A. Mangalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ibu Mangalam
Kelahiran
A. Mangalam A/P S. Iyaswamy Iyer

17 May 1926
Singapura
PendidikanSekolah Perempuan Raffles Sekolah Perempuan Saradhamani
PejabatPengasas bersama bagi pertubuhan "Pure Life Society"

Datin Paduka A. Mangalam A/P S. Iyaswamy Iyer atau lebih dikenali sebagai "Mother Mangalam" ialah pengasas bersama dan pengerusi seumur hidup bagi "Pure Life Society". [1] Beliau dikenali sebagai 'Ibu Teresa Malaysia'. [2]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ibu Mangalam dilahirkan pada tahun 1926 di Singapura. Belaiu menjalani pendidikan di Sekolah Perempuan Raffles dan Sekolah Perempuan Saradhamani. Beliau memperolehi Sijil Persekolahan Cambridge di "Canossian Convent". [3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ibu Mangalam datang ke Tanah Melayu pada tahun 1948. Beliau lulus dalam kursus latihan guru dan mengajar di sebuah sekolah Tamil di Bangsar, Kuala Lumpur .

Beliau bersama mentornya, Swami Satyananda telah mengasaskan organisasi "Pure Life Society" pada tahun 1949. Beliau digelar sebagai "Sister Mangalam" apabila beliau mula bekerja untuk yayasan tersebut Gelaran 'Ibu' telah dianugerahkan kepadanya oleh masyarakat pada tahun 1985. [4]

Beliau mengarang tiga buah buku, di mana yang pertama berjudul "Dew Drops on a Lily Pad". Yang kedua ialah "History of Kuala Lumpur Schools in Tamil" dan buku ketiga yang berjudul "Mother". Beliau telah menjadi penerbit "Dharma Quarterly" sejak tahun 1961. [5]

Beliau telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Moral bagi Pusat Perkembangan Kurikulum. Beliau juga dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Negara bagi Integrasi Wanita dalam Pembangunan (NACIWID) oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial. [1]

Beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Pertubuhan Antara Agama Malaysia. Sejak tahun 1986, beliau telah menjadi Penasihat untuk Persekutuan Rohani Antara Agama. [2]

Beliau menerima Pingat Jasa Kebangsaan daripada Sultan Selangor pada tahun 1955, Pingat Emas Tun Fatimah daripada Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita pada tahun 1977 dan Kesatria Mangku Negara oleh Yang di Pertuan Agong pada tahun 2002. [6] Beliau juga merupakan penerima Anugerah Merdeka dalam kategori Pendidikan dan Komuniti bagi tahun 2010. [7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "INSPIRING STORY OF MOTHER MANGALAM – BACMag". bacmag.bacs.edu.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 July 2018. Dicapai pada 2018-07-20. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b "'Mother Mangalam' is Honored on her 88th Birthday". www.mormonnewsroom.sg (dalam bahasa Inggeris). 2014-05-31. Dicapai pada 2018-07-20. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ "pls-founder-bio". purelifesociety.org.my. Dicapai pada 2018-07-20.
  4. ^ "Merdeka Award".
  5. ^ "Mother Mangalam's book of poems - News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-07-20.
  6. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
  7. ^ "Do small things with great love - Mother Mangalam ⋆ The Malaysian Times". www.themalaysiantimes.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-20.