahan mengenai hubungan intim Farid bersama aktres jelita yang merupakan pelakon sampingannya dalam filem Evolusi KL Drift, Diana Danielle mula menghiasi dada-dada akhbar. Pasangan ini tidak menafikan atau mengiyakan, namun mereka berdua memilih untuk tidak terlalu terdedah kepada media,[24] malah hubungan Farid dengan ibu Diana, Norsiah Ramli, juga dikatakan dingin.[25] Pasangan ini berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak — Muhammad dan Nur Aurora.[26][27][28][29]

Kisah hidup Farid ketika di awal pembabitan dalam bidang seni sehingga sudah bergelar suami dan bapa, masih menjadi perhatian sehingga kini. Beliau dikaitkan dengan pelbagai kontroversi bukan bererti figura terkenal ini bertindak menyembunyikan diri sebaliknya dia terus bertahan dalam industri ini. Malah, dia juga antara selebriti yang cukup disenangi media kerana tidak mudah meleting berhadapan sebarang isu yang melanda.[30][31]

Pengalaman sebagai Mat Rempit[sunting | sunting sumber]

Mengimbas kembali kisah lampaunya, Farid mendedahkan rahsianya yang beliau juga pernah menjadi mat rempit di zaman sekolah menengah. Bersyukur kerana tidak ada perkara-perkara bahaya yang berlaku kepada dirinya, Farid menyesal dengan kegiatan yang dilakukannya bersama rakan-rakan ketika itu.[32] Sewaktu belajar dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Farid membuat kajian mengenai kehidupan seorang mat rempit sebelum memuatkan kisah golongan tersebut dalam dua filemnya iaitu Remp-It dan V3 Samseng Jalanan.[32] Dalam temuramah bersama mStar Online pada Mei 2011, beliau berkata:

"Saya nampak banyak perkara negatif apabila menjadi seorang mat rempit. Ia banyak merugikan. Itu pun saya sedar bila dah dewasa. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada kemalangan yang menimpa diri seperti kebanyakan teman saya. Bila saya membuat kajian, barulah saya faham bahawa golongan mat rempit termasuklah saya dahulu mempunyai ideologi yang tersendiri."[32][33]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2003 Mistik

Metrowealth Movies Production

Jeffrey

Watak Pembantu

Cinta Kolestrol

Metrowealth Movies Production & Erra Fazira Entertainment

Saiful

Watak Pembantu

2004 Kuliah Cinta

Metrowealth Movies Production

Amirul

Watak Pembantu

(Pencalonan) Pelakon Harapan Lelaki
Hingga Hujung Nyawa

Metrowealth Movies Production

Shawn

Watak Pembantu

Tujuh Perhentian

Metrowealth Movies Production

Amir

Watak Utama

Tangkai Jering

Metrowealth Movies Production & Grand Brilliance Sdn Bhd

Amirul

Watak Pembantu

  • Heroin: Elly Mazlein
2005 Potret Mistik

Metrowealth Movies Production & Grand Brilliance Sdn Bhd

Zack

Watak Pembantu

Cinta Fotokopi

Metrowealth Movies Production

Zahid

Watak Utama

Lady Boss

Metrowealth Movies Production

Watak Pembantu

Anak Mami Kembali

Metrowealth Movies Production

Farid

Watak Utama

2006 Main Main Cinta

Metrowealth Movies Production

Beego

Watak Pembantu

  • Heroin: Irma Hasmie
Remp-It

Metrowealth Movies Production

Madi

Watak Utama

  • Heroin : Julia Hana
Lakonlayar ditulis oleh beliau sendiri
2007 Chermin
  • Zarina Abdullah

Starry Eye Production

Yusof

Watak Utama

Anak Halal

Tayangan Unggul

Indera Putra Hisham

Watak Utama

(Pencalonan) Aktor Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 21
(Pencalonan) Aktor Terbaik - Anugerah Skrin 2008
2008 Kala Malam Bulan Mengambang

Tayangan Unggul

Jongkidin

Watak Pembantu

(Pencalonan) Aktor Pembantu Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 21
Evolusi KL Drift

Skop Production & Grand Brilliance

Sham

Watak Utama

  • Heroin : Fasha Sandha
Apa Kata Hati

Tayangan Unggul

Aidil Fitri

Watak Utama

I'm Not Single

Metrowealth Movies Production

Adam Ghani

Watak Utama

2009 Papadom

Tayangan Unggul

Hisham Hashim

Watak Pembantu

Lembing Awang Pulang ke Dayang
  • Majed Salleh

Dayang Digital Studio

Awang

Watak Utama

2010 V3 Samseng Jalanan
  • Farid Kamil

Metrowealth Movies Production

Ahmad Asrudy

Watak Utama

(Pencalonan) Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia 23
(Pencalonan) Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia 23
Filem arahan dan lakonlayar oleh beliau sendiri

Evolusi KL Drift 2

Skop Production & Grand Brilliance

Sham

Watak Utama

  • Heroin : Scha Al-yahya
Semerah Cinta Stilleto

Metrowealth Movies Production

Sulaiman Toyol aka Leman Toyol aka Leto

Watak Utama

  • Heroin: Lisa Surihani
Lagenda Budak Setan
  • Sharad Sharan

Astro Shaw & Tarantella Pictures

Ahadiat Akashah

Watak Utama

(Pencalonan) Aktor Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 23
Cuti-Cuti Cinta

Metrowealth Movies Production

Omar Rudy

Watak Utama

Estet

Naga VXS

Farid

Watak Utama

  • Heroin : Jasmine Micheal
Aku Masih Dara

Metrowealth Movies Production

Zachery

Watak Utama

2011 Kongsi
  • Farid Kamil

Metrowealth

ASP Khamis

Penampilan Khas

(Pencalonan) Lakonlayar Terbaik Festival Filem Malaysia 24

3,2, 1 Cinta
  • Azhari Zain

Metrowealth Movies Production

Nazril

Watak Utama

2012 3 Temujanji
  • Hashim Rejab

Metrowealth Movies Production

Farid

Penampilan Khas

Hantu Gangster

Prodigee Media

Ewan

Watak Utama

Pe3[34]
  • Farid Kamil

Metrowealth Movies Production

Megat

Watak Utama

Lagenda Budak Setan 2: Katerina
  • Sharad Sharan

Astro Shaw & Tarantela Pictures

Ahadiat Akashah

Watak Utama

2013 Dampak Giran

Watak Utama

Bencinta
  • Eyra Rahman

Metrowealth

Faizal

Watak Utama

2014 Apokalips X

Astro Shaw & Tayangan Unggul

X

Watak Utama

  • Heroin : Miera Liyana
Pengantin Malam
  • Eyra Rahman

Metrowealth Movies Production

Razif

Watak Utama

Lagenda Budak Setan 3: Kasyah[35][36][37]
  • Sharad Sharan

Astro Shaw & Tarantela Pictures

Ahadiat Akashah

Watak Utama

Anak Jantan
  • Faizul A. Rashid

Primeworks Studious Grand Brilliance & Lineclear Motion Pictures

Darin

Watak Utama

Kaki Kitai

Azaromi Ghazali

Metrowealth Movies Production

Inspektor Farid

Watak Utama

Heroin : Emily Chan

2015 Abang Lejen[38][39][40][41][42]
  • Azaromi Ghozali

Mangkin Prestij

Ajim

Watak Utama

Hantu Bungkus Ikat Tepi
  • Hashim Rejab

Metrowealth Movies Production

Farid

Penampilan Khas

Love, Supermoon[43]
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin

Primeworks Studious & Grand Brilliance

Razak

Watak Utama

2016 Langit Cinta
  • Osman Ali

Astro Shaw & Nuansa

Budiman

Watak Utama

2017 J-Revolusi

Grand Brilliance

Andra

Watak Utama

Tombiruo: Penunggu Rimba[44] Amiruddin

Watak Utama

Pinjamkan Hatiku
  • Osman Ali

Nuansa Sdn. Bhd.

Dr. Hasnan

Watak Utama

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Telefilem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2009 Mata Di Jiwa
  • Woo Min Jing

Popiah Pictures - ASTRO RIA

Jeffrey

Watak Utama

2010 Tujuh Lagu
  • Kabir Bhatia

Filmscape - ASTRO CITRA

Watak Utama

2012 Apa Dah Jadi?
  • Roziah Zainal

Metrowealth - ASTRO PRIMA

Watak Utama

2016 Sedikit Waktu
  • Kabir Bhatia
Farid

Watak Utama

Drama[sunting | sunting sumber]

Siri TV
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2001 Fakulti

Kirawang - RTM2

Unnamed

Watak Tambahan

2004 Begitulah Cinta

Grand Brilliance & Prima Entertainment (Indonesia) -TV3 Slot: Lestary

Unnamed

Watak Utama

2008 Takdir Yang Terindah
  • Amie Maziah

Suhan Movies - RTM1

-

Watak Pembantu

Enigma

Line Clear - TV3 Slot: Samarinda

Unnamed

Watak Utama

2009 Tiga Janda

Metrowealth - ASTRO PRIMA - Megadrama

Unnamed

Watak Utama

2010 Cinta Tikar Sejadah
  • Azhari Zain

Metrowealth - ASTRO OASIS

Hazrey Hussein

Watak Utama

Mertua vs Menantu-Musim 2

Metrowealth - ASTRO PRIMA - Megadrama

Unnamed

Watak Pembantu

Korban 44

KL Motion Picture - ASTRO CITRA - Suatu Ketika

Bah Raden

Watak Utama

Lu'lu

Metrowealth - ASTRO PRIMA

Unnamed

Watak Utama

Lagenda Budak Setan - The Series

Tarantella - ASTRO CITRA - Suatu Ketika

Kasyah

Watak Utama

2011 Wasiat
  • Faisal Ishak

Filmscape - ASTRO PRIMA

Izran

Watak Utama

2016 Qanun 99[45]

- Astro Oasis

Watak Utama

Teater[sunting | sunting sumber]

Pementasan
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2003 Dimana Bulan Selalu Retak

Anjung Seri Production

Falel

Watak Utama

* Karya asal A Samad Said

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2004 Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
2005 Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
2006 Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
2008 Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
2009 Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
Festival Filem Malaysia
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2004 (FFM 17) Kuliah Cinta Pelakon Harapan Lelaki Dicalonkan
2008 (FFM 21) Anak Halal Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
Kala Malam Bulan Mengambang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dicalonkan
2010 (FFM 23) Lagenda Budak Setan Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
V3: Samseng Jalanan Pengarah Harapan Dicalonkan
Pengarah Terbaik Dicalonkan
2011 (FFM 24) Kongsi Lakonlayar Terbaik Dicalonkan
Anugerah Seni Negara Malaysia
Tahun Kategori Keputusan
2009 (ASN ke 8) Anugerah Bakat Muda Seni Lakon Negara Menang
Anugerah Shout!
Tahun Kategori Keputusan
2010 Anugerah Hot Guy Dicalonkan
Anugerah Best On Screen Couple (bersama Lisa Surihani) Dicalonkan
Anugerah Skrin
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2008 Anak Halal Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Farid tidak angkat mat rempit Utusan Malaysia. 17 Mac 2010.
  2. ^ 2012 uji kejantanan Farid Kosmo!. 18 Oktober 2012.
  3. ^ Farid Kamil Pentingkan Nilai Komersial Malaysian Access. 27 Mac 2016.
  4. ^ "Siti Nurhaliza featuring Farid Kamil - Iklan Hotlink Trilogy". YouTube. Dicapai pada 2017-03-03. 
  5. ^ "Gosip percintaan Farid Kamil dan Lisa Surihani". Kosmo!. Dicapai pada 2012-02-06. 
  6. ^ Filem Rempit V3 Arahan Farid Kamil Budiey. Sensasi Selebriti. 15 Januari 2009.
  7. ^ Wahida Asrani (16 Julai 2009) Farid Kamil kecewa Remp-It V3 diharamkan mStar Online. Diperoleh pada 14 Februari 2015.
  8. ^ Haryati Karim (13 April 2010). "Farid, Lisa tidak mahu terikat". Kosmo!. Dicapai pada 15 Mac 2014. 
  9. ^ Rev-up with Farid Kmail Nur Safina Othman. Cinema Malaysia. 9 Mac 2010.
  10. ^ Pekida bantah filem Kongsi dan KL Gangster, Oh!Artis, 13 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  11. ^ Jalani Pembedahan Selepas Jatuh Motor, Farid Kamil Rehat Seminggu RotiKaya. 5 Jun 2013.
  12. ^ Mohd Al Qayum Azizi (23 September 2014). "Tiada Rasa Dalam 'Lagenda Budak Setan 3: Kasyah'". mSTAR Online. Dicapai pada 10 Mac 2017. 
  13. ^ Angelin Yeoh (11 September 2014). "'Lagenda Budak Setan' saga comes to an end". The Star Online. Dicapai pada 10 Mac 2017. 
  14. ^ "Kisah Kasyah Berakhir Dalam Legenda Budak Setan 3". Suara TV. 14 September 2014. Dicapai pada 10 Mac 2017. 
  15. ^ a b Mustaza, Aqmar. "Love, Supermoon, santai & menghiburkan". Sinar Harian. 
  16. ^ Farid Kamil Mahu Kembali Mengarah Filem Khairul Amir. Malaysian Access. 7 Januari 2016.
  17. ^ Farid Kamil teruja jadi peguam dalam Qanun 99 Cinema.com.my. 14 Februari 2016.
  18. ^ Qanun 99 realisasikan impian Farid Kamil Fatin Farhana Ariffin. BH Online. 12 Mac 2016.
  19. ^ Bukan mudah bawa watak peguam - Farid Kamil Zaini Zaa. Agenda Daily. 22 Februari 2016.
  20. ^ "Farid Kamil Dan Yana Samsudin Kerap Dilihat Turun Naik Mahkamah". Sinar FM. 5 Februari 2016. Dicapai pada 25 Mac 2016. 
  21. ^ https://www.bharian.com.my/node/188636
  22. ^ https://www.bharian.com.my/node/186296
  23. ^ a b "Gosip percintaan Farid Kamil dan Lisa Surihani". Kosmo!. Dicapai pada 2012-02-06. 
  24. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 November 2016) Kami masih bahagia - Farid Kamil Berita Harian. Diperoleh pada 20 November 2016.
  25. ^ Saya memang nak berbaik dengan ibu mertua - Farid Kamil BeautifulNara. 24 September 2013.
  26. ^ Diana Danielle and Farid Kamil welcome baby girl The Malay Mail. 25 November 2015.
  27. ^ Dennis Chua (13 August 2015) Farid Kamil is set to be a proud dad again The New Straits Times. Retrieved on 14 August 2015.
  28. ^ Farid Kamil reveals newborn daughter’s name The Malay Mail. 26 November 2015.
  29. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (November 26, 2015). Farid Kamil and Diana Dianielle name their daughter Nur Aurora New Straits Times. Retrieved November 27, 2015.
  30. ^ Marina Shabudin (13 Ogos 2014) Farid Kamil jaga privasi Sinar Harian. Diperoleh pada 14 Ogos 2014.
  31. ^ Mohd Al Aqyum Azizi (19 November 2016). Farid Kamil Muhasabah Diri Isu Rumah Tangga Goyah mSTAR Online. Diperoleh pada 20 November 2016.
  32. ^ a b c Feride Hikmet Atak (2 Mei 2011) Cinta dan Ideologi Farid Kamil mStar Online
  33. ^ Farid Kamil jaga privasi Sinar Harian. 13 Ogos 2014.
  34. ^ Pe3 garapan aksi komedi lebih santai Sinar Harian. 19 Oktober 2012.
  35. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (23 September 2014). Tiada Rasa Dalam 'Lagenda Budak Setan 3: Kasyah' mStar Online. Dicapai pada 1 Oktober 2014.
  36. ^ Sikap Cemburu Diana Bantu Lariskan Filem Saya - Farid Kamil The Malay Mail. 28 Ogos 2014.
  37. ^ Farid enggan baca novel Harian Metro. 18 September 2016.
  38. ^ Addy Junaidi (16 April 2015) Elemen Kejutan Buat Farid Kamil Dalam 'Abang Lejen' mStar Online. Dicapai pada 1 Mei 2015.
  39. ^ Farid Kamil is "Abang Lejen" Cinema Online. 15 April 2015.
  40. ^ Izwan Mohd Isa (15 April 2015) Farid Kamil terkilan Kosmo!. Diperoleh pada 22 April 2015.
  41. ^ Farid Kamil Berlatih Menari Selama 5 Jam Untuk ‘Abang Lejen ‘ IskandarX. 20 April 2015.
  42. ^ Abang Lejen papar kisah kekeluargaan Aqmar Mustaza. Sinar Harian. 18 April 2015.
  43. ^ Farid Kamil had to bring his ‘A’ game when cast opposite Nadiya Nisaa The Malay Mail. 22 Oktober 2015.
  44. ^ Aqmar Mustaza (1 September 2016) Tombiruo tarik Farid Kamil Sinar Harian. Dicapai pada 1 September 2016.
  45. ^ Nina Sharom (14 Februari 2016). Impian Farid Kamil jadi kenyataan Sinar Harian. Diperoleh pada 15 Februari 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]