Diana Amir
Diana Amir | |
|---|---|
ديانا أمير | |
| Kelahiran | Nurdiyana binti Amir Hashim 22 Jun 1986 |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia |
| Pusat pendidikan |
|
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
| Tahun aktif | 2008–2022 |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Mohd Habibbullah A Rahman (k. 2013) |
| Anak-anak | 3 |
Nurdiyana Amir Hashim (lahir 22 Jun 1986) ialah seorang bekas pelakon dan pengacara wanita Malaysia.[1]
Pada Disember 2022, Diana mengumumkan persaraannya dari industri seni yang telah diceburinya selama 14 tahun.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Diana Amir dilahirkan pada 22 Jun 1986 di Birmingham, England dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru yang lebih dikenali sebagai SIGS.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Diana mula mengenakan hijab pada tahun 2011. [2]
Pada 26 Oktober 2013, Diana sah bergelar isteri kepada Habibbullah dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.[3]
Pada 8 Mac 2015, Diana telah selamat melahirkan anak perempuan sulung mereka pada 5.45 pagi [4] dan diberi nama Khaulah Al Azwar.
Pada 28 Julai 2016, Diana telah berkongsi klip video imbasan ultra bunyi di laman instagramnya mengesahkan dirinya hamil anak kedua. [5]
Pada 4 Januari 2017, Diana selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.19 kilogram secara normal di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor kira-kira jam 5.55 pagi. Berita gembira ini dikongsikan oleh beliau di laman sosial instagramnya dan diberi nama Khadija Azzehra. [6]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Bibliografi
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ PERJALANAN SENI DIANA AMIR - metrowealthpictures.net
- ↑ Kemalia Othman ( 23 Sepmtember 2011). Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi Kiamat. Sinar Harian Online.
- ↑ (28 Oktober 2013 ). MOHD AL QAYUM AZIZI. Suami Tinggalkan Kerjaya Pensyarah Demi Diana Amir. mStar Online
- ↑ RAZIATUL HANUM A. RAJAK (9 Mac 2015). Diana Amir selamat bersalin bayi perempuan.
- ↑ Diana Amir hamil anak kedua. Sinar Harian Online
- ↑ 5 Januari 2017.Diana Amir Selamat Bersalin Anak Kedua. Mynewshub.cc
- ↑ Titisan Mahabbah. Must Read Sdn Bhd
- ↑ 4 April 2014. Hijrah Diana Amir: Jadi tauladan dan saham akhirat - Hiburan. Sinar Harian
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1986
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Inggeris
- Muslim Malaysia
- Orang dari Johor
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Pengacara wanita Malaysia
- Peragawati Malaysia
- Alumni Universiti Sains Malaysia