Sultan Selangor
| Sultan dan Yang di-Pertuan Besar bagi Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya | |
|---|---|
Negeri | |
| Penjawat kini | |
| Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj sejak 22 November 2001 | |
| kemahkotaan 8 Mac 2003 | |
| Butiran | |
| Gelaran | Duli Yang Maha Mulia |
| Pewaris takhta | Tengku Amir Shah |
| Penyandang pertama | Sultan Salahuddin Shah |
| Pembentukan | 1743 |
| Persemayaman | Istana Alam Shah, Klang |
| Laman sesawang | www |
Sultan Selangor ialah gelaran raja berperlembagaan di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Gelaran rasmi Sultan Selangor ialah "Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya".
Sultan Selangor berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri dan juga Kapten Yang di-Pertuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pembentukan kerajaan
[sunting | sunting sumber]Sultan Selangor berketurunan dari sebuah dinasti Bugis, yang mengaku berketurunan dari penguasa Luwu di bahagian selatan Sulawesi. Bangsawan dari keturunan ini terlibat dalam perselisihan Kesultanan Johor-Riau pada awal abad ke-18, akhirnya meletakkan sokongan penuh mereka kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari wangsa Bendahara terhadap penuntut takhta yang mengaku waris dari keturunan Melaka-Johor, iaitu Raja Kecil.[1] Atas sokongan ini, para penguasa Bendahara Johor-Riau menjalin hubungan erat dengan para bangsawan Bugis, memberikan mereka gelaran dan kawalan ke atas banyak kawasan di dalam kerajaan, termasuklah Selangor.
Daeng Chelak, salah seorang daripada lima pahlawan Bugis, berkahwin dengan adinda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Tengku Mandak. Beliau dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Riau kedua dari 1728 hingga 1745.[2] Beliau juga melantik anaknya, Raja Lumu, menjadi Yamtuan Selangor pada tahun 1743. Pada tahun yang sama, Raja Lumu telah diiktiraf oleh Sultan Perak ke-14, Sultan Muhammad Shah, sebagai Raja Selangor, selepas membantu baginda menaiki takhta Perak. Raja Lumu terus memegang gelaran itu sehingga 1766.[1]
Pengasasan Kesultanan
[sunting | sunting sumber]Raja Lumu tidak menggantikan ayahandanya selepas kemangkatannya pada tahun 1745. Sebaliknya, sepupunya Daeng Kemboja telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda Riau yang ketiga. Pada Februari 1756, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang menganggap Selangor masih sebahagian daripada wilayah Johor, menawarkan Belanda untuk melombong bijih timah di Selangor selepas membantu anakanda saudara baginda, Raja Mahmud memenangi perang saudara menentang abang tirinya, Raja Alam. Tindakan baginda telah ditentang oleh Daeng Kemboja, Raja Tua Klang dan Raja Lumu. Raja Lumu kemudiannya berusaha untuk mengukuhkan pengaruhnya dan mengeluarkan Selangor daripada pengaruh Kesultanan Johor dengan mendapatkan pengiktirafan daripada Sultan Perak ke-16, Sultan Mahmud Shah. Baginda kemudiannya telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud Shah sebagai Sultan Selangor yang pertama pada November 1766, dengan menggunakan nama rasmi, Sultan Salehuddin Shah.[3][4]
Senarai sultan
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai sultan Selangor dari permulaan Kesultanan Selangor sehingga kini :
| Bil | Penyandang | Pemerintahan |
|---|---|---|
| Yamtuan Selangor | ||
| 1 | Raja Lumu (Kemahkotaan pertama) | 1743 - 1766 |
| Sultan Selangor | ||
| Sultan Salahuddin Shah (Kemahkotaan kedua) | 1766 - 1782 | |
| 2 | Sultan Ibrahim Shah | 1782 - 1826 |
| 3 | Sultan Muhammad Shah | 1826 - 1857 |
| 4 | Sultan Abdul Samad | 1857 - 1898 |
| 5 | Sultan Alauddin Sulaiman Shah | 1898 - 1938 |
| 6 | Sultan Hisamuddin Alam Shah (Kemahkotaan pertama) | 1938 - 1942 |
| 7 | Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah | 1942 - 1945 |
| Sultan Hisamuddin Alam Shah (Kemahkotaan kedua) | 1945 - 1960 | |
| 8 | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | 1960 - 2001 |
| 9 | Sultan Sharafuddin Idris Shah | 2001 - kini |
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Istana Sultan Selangor di Klang
-
Panji peribadi Sultan
-
Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
-
Tengkolok Sultan
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Dewan Diraja Selangor
- Sejarah Selangor
- Andi'/Daeng'- Gelaran Bangsawan Diraja Bugis, di Malaysia dan Sulawesi Selatan, Indonesia
- Kerajaan Luwu
- Sulawesi
- Tengku Ampuan Selangor/ Tengku Permaisuri Selangor
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- J.M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9679948102.
- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Ahmad Farhan Abdullah Zakaria; Mohd Samsudin (July 2019). "Pembentukan Istilah dan Stratifikasi Aristokrat Melayu Selangor Era Sultan Salehuddin, Sultan Selangor Pertama, 1766-1782". Journal of Southeast Asia Social Sciences & Humanities. 89 (2 (2019)). eISSN 0126-8694. ISSN 0126-5008.
- ^ Ahmad Sarji Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia. 16 - The Rulers of Malaysia. Editions Didier Millet. ISBN 978-981-3018-54-9.
- ^ Ooi Keat Gin (2015). Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Penerbit USM. ISBN 978-983-861-695-9.
- ^ Gullick, J.M. (1998). A history of Selangor : (1766-1939) (ed. Rev.). [Singapore]: MBRAS. ISBN 9679948102.