331 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abad: Abad ke-5 SM · Abad ke-4 SM · Abad ke-3 SM
Dekad: 360-an SM 350-an SM 340-an SM 330-an SM 320-an SM 310-an SM 300-an SM
Tahun: 334 SM 333 SM 332 SM 331 SM 330 SM 329 SM 328 SM


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Semasa Alexander bertempur di Asia, Agis III dari Sparta yang memanfaatkan diri dengan ketidakhadiran raja Macedon di Yunani, mengetuai sebilangan kota Yunani dalam pemberontakan. Dengan wang Parsi dan 8,000 orang askar upahan Yunani, beliau mempertahankan Crete daripada serangan Macedon. Di Peloponnesus, Agis menumpaskan sebuah angkatan tentera di bawah Coragus, jeneral Macedon, dan walaupun Athens mengekalkan pendirian yang berkecuali, beliau disertai oleh Elis, Achaea (kecuali Pellene) dan Arcadia, melainkan Megalopolis yang merupakan ibu kota Arcadia yang amat bersikap anti-Sparta. Tentera Agis III mengepung kota itu.
  • Alexander bertolak dari Mesir dan mengetuai angkatan tenteranya menuju Phoenicia. Beliau meninggalkan Cleomenes dari Naucratis sebagai nomark (gabenor provinsi) untuk memerintah Mesir.
  • 1 Oktober - Alexander dari Macedon menang dalam Pertempuran Gaugamela (dekat Ninevah kuno) terhadap Raja Darius III dari Parsi. Darius III memusingkan ratanya dan melarikan diri, walaupun orang-orang bawahannya terus bertempur. Alexander mengejar askar-askar Parsi yang ditewaskan ke Arbela, tetapi Darius melarikan diri dengan pasukan askar berkuda Bactria dan askar-askar upahan Yunaninya masuk ke Media.
  • Alexander menjadi tuan Empayar Parsi, dan menamatkan Dinasti Achaemenid. Babylon dan Susa membuka pinta kota mereka untuk Alexander Agung. Di ibu kota Susa, Alexander memperoleh harta karun yang besar yang bernilai 50,000 talen emas.

Republik Rom[sunting | sunting sumber]

  • Puak Gaul daripada masyarakat Senon mengikat perjanjian perdamaian dengan Rom dan dengan itu, memasuki sebuah tempoh hubungan persahabatan yang berlanjutan selama abad itu.

Itali Selatan[sunting | sunting sumber]

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]