334 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abad: Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM · Abad ke-3 SM
Dekad: 360-an SM 350-an SM 340-an SM 330-an SM 320-an SM 310-an SM 300-an SM
Tahun: 337 SM 336 SM 335 SM 334 SM 333 SM 332 SM 331 SM


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Empayar Parsi[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Raja Alexander III dari Macedon menyeberangi Selat Dardanelles dan menugasi Antipater yang telah berkhidmat dengan setia untuk bapanya, Philip II, sebagai timbalannya di Yunani dengan melebihi 13,000 orang askar. Alexander sendiri mengetuai lebih kurang 30,000 orang askar berjalan kaki dan melebihi 5,000 orang askar berkuda. Hampir 14,000 orang askar adalah askar Macedon, dan kira-kira 7,000 orang askar adalah daripada sekutu-sekutu yang dihantar oleh Liga Yunani.
  • Mei - Alexander mencapai suatu kemenangan yang utama terhadap Parsi yang diketuai oleh Memnon dari Rhodes, askar upahan Yunani, dalam Pertempuran Granicus berhampiran dengan Laut Marmara. Sebilangan besar askar upahan Yunani Raja Darius III dibunuh beramai-ramai, dengan 2,000 orang askar yang masih hidup dirantaikan dan dihantar balik ke Macedon.
  • Alexander menerima penyerahan Sardis, sebuah ibu kota provinsi Parsi, (bersama-sama dengan tabung perbendaharaan mereka), dan menuju turun ke pantai Ionia.
  • Di Halicarnassus, Alexander berjaya membuat kepungan pertama antara banyak yang kemudian, dan akhirnya memaksa penentang-penentangnya, Memnon dari Rhodes, kapten askar upahan, serta Orontobates, satrap (gabenor) Parsi, mengundurkan diri melalui laut. Alexander meninggalkan Caria di tangan Ada yang merupakan raja Caria sebelum digulingkan oleh abang (atau adik) iparnya, Pixodarus.
  • Kemenangan Alexander mendedahkan Asia Minor barat kepada tentera Macedon, dan kebanyakan kota di kawasan itu membuka pintu kota masing-masing dengan segera. Penzalim kota-kota itu dibuang dan (berbeza dengan dasar Macedon in Yunani), kerajaan demokrasi ditubuhkan. Kota Ionia di Miletus menentang Alexander dan Alexander menaklukkan kota itu melalui pengepungan.

Itali[sunting | sunting sumber]

China[sunting | sunting sumber]

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]